si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label karya agung. Show all posts
Showing posts with label karya agung. Show all posts

10.12.11

setia

biarlah aku namakan si gadis,Anna dan si jejaka, Boy. kisah ini kisah duka lara yang mungkin terjadi pada yang masih hidup, dan mungkin juga yang telah pergi.

kisah bermula 5 tahun yang lepas, saat A masih lagi bersama Cip, insan pertama dalam hidupnya yang bergelar kekasih. mereka bahagia, tapi mungkin kerana A masih lagi remaja, hingusan orang kata, bertengkar dah menjadi lumrah perhubungan mereka. hingga tiba satu ketika, Anna terima satu pesanan dari nombor Cip, ditulis oleh Boy, kawan rapat Cip

"maaf, Cip sudah tiada, dia kena langgar lari pagi tadi. saya harap awak dapat terima keadaan ini"

sumber sini
he's gone, for real?. Anna menangis tanpa henti. dirasa separuh jiwanya pergi, cinta matinya, cinta hatinya pergi dalam sekelip mata. berhari hari lamanya, dan mungkin kerana kasihan melihat Anna, Boy memberi dia semangat. dirasanya Anna masih lagi muda, masih punya masa depan yang cerah. lagipula A hendak menghadapi SPM hujung tahun tu.

tanpa disedari, Boy jatuh hati pada Anna. Anna juga, dia merasakan Boy pemberi semangat. hanya Boy sahaja yang memahami perasaan dia. kerana seperti dia, Boy juga hilang sahabat karibnya. mungkin Boy dah merasakan cukup kuat hatinya, dia bertanya pada Anna,

" Anna, will you be my girl?"

Anna tersenyum, tanda menerima. semenjak hari itu, mereka pasangan bahagia.

sumber sini
sepanjang dua tahun perhubungan, Anna terlibat dengan hubungan skandal. dia merasa bosan dengan Boy yang bersikap acuh tak acuh dengan dia. Anna berfikir yang dia sudah membuat pengorbanan dengan menyambung pelajaran di negeri tempat Boy tinggal, tetapi Boy tidak hargai. oleh sebab itu, Anna mula bermain kasih. dia flirt dengan lelaki lain. namun, tanpa disedari Anna, Boy mengetahui perlakuan Anna.

"Anna, nombor siapa ni 012.....?"
"mana awak tahu ni Boy?" 

Boy hanya tersenyum. luka hatinya, tapi kerana sayang, dia lupakan sahaja perbuatan Anna. tetapi Anna, kerana darah mudanya terus terjebak dengan hubungan skandalnya. hingga Anna melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA, Anna mula berasa serba salah dengan perilakunya.

"Boy, maafkan saya. tapi saya tak nak awak terus terluka. lupakan lah saya"

Boy tahu ini akan terjadi. namun Boy pasrah. Anna mungkin merasa ini keputusan terbaik buat mereka. dalam masa itu, Anna mula berkawan dengan Dean. lama kelamaan, Dean meluahkan perasaan kepada Anna. dan Anna terus menerima. bersama Dean, Anna bahagia dan memberi sepenuh rasa sayang kepada Dean. bagi Dean, Anna cinta pertamanya.

hari demi hari, Anna semakin gembira dengan Dean. gembira? mungkin..Dean seorang yang lain. dia lelaki unik. acapkali Anna cuba membuat Dean cemburu, tetapi Dean cool sahaja.

" Dean, i wanna hang out with my friends, and there's guys with them"
" just go, kawan je kan. bukan awk nk ngorat pon "

kadangkala Anna menangis mengenangkan sikap Dean yang tidak pernah rasa cemburu tersebut. bukan dia tak bersyukur, tapi bukankah cemburu tandanya sayang? adakah Dean tak sayangkan dia? dalam waktu yang sama, Boy seringkali hadir menemani malam malam nya. walaupun hanya sekadar panggilan tanya khabar, ia tetap buat Anna rasa annoying.

