si cantek dan si kacak

heartbeat

23.11.10

mencari diri

salam...
sudah lama diri ni tak menulis di blog yang suram ni.bukan niat nak mengabaikan,tapi tidak mendapat ilham dan juga kesibukan hidup tak mengizinkan jari-jari ini menaip sepatah dua kata...

Alhamdulillah,diri ini telah diberi ruang dan peluang untuk kembali ke jalanNya,walaupun masih banyak lagi kekurangan..sedaya upaya cuba untuk menempel lubang-lubang kekurangan itu.memang betul,kita hanya lah hamba Nya yang seringkali leka dan lalai..gemar mencari kesoronokan duniawi sedangkan ukhrawi dilupakan..

saya malu kerana kadang kala melupakan Dia.bertambah malu bila Dia tidak melupakan saya,masih memberi ni'matNya yang tak terhingga bukan sahaja kepada saya,bahkan seluruh umat manusia.cuma kita,termasuk diri sendiri yang seakan lupa,,Dia yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Subhanallah...

aku bersyukur ya Allah, kerana Kau masih mengizinkan ku bernafas di bumi Mu ini untuk terus memperbaiki semua kelemahan diri. aku memohon kepadaMu,agar Kau tetapkan hatiku untuk terus mencari keredhaanMu dan jangan lah Kau hilangkan cintaMu untuk ku ya Allah..terima kasih ya Allah, atas segalanya..

sudah tiba masa untuk kita berhijrah ke satu fasa yang lebih baik,yang diredhai Allah.saya pon bukan sempurna tapi, marilah kita bersama mendekatkan diri pada Pencipta sebab kita tak tahu bila nyawa ini akan ditarik....


notakakisayayangcomel : bukan niat hati nak menunjuk, bukan nak kata berlagak good, tapi cuma nak mengajak semua mengingati Nya,termasuk juga peringatan kepada saya, jangan sampai nyawa di hujung tanduk baru nak menyesal.

No comments: