si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

19.5.12

just another,

salam

just another month, and i am free
just another month, and i am happy
just another month, and i am gloomy
its just another one month.

sedar tak sedar, dah nak habis ke penghujung jalan degree aku rupanya. tinggal sebulan, insyaAllah. tak sangka hari hari aku bebel, aku ngomel itu ini, dah nak tiga tahun aku bertapa dekat terengganu ni. all the memories, yang bakal buat aku nangis, gembira, marah, sengeh dan senyum sampai ke telinga buat aku rasa berat nak tinggalkan bumi umt ini. 

actually, habis degree, habis juga perjalanan hidup aku sebagai pelajar, buat masa sekarang lah. untuk sambung master, terfikir tapi aku rasa cukup dulu. bukan apa, dah berjuta duit mak abah aku salur dekat anak dia yang kuat habiskan duit ni. yelah, mana tak nya. makan tu melebih dari belajar. =p. 

bila teringat balik, hidup aku ni actually lurus je. dari tadika sampai sekarang, aku rasa takde selit selit jalan hidup lain, maksud aku ada orang yang bila lepas spm, stop kejap. kerja. takpun masa degree ke diploma ke dia tangguh sekejap, kerja. tak, aku tak. dia kata matriks setahun, setahun aku habiskan. lagi satu, aku follow je apa aku dapat. dapat boarding school, masuk je. dapat matriks, masuk je. dapat umt, masuk je. takde nak kata kat mak, nak masuk poli ke. tukar sekolah ke, tukar u ke. takde. aku follow je. keke, a lil bored and organized. tapi, redha jelah.

so, bila nak habis belajar ni,. rasa awkward. sebab lepas ni dah takde terkejar kejar nak siapkan assignment, tersengguk sengguk nak baca nota, dah takde nak bersila depan bilik prof sebab tunggu giliran nak buat ujian oral. dah takde. lepas ni kena masuk kerja, macam orang lain. and its make me think, how i will survive THAT kind of world. sebab, diri ini dah terlalu selesa belajar. 

and, i'll not be a student anymore. and it kills me. AHH. cant believe. 


till then.

p/s : happy soon-to-be-a-graduater *ada pulak perkataan graduater tu* to my lovely-mushy-mushy *err* coursemate, the final year student of bach in science (computational mathematics). do your best ya for fyp, final and seriously the final and the last final exam, and also the VIVA. 




6.10.11

no tajuk. no spontaneous thursday

malam malam yang sejuk macam malam ni seringkali buat aku terimbau masa silam. buat aku layan feel lebih sambil dengar lagu cinta. ya, orang yang kaya dengan masa silam macam aku, memang akan selalu mengimbau kembali masa masa itu dan seringkali berharap  ianya boleh diputar semula. tapi sebenarnya,  kalau boleh aku nak lenyapkan masa silam itu. kalau. tapi aku tahu takkan mungkin boleh. dan aku pasrah.

serasa banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang hidup kat dunia ni. hidup aku tak macam remaja lain. aku lain.serius lain. kalau nak dijildkan kisah hidup aku. sepuluh jilid pon tak mampu menampung pengalaman hidup aku. berapa umur aku kau tanya? aku muda lagi. tapi bila bila masa nyawa tu boleh ditarik bukan.

sebenarnya aku nak cerita pasal cinta. for sure ramai dah bosan sebab asyik asyik cerita cinta. buka blog yang ni cinta. blog tu cinta. masuk blog ni pon cinta. tapi maaflah. aku nak layan feel. feeling orang merindu. aku tahu korang pon pernah jadi macam aku kan? bila ada satu masa tuh kau rindu seseorang. tak kira lah orang tuh masih in relationship dengan korang, atau dah break atau dah pergi buat selamanya. tipulah kalau takde. tak pon paling kuman pon kau rindu orang yang kau admire, yang kau adore. bagi aku, aku merindu orang yang dah takde. orang yang dah pergi. dan orang yang ada, tapi jauh dari mata. 

nak cakap pasal cinta, aku memang banyak pengalaman. pengalaman aku, orang sekeliling. aku pon tak tahu lah, tapi ramai yang cerita kisah suka duka cinta mereka pada aku. sampai aku boleh dapat master in love. maybe. kau cakap je cinta yang macam mana. yang terhalang. yang terlarang, yang jauh yang dekat yang syok sendiri yang muka buku. macam macam. semua aku ada pengalaman. tapi bukan semua lah aku punya sendiri. gila ke apa. 

yang aku boleh simpulkan, tak semua cinta itu indah. 

k chow. cagd menunggu nunggu dengan gembira. maaf aku tak habis cerita.