bagi Boy, dia tahu Anna sedang bahagia. tapi dia juga tahu, Anna adalah jodohnya. sebab itu, dia tak putus asa untuk menghubungi Anna.

setelah hampir dua tahun, Dean mula buat perangai kerapkali dia menghilangkan diri andai ada yang membuatkan dia terluka. Anna seperti hilang arah kehilangan Dean. membuatkan dia berkeputusan utuk pergi dari hidup Dean. terluka, sehingga keputusan peperiksaan Anna menjunam jatuh, dan membuatkan ibu bapanya terkejut.

di kala itu, Anna teringat pada Boy. tetapi sayang, Anna dah memperkenalkan Boy pada kawannya. hanya mampu melihat kebahagiaan Boy dengan rakannya itu.

"Anna, awak masih sayangkan saya?"

pertanyaan dari Boy membuatkan Anna terkejut dan tergamam.

"tak, awak milik perempuan lain"

Anna menjawab sambil airmatanya mengalir..hatinya meminta dia menipu, tidak sanggup merosakkan hubungan yang mana dia memulakannya dahulu. Boy tersenyum, dia tahu Anna masih menyayanginya. dan sejak dari hari tu, Boy tanpa jemu menghantarkan pesanan pada Anna. Anna yang masih lagi rasa bersalah kerana meninggalkan Boy dahulu, hanya diam seribu bahasa. bermacam cara dia lakukan supaya Boy membencinya, tetapi tak berjaya. hingga suatu hari,

"kenapa Anna malam malam ni call saya?"
"Boy, izinkan saya untuk setia."

sumber sini

Boy tersenyum, bibirnya terluah kata syukur.


p/s : sorry kalau ayat ntah pape ntah. tetiba otak gila nak buat cerita.

14.8.11

toi, moi et l'amour

aku,
mencintai. 

sumber : weheartit

kau,
melukai.

begitulah seterusnya.

sehingga kau kenal SETIA.

dan tika itu,

kau,
mencintai.

dia,
melukai.

sumber : weheartit

dan itu yang dipanggil KARMA.

luahan hati : blacksoul.







5.6.11

kamu yang aku sayang

aku sayang kamu,
kerana kamu antara yang pertama menegurku,
ketika aku terpinga-pinga di dunia baru,

aku sayang kamu, 
kerana perwatakan kamu yang ceria,
kerana kebaikan kamu yang tak terhingga

aku sayang kamu,
kita bersama sudah lama,
hampir dua tahun yang tak terasa,
dua tahun yang penuh pancaroba,

tapi sayang,
kamu tiba-tiba berubah,
kamu bukan yang aku kenal dulu,
kamu semakin jauh dariku

sahabat, 
aku sayang kamu,
kembali sebelum kamu terlambat,
kerana aku tak mahu kamu terlewat,
kerana aku, SAYANG KAMU.

kamu cantik,
kamu jelita,
tapi sayang, kamu lagi cantik jika kecantikan itu kamu tutup sebetulnya,
bukan jadi tatapan mata keranjang si jejaka buaya.

sahabat.
maafkan aku andai kamu terasa,
tapi demi pertalian yang sudah terbina,
izinkan aku membuka bicara.
harap kamu mengerti apa yang aku kata,

aku bukan seperfect mana,
aku juga seorang yang penuh khilafnya,
aku juga berusaha sama,
untuk menjadi muslimah sempurna.




notakakisayayangcomel : demi dia yang kuya sayang, kuya berdoa dia berubah ^.^

19.7.10

mood serius.

kalau boleh,saya nak masa berlalu dengan pantas.

sebab saya nak habis belajar dengan cemerlang,

sebab saya nak dapat kerja yang bagus dan elok-elok,
supaya anak-anak saya nanti tak perlu lalu hidup macam saya

sebab saya nak bagi mak abah saya kesenangan

sebab saya nak balas budi mak abah saya

sebab saya tak nak bergantung dengan orang lain
sebab saya nak rasa jadi dewasa

sebab saya nanti boleh berdikari sendiri

sebab saya nak jadi matang,

supaya saya boleh selit dalam pentas lakonan dunia,

tapi saya tahu,

saya tak boleh hadapi lagi.*sad


notakakisayayangcomel : saya nak masa tu cepat kehadapan then bila saya tahu future saya,saya nak putar masa balik ke waktu sekarang boleh x?

