si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

19.5.12

just another,

salam

just another month, and i am free
just another month, and i am happy
just another month, and i am gloomy
its just another one month.

sedar tak sedar, dah nak habis ke penghujung jalan degree aku rupanya. tinggal sebulan, insyaAllah. tak sangka hari hari aku bebel, aku ngomel itu ini, dah nak tiga tahun aku bertapa dekat terengganu ni. all the memories, yang bakal buat aku nangis, gembira, marah, sengeh dan senyum sampai ke telinga buat aku rasa berat nak tinggalkan bumi umt ini. 

actually, habis degree, habis juga perjalanan hidup aku sebagai pelajar, buat masa sekarang lah. untuk sambung master, terfikir tapi aku rasa cukup dulu. bukan apa, dah berjuta duit mak abah aku salur dekat anak dia yang kuat habiskan duit ni. yelah, mana tak nya. makan tu melebih dari belajar. =p. 

bila teringat balik, hidup aku ni actually lurus je. dari tadika sampai sekarang, aku rasa takde selit selit jalan hidup lain, maksud aku ada orang yang bila lepas spm, stop kejap. kerja. takpun masa degree ke diploma ke dia tangguh sekejap, kerja. tak, aku tak. dia kata matriks setahun, setahun aku habiskan. lagi satu, aku follow je apa aku dapat. dapat boarding school, masuk je. dapat matriks, masuk je. dapat umt, masuk je. takde nak kata kat mak, nak masuk poli ke. tukar sekolah ke, tukar u ke. takde. aku follow je. keke, a lil bored and organized. tapi, redha jelah.

so, bila nak habis belajar ni,. rasa awkward. sebab lepas ni dah takde terkejar kejar nak siapkan assignment, tersengguk sengguk nak baca nota, dah takde nak bersila depan bilik prof sebab tunggu giliran nak buat ujian oral. dah takde. lepas ni kena masuk kerja, macam orang lain. and its make me think, how i will survive THAT kind of world. sebab, diri ini dah terlalu selesa belajar. 

and, i'll not be a student anymore. and it kills me. AHH. cant believe. 


till then.

p/s : happy soon-to-be-a-graduater *ada pulak perkataan graduater tu* to my lovely-mushy-mushy *err* coursemate, the final year student of bach in science (computational mathematics). do your best ya for fyp, final and seriously the final and the last final exam, and also the VIVA. 




25.4.12

minggu yang super awesome

salam.

blank actually nak update hape. tapi ada gesaan dari peminat, haruslah diupdate..tanpa peminat siapalah kita kan, HAHA. perasan.

seminggu dua ni, life sangat hectic pathetic semua. tapi sangat awesome. penat tapi awesome. gila kan? tapi seriously awesome. lagi lagi buat benda-benda awesome dengan coursemate yang super duper awesome.


treasure hunt yang awesome.

my teammate yang super awesome. penat sungguh 

TH ni terjadi hari jumaat yang lepas. involved tujuh checkpoint mengelilingi umt. bila aku cakap mengelilingi umt, for real aku pusing satu umt dari hujung pagar belakang dekat al-safa sampai ujung pagar belakang hostel. actually, there's another two peeps dalam team aku. tapi tak terambil gambar pulak. adik adik sekolah kan. nanti ada masa rembat lah gambar dekat kamera hebat amer. actually, bajet tak dapat masuk TH ni sebab register group asyik fail. sekali madam call dapat register. nama group, la grangre. bajet nama french tapi hakikat nama formula math. grrrr. 

this TH involved lima bahasa : french, arab, japan, malay and english. thanks to Allah sebab kami mahir and capable to answer all the questions given. tapi yang lagi awesome bila kena denda lari pusing satu padang sebab tak dapat list semua chinese's zodiac. bertambah awesome bila lari tengah hari. triple awesome lari berempat perempuan dengan ada match bolasepak and a lot of audience yang berjantina lelaki bersorak macam tengok 400m punya competition. memang awesome lah kau penjaga checkpoint. pfttt. lagi awesome kalau kau yang kena denda macam kitorang. ngek.

kasut yang super awesome. putih lagi. bau kedai lagi,eh

the most awesome moment bila team aku sampai inos tu and being announced as second winner. beza dengan first place, diorang lari sakan, kitorang leisurely jalan sambil jadi tourist guide kat adik-adik sekolah yang berdua tuh. alhamdulillah, dapat RM200 cash and divided into five person. lepas makan beberapa hari. eh. berbaloi lari satu padang, berbaloi mandi peluh dan tepung, berbaloi cuci mata tengok lelaki ensem. eh?


dikir barat yang super duper awesome.

hari sabtu nya pulak, aku involved dengan dikir barat competition. kalau tak sebab madam menjanjikan markah 15 sesiapa yang involved, aku tak join. tapi tu niat asalnya lah kan. bila dah practice a lot *actually 6 hari je sempat berlatih*, jadi seronok. jadi best sebab its awesome!. you know, belajar loghat kelantan, belajar gerak tangan dikir. simply awesome. and bertambah awesomeness nya bila buat semua dengan coursemate yang awesome. stay sampai 12 1 pagi practice, fikir nak buat gaya apa sama sama, sangat awesome bebehh. sebab lepas habis sem ni, memang susah nak having fun macam ni.

hari first berdikir. the tukang karut rehearse suara. abe pokka is awesome

hari-hari tak sabar nak ke studio nak berpractice. dah jadi macam addicted dengan bunyi gendang, gong, shaker *aku main sebut je nama alatmuzik* bila percussioners start main, badan automatik bergerak. HAHA. unstoppable. sampai masa competition tuh, dengar muzik orang lain pon boleh ikot layan.

right before the performance. masing masing kecut perut sebab ramai audience

percussioners tengah goreng sakan 


masa performance, memang takpayah cakap lah. nebeess habis. and lastly, i made a mistake. sikit je tapi effect sebab duduk betul betul parallel dengan juri. grrrrr. petang tuh penutup, semua budak budak dikir ni pergi lari uruskan dinner malam tuh pulak. so, aku dengan teammate TH aku  pergi tolong hadir ke penutup. itu pon sebab menang TH, kalau takk. haraammmm. oh, ada lagi group TH coursemate jugak, dapat no 3. so dengan dorang sekali lah. and tak sangka, we won that dikir barat competition!!. unbelievable. yelah, tang lain ada yang dah practice lama. sangat tak sangka. =')

after performance. with the madams. the d'lemma. nama harus unsur math

the prize. :') our titik peluh

the winner bebeh. mapem's junior. salute them!

even dapat third place, tapi seriously bersyukur cuz peeps, you'll never gain such awesome experiences after this. memang kenangan terindah bagi aku. the moments that i cherish with them, memori yang takkan kau dapat beli dengan wang ringgit., *cewahh, kembang hidung coursemate aku baca* 


the malam sanggar mustika

nama untuk dinner course math. both of them. tak mampu nak cakap panjang sebab aku just cherish saat bersama kawan kawan. aku pergi sebab nak have fun tapi sayang, a lot of things yang tak best. =.=''. sorry organizer.

aha. abaikan triple chin aku. =.='' with them <3
so far, the best dinner aku pergi masa first year. sebab aku pernah pergi dua dinner je. =p, tapi sebab this dinner ada almost semua budak batch , aku enjoy jaaa. ^.^

the rest of the pic boleh lihat dekat blog encik amir asyraf vanilla coklat. =p sebab dia pakai camera osem. 

cuba kira berapa banyak aku tulis awesome dalam entry ni. yang baik, yang buruk semua awesome. simple said minggu lepas adalah minggu awesome sekuya. =p


p/s : entry paling lambat aku nak publish sebab chrome buat hal. =.=''.

till then


1.8.11

kenangan puasa diperantauan.

assalam.

peringatan : entri ni serius panjang.

galak jari aku ni nak menulis. mentang mentang esok puasa *pekes, jari takde puasa. jangan terkorek hidung esok dahla, jari aku ni bukan boleh percaya, tup tup da sampai pintu masuk hidung.pftttt.

aku ni kan dah lama tak dapat puasa sebulan full kat villa aku ni. tup tup dapat delay cuti sampai bulan 9, humangaih. memang gumbira rasa di dada, dapat bersama bunda tercinta. takpayah susah susah korek duit syiling pergi beli makanan atau beratur panjang tunggu makan.