8.8.11

fair and square, wujud ke tak dalam family

assalam dan selamat pagi. [mood entri serius panjang]

orang kata, bangun awal pagi, bagus untuk otak, bagi yang bekerja sebagai pelajar, bangun awal pagi sesuai kalau nak buat revision atau menghafal. otak fresh, minda masih segar. tapi sayang, aku tak amalkan. biasanya aku akan menghafal atau buat revision SAMPAI pagi, selepas subuh baru aku lelapkan mata. dan alamatnya, kalau ada kelas pukul 7 atau 8, aku kirimkan tandatangan kepada mummy shue [ aku praktikkan ini dikala ada banyak assigment saja, jangan assume aku ponteng semua kelas pagi ]. setakat dua tahun ini, cuma semester keempat aku banyak ponteng. sumpah semester 1 sampai 3, aku budak nerd.*kalau buat introduction, mesti aku nak cerita pasal diri sendiri, pekes ntah.sindrom nak up kan diri gamaknya.




apa yang aku nak sampaikan sebentar nanti, adalah garapan hasil idea aku sewaktu menggoreng kentang dan telur untuk dibuat sahur,dan aku cilok idea sebelum aku tidur dibuai mimpi indah bersama botak.kekeke.

pernah dengar tak pasal kasih sayang ibu bapa itu fair and square dikalangan anak anak mereka? pernah bukan. aku nak kupas sedikit tentang itu.

percaya tak kalau aku kata, tipu lah kepercayaan kat atas. ish, jangan melenting dulu, baca apa yang aku nak tulis. korang mesti selalu dengar " mak sayang anak anak mak semua sama je, tak de lebih takde kurang", ataupun " abah takde nak beza bezakan korang, semua sama je," kalau bukan mak ayah sendiri cakap, korang tengok kat tv, drama melayu pasal kekeluargaan. yelah, korang kan suka tengok cerita melayu.


ni bukan sebab kes aku anak bongsu so all the privillege aku dapat, aku mintak duit aku dapat, aku mintak kereta..er, tak dapat lah kan sebab aku tahu setat kereta je.haha. bukan sebab nak kata abah ngan mak aku sayang aku lebih dari akak abang aku. tak de makne nya.

raya 2009,

okay, aku bagi satu contoh analogi. bagi senang paham sikit. katakan lah, si ibu nama mak jemah, si ayah bernama pak mael. dorang ada 5 anak. 3 laki 2 perempuan. semua belajar takat SPM paling tinggi except for anak bongsu dorang. belajar sampai degree, kat mesir lak tuh. amek medic. mak jemah selalu cakap kat anak anak dia, " mak sayang korang sama je, takde nak lebih-lebih." tapi at the same time, mak jemah selalu cakap, " mak nak bagi rumah ni kat adik kau lah, ", " kalau adik kau kawin, kena buat grand-grand, kan dia blaja doktor," 

satu lagi contoh senang, aku anak bongsu, takde adik lah kiranya kan. tapi aku ada anak buah 12 orang tak termasuk in the making dua orang. aku selalu cakap, aku sayang anak buah aku semua sama. padahal kalau dorang datang, aku mesti cari yang paling kecil, sape lagi kalau bukan azzuri. sebab aku kan pernah cakap, aku suka budak bawah setahun. nanti bila azzuri dah besar, and dua baby tu dah lahir, aku sayang lebih sikit yang baby dua orang tu. and aku sayang lebih jugak kat si ensem anak mak aku jaga tu.

ape aku nak tekan kan kat sini, even parents cakap sayang sama rata, takde pilih-pilih kasih, mesti mereka akan sayang lebih sikit salah seorang anak mereka dari anak anak yang lain. banyak faktor yang menyebabkan hal sebegini. maybe anak tuh ensem/cantek lebih sikit dari yang lain, paling ketara kalau anak tuh lagi pandai dan kaya. aku dah biasa tengok dah scene ni, tapi dalam tv lah. tapi ada jugak kes anak tuh kaki kipas, or kaki bodek, takpun tukang hasut then, mak ayah jenis percaya je tak siasat dulu. paroh paroh.

tapi, bila korang dapat detect yang parents korang maybe sayang lebih salah seorang sibling korang, jangan cepat sentap then lari dari rumah.tak payah buat kerja bodoh. korang tak perlu nak jeles ke apa ke, sebab parents korang pon manusia biasa, yang tak mampu nak sayang anak-anak sama rata, melainkan dorang ada sorang je anak. kalau 7? takpon 19. sebab nanti korang dah dewasa, berumahtangga, ada anak, benda yang sama korang akan lalui.

er, apa lagi eh. aku rasa sampai situ jelah.

till then, assalam.

notakakisayayangcomel : entry ni aku buat hari first puasa, terkepam sebab asyik hilang idea.*ayat macam hebat je aku tulis




15.7.11

ini entry orang sakit hati

kalau tak suka baca boleh click 'x' kat atas sana.
ini entry nak lepas marah. yup.mmg aku ngah panas sekarang
kalau ada orang tahu aku panas pasal apa, good, memang kawan aku.

kalau tak tahu, tak perlu nak fikir dalam dalam. tak perlu serabut kan kepala kat siapa aku panas.
kau tahu, masa awal aku kenal kau, kau baik sangat.
kau dengar probs aku, yang totally lost sebab kat tempat baru.
and aku rasa aku menyesal tak terima kau just jadi sahabat aku.pfttttttt.aku seriously menyesal.
hell ya, memang aku bahagia dengan kau.awal awal jelah.
tapi kadang kadang aku makan hati ulam jantung dengan kau. tapi aku positifkan fikiran.
aku tanam dalam fikiran yang kau unik. kau lain dari lain. memang betul kau kata kau dapat terima siapa aku. semua jerangkung aku. tapi itu dulu.

bila dah lepas setahun, kau okay lagi. tapi sebab kita jauh, aku yang mula rasa insecure.
aku mula rasa lain, mungkin itu cuma perasaan aku.
tapi bila kau dah start buat perangai cam pfttttt. aku sedar. kau dah mula berubah.
tapi hati aku buta agaknya, still sayang kau.betul lah, cinta boleh membutakan seseorang.
dekat dua tahun, aku tanya kau sesuatu. tiba kau hilangkan diri.terus mintak putus.aku?
aku macam orang gila tahu tak. memikir siang malam, pagi petang, apa silapnya kat pertanyaan aku.
aku jadi muka tak malu nak kau balik kat dalam hidup aku. ya, aku perempuan separuh gila masa tu.
kau bosan? aku dah cakap awal awal, kalau bosan, kau cakap kat aku, aku boleh lepaskan kau.
hey, aku dah dewasa, aku boleh selesaikan cara dewasa. dan aku, profesional,#haktuih.


sebab mata, hati, perasaan aku dah buta, aku jatuh. bukan jatuh terpeleot. tapi dah jatuh macam nangka busuk. aku hilang semua. semua sebab aku buta.aku kena maki, kena cerca.
tapi lepas tiga bulan, kau datang balik buat muka macam tak bersalah.
dan aku, lagilah bodoh terima kau kembali dan lepaskan orang yang sayang aku. ah, bila aku ingat balik, aku memang perempuan bodoh.
bila jumpa, aku rasa lain, aku rasa janggal. dan aku buat keputusan tinggalkan kau.sebab? jangan tanya. aku pon tak tahu. tapi hati aku kuat suruh tinggalkan kau.aku terus melangkah, aku tak pandang pon kau.
aku cakap kat diri aku, jangan airmata ni tumpah, tapi tumpah jugak.
dalam bas, aku menangis. aku tinggalkan kau tapi aku menangis.tanda aku masih sayang kau.
tapi kau,, tak da nak tolong pujuk aku kembali. dan masa tu aku yakin, hati kau dah berubah.
seminggu aku jadi perempuan gila, gila sebab setia, sayang. tapi kecewa.HAHA.aku bodoh.

tak sampai dua hari, kau keluar kat muka buku berstatus dalam perhubungan dengan perempuan yang pernah jadi penyebab kita gaduh.hey,memang middle finger ini untuk kau.
aku beranikan diri untuk bertanya perempuan itu, penuh hipokrit aku rasakan. sebab aku terpaksa jadi perempuan baik yang tak kisah kau diambil oleh dia.darn.
dari perempuan itu, aku dapat banyak sebab untuk aku tidak regret tinggalkan kau.
dan sekarang, perempuan tuh suruh aku pujuk kau. kembali kat kau. dia kata dia lepaskan kau.
haha. gila. dia kata dia cuma adik sahaja. tapi kenapa tiba tiba mucul perkataan lepaskan? kelakar.