18.6.10

manusia sekeliling semua tergila merc-benz la,bmw la,
mereka bertanya satu ketika dulu,
'eh kau,kau minat kereta apa?'
dengan penuh keterujaan,dijawab sepatah perkataan, "MYVi"
dengan harapan,mereka akan terjua sama
tapi yang diharapkan,tak menjadi,
bahkan digelakkan sekuat hati."kau xde taste betul,".
berlalu dari orang sekeliling,membawa diri
sekarang,dah xsama lagi,
sudah berubah pilihan hati,
MYVi masih ada di sudut hati,tapi yang paling jauh,
dek kerana cinta pandang pertama pada kereta ini,
dan nanti  takkan ada yang gelakkan lagi.


VOLKSWAGEN PASSAT CC


notakakisayayangcomel : haha.gila si pentulis.karya yang xmasuk dek akal.sila abaikan kalau menyampah.


 



15.6.10

6.20 a.m

oke.jam umah da pukul 6.20 a.m.n mate nie maseh kedip2 tgk screen s0ul.haiya~apsal la ko xbole tido la mate.my body need rest la....nway,sbb xtaw nk p0st ape.sy pon nk la membangge diri sebentar.*bukan riak.sile jelas dgn hal ini.
sy tataw la nape en.sy cepat rapat ngn orang.yup,including my darl.contohnye,dlm FB la senang en.sy rapat dengan faqeh.bukan rapat mksud ade s0mething2 taw.rapat macam abang n adek.padahal,he is my seni0r n kami xpernah nk tegur langsung mase kat sekolah.yaw~but now,pergh,mmg xsangka la kan.?*oke,paah.jgn sekeh saya.actually ramai lagi yang saya rapat thru internet..termasuk sorang mamat nie.ha,tengah dok mengarot n meraban dengan dia la ni kt FB,kami xpernah nak face 2 face,tapi,borak macam da kenal dari hingusan agi~*haila,geli tekak ak pg2 mcm ni ayat.n xsangka lak dia nie sekepala,mengong n selalu masok air.haha.mekaseh ye enchek kasem.gembirakan ati saya pagi2 nie.haha~*stop it q,nanti darl majuk.lalala

kesimpulannya,saya sebenarnya seorang yang peramah.betol x?hehehe^.^

notakakisayayangcomel : yes.karya orang xcukup tidor.

10.6.10

oh my.
lg xsampai sebulan nk tinggalkan umah nie.
xsampai sebulan dpt tido ngn b0nda.
xsampai sebulan bole gedik2 mntak mak masak mcm2,mntk mak tlg sikat kn ramb0t.*yes,sy manje.so ape kau kesah?
xsampai sebulan sy bole mkn mcm2 kt umah nie
xsampai sebulan sy bole mentengokkan tv tersebut
xsampai sebulan sy bole g0ling2 atas katil.
xsampai sebulan sy bole beramah mesra dgn jiran tepi tangga tetangga
xsampai sebulan sy bole memandikan diri dgn hotwater.*umah sewa tiada mandian air panas.bole x kite pasang?hu~
xsampai sebulan lg sy bole mentergedikkan diri dgn atokda.fyi,bkn sengaje oke?sy xpndai taw gedik2 nie.apetah lg dgn dye.sy jd diri sy yg sebenar.
xsampai sebulan je lg sy bole bgn lmbt2.
oh my.....
n yg paling penting xsampai sebulan je lg kaki n bdn nie nk melangkah masok sem baru.semangat baru ni.
oh terengganu,oh umt,oh rumah sewa,oh sume bntal busuk sy,oh my hosmet,oh my cosmet.
xsampai sebulan je lagi~


notakakisayayangcomel : jgn tido tym2 senja nk maghrib.lau x jd mcm nie la.SEWEL