puasa perantauan satu :

den ghasolah, start kena puasa kek sini maso form 2,kalau tak silap lah. teringat, selalu takde air taim taim ni, nak turun sahur tuh, bawak semua kolget berus gigi sabun bagai. pastu berebut lah dengan junior ke, senior ke nak mandi kat sekolah. HAHA. lawak ai, kalau tak budak lelaki amek tempat. puasa kat sini, taim prep paling mashuk. semua kepala sebaris dengan meja. lentok sakan.

aku curik kat google,


buka puasa kat surau, memang seronok, makan kurma then solat maghrib baru serbu DM. kalau zaman aku junior, kena beratur, zaman aku senior dah hidang ^.^. tapi tak best hidang sebab tak boleh buat muka seposen kat makcik DM mintak lauk lebih, then paling seronok, bila terawikh reramai, nak nak imam tuh pak angkat aku jadi imam...

budak perempuan, kalau tak puasa, masing masing pakat balik hostel time rehat * aku zaman senior, junior tak berani.akaka. pakat masak megi dengan air panas water cooler tuh,abis rehat pakat balik kelas buat muka toya padahal perut kenyang hati senang, nasib baik tak sendawa je. kalau tak, bau megi bai, sape nak tanggung.

semestinya aku rindu berpuasa zaman ni, walau pun jauh diperantauan, walau buka makan nasi kawah, walau moreh mewah semacam. alhamdulillah, seronok.



puasa perantauan dua :

ni masa aku dah remaja. cewah. semakin jauh aku tinggalkan keluarga. dah tak tahu erti sedih homesick.*padahal mengalir jugak airmata dalam sebulan tuh. kali ni puasa lama sikit dekat sini. dapat roomate yang sekepala. memang syiokk. sumber makanan buka puasa just bazaar sebelah dewan tuh. balik kelas je, menapak lah carik makanan sambil cecuci mata tengok jantina berlawanan. haha. mata aku memang miang sikit taim tuh. kurang pahal puasa aku.

sahur, kalau rajin buat air. kalau malas, aku prepare air kosong sebotol tepi bantal. agak agak nak imsak tuh, aku gogok je air tuh. yang ni aku praktik dari sekolah sampai la sekarang. haha. nampak kan kemalasan aku? taim ni kelas full 8-5. ada masa sejam aku luangkan dengan tilam dan bantal.haru tak tidur taim tuh, mahu tersengguk taim kelas. dah takde prep nak buat taim tidur.

terawikh? taim ni dah jadi malas. aku admit lagi padahal surau aku sebelah blok. tapi aku gagah jugak pergi. taim nilah aku rindu zaman muda muda aku.even awal-awal masuk sekolah kena paksa semua, finally jadi sesuatu yang aku rindu kan.


puasa perantauan tiga :

yang ni bila aku dah hujung remaja. cewahh. baru dua kali berpuasa. sahur? macam biasa lah, air kosong menjadi peneman setia. aku ni malas nak turun pergi beli makanan kat luar tuh. ye, aku pemalas. admit oh. kelas masa junior, aku jalan kaki, terkedek-kedek lah aku dengan payung nya, beg nya. kalau malas , aku naik je van.bukan mahal.30 sen je. buka puasa, kena beli juadah seawal pukul 5, kalau tak, makan serdak jelah gamak nye,

naik senior year, aku nak try hidup berdikari kununnye, duduk rumah sewa der. seronok. taim tuh la masing masing nak tunjuk skill memasak. haha. pemalas sangat, bazaar banyak. pastu sahur, hangatkan je yang lebih buka puasa tuh. pergi kelas pon aku jadi pembonceng setia mummy su, so takdelah turun berat badan aku.haha.
terawikh kat masjid depan lorong rumah, sayu je hati. mula lah menangis rindu kat mak abah. waktu-waktu ni, kedit aku abes 5 ringgit sehari kol mak aku. huuu.

tapi tahun ni, aku tak de title berpuasa di perantauan, muka aku pon tak dapat lah masuk salam perantaun tuh, so tak payah la korang carik.*adelah pulak sebelum ni.
aku bajet retis lagi

papepon, jom niat puasa dan tidur awal keyy? sok nak sahur. jangan ponteng ponteng tahu..

till then assalam.