korang berdua mampu buat kan aku ketawa tak ikhlas. maaf, aku sedang cuba lupakan kau. mungkin susah, mungkin senang. sebab kau, seorang lelaki bertuah melihat aku setia. yes, ini kali pertama aku setia, kali pertama aku begitu cinta, tapi apa aku dapat hanya kecewa. terima kasih atas pengalaman ini.

kalau kau tanya bagaimana hati aku hari ini. ini aku tunjuk.


maaf, hati aku dah jadi batu.semua gara gara kau.betul lah, putus cinta memang buat aku kuat. bercinta lagi? maaf, aku tak mampu.


notakakisayayangcomel : aku tutup cerita ini disini. oh ya, credit kat google atas gambar.

23.6.11

bunga, gembirakah?


oh, hati bunga-bunga dikala ini

tapi, bahagia kah?
tepuk kepala tanya minda.


latarbelakang : i stalk your profile by jazz hayat

13.6.11

ke arah isteri serba boleh #1

yeah, kuya nak kawen. eh. bukan. buat persiapan nak jadi isteri. yela, jodoh tak tahu bila datang, so kena prepare dari awal so that bila dah jumpa jodoh terus dia kata, bagus budak ni. dah tahu serba serbi pasal rumahtangga even tak chantek. sejuk hati aku. tak sia-sia aku amek dia jadi bini. tak ke bertuah kalau ada jodoh sebegitu =.='

di saat semua orang bergumbira di BIG GATH ahad lepas, kuya berkuak lentang atas katil protes sebab tak dapat join tapi last-last ngaku kalah bila perut merengek minta di isi. yaa, ibu mana tak tahu kelemahan anak. =.=', kalah lagi kuya. tepat pukul 11.30 pagi, [okayy kantoi bermalasan di atas katil sampai tengahari.*ada alasan, penat berkhidmat bakti ari sebelumnya,^.^ ] my sis in law call :

 " ang free tak? "
" free lah, awat?" dalam hati dah lonjak gumbira. yes yes, dapat keluar.
" ang nak join tak kelas jahit? 24 ringgit ja. rugi ang tak nak p. nanti raya kita boleh jahit langsir " kata dia
" okayy, tapi tak mandi lagi. " alasan, orang protess wajib tak mandi pagi. tanda protesssss.
"ang p mandi, akak otw"

terus kuya capai tuala suma, mandi. zapp, SIAP. no makeup. no baju bagai nak rak. ala, pegi kelas menjahit je pon =.='. janji keluar. pukul 12.30 tghari sampai. padahal kelas start pukul 8. bukan salah gua. gua ni bidan terjun nak cukupkan korum. yang paling shocking news, im da YOUNGEST, yang lain dah pangkat makcik dan pakcik,*jangan tak caya, pakcik tuh lagi expert dari kuya jahit pakai mesin.=.='
except angah kuya. angah memang join kelas ni..
cakap banyak tak guna, yang pasti, pukul 12.30 start buad pola langsir, 1.30 pergi makan, 2.30 start balik, and 4.15 siapppp. lagi laju dari orang lain. hebakkkk tak hebakkk kuya.*kembang idong.

enjoice the pictures.FULLSTOP.

 angah muka serius.

ingat ang sorang ja boleh? tekun tak tekun kuya jahit.pess taim tuh.

 ni tang tepi dia. nak buat ROYAL SCALLOP. yaa, putih itu suci.

 puan yashimah. yang banyak tolong budak lambat datang kelas ni =.='

 yeah, presenting my pes baby of royal scallop. senang je rupanya. ceis. er, abaikan muka tak semenggah tuh.

ye ye, ang punya lagi berseri. 

okayy, ni baru first class, kuya kena attend lagi dua kelas = lagi 16 jam.hello, tak ke murah.kau blaja jahit langsir free material ko datang bawak diri tapi kena bayar just 24 ringgit. sejam singgit la senang cerita.

notakakisayayangcomel : tapi sayang pita yang untuk sangkut ke penyangkut tak boleh jahit pakai mesin tuh.kalau tak kuya dah sangkut langsir tuh kat pintu bilik.=.='