si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label ngarot.no idea.. Show all posts
Showing posts with label ngarot.no idea.. Show all posts

28.4.12

semua berbeza

salam

simple and short update, hari ini penat jadi assistant cik shue, jadi mak andam, jadi tukang ambil gambar. frankly said, i am tired. shushh.

suka,minat,sayang dan cinta


empat perkataan berbeza, dan punya maksud yang berbeda juga. siapa boleh beritahu yang keempat-empat perkataan ini sama maksudnya? kalau ada, meh aku belanja coolblog. 

menyukai seseorang, tidak bermakna meminati beliau. meminati seseorang itu tidak bererti kau punya rasa sayang. apabila kau menyayangi beliau, tidak menjanjikan bahawa kau juga cinta kepadanya.


p/s : aku tak tahu apa aku tulis. ni bukan aku. ahhhhhhh.


till then








25.4.12

barang best

salam.

harini aku declare hari stress sekuya. err, sebab aku je stress. HAHA. satu badan aku stress. ingat tadi pergi KT boleh hilang stress. tapi makin stress. nak makan penkek pisang yang super sedap dekat waterfront, kedai tutup, makan pizza, service KO. sampai ke coolblog tak dapat. semua salah carbonara pizza giant KT. kalau dia masak betul betul, aku sempat rembat milk tea blue coral aku. AHH. 

tapi sebelum tuh aku dapat rembat satu barang best. lepas ni aku tensi stress boleh layan barang ni. memang melayang ah stress semua. penat aku usha port cari barang ni

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

barang baik gua. abai bebear busuk gua belakang tuh.
haa. ni lah penghilang stress aku. aku kalau dapat bola basket ni aku memang layan feel habis. nak rembat spalding, memang glupp lah air liur aku telan. mampu rcl jela. aku pon bukan main secara aktif pon. kena jaga perasaan kaki tuh juga. dah meragam sejak dua menjak ni. =.=''

jangan nak fikir lain bila aku sebut barang baik ^.^

lepas ni rasa nak rembat jenga pula. ada sapa sapa baik hati nak sponsor? 


till then 



14.8.11

part tajuk memang tak reti reka

assalam.

tak kan menaip buat masa terdekat.
kekangan kerja dan assignment yang satu itu memang nak buat aku gila.
so, pada yang baca blog aku senyap-senyap dan terang-terang tuh, jangan rindu aku okay?

haha, bajet gila aku ni.

serius. kalau tak kena tambah setahun lagi. taknak lah nanti ruin jadual masa depan aku.

sambal belacan mangga : ubat terbaik sapa yang sembelit. haha

till then, assalam

notakakisayayangcomel : selamat berpuasa ^.^ *rasa annoying tak post aku ni?

2.8.11

sweetheart[s]

assalam.

nampak tajuk tak korang? nak tengok sweetheart aku tak?















silap, haha. bukan bukan. ni cuma teman. * mapuh aku awek ye marah

 kejap, kejap. yang kat bawah ni baru betul..


ensem a.k.a muhammad zafran irham dan his big sis donat
a.k.a nur 'aqilah khairina.

si ensem yang comot.

budak dua orang atas ni, anak jiran, disebabkan mak kebosanan kat rumah, beliau dengan rela hati nak menjaga mereka berdua ni. adalah juga teman mak dikala si anak belajar jauh di perantauan. ha, la ni aku cuti 4 bulan, puas aku gomol si zafran.dengan bau minyak telon tuh, suka gila aku. si akak aku malas gomol, suka sangat cari gaduh. biasalah, semua orang dok sayang adik dia termasuk aku. haha. kenapa panggil si aqilah tu donat? sebab parents dia bukak syarikat jual donat,*dulu aku keja sini lah. pastu ari ari dia makan donat je keje nya. tu yang gemok cam donat.haha. kejam pulak aku rasa. lagipun aku suka budak bawah setahun je. haha. camne la gamaknya aku ada anak nanti, pas setahun aku suh husband aku jaga, boleh?



si comel a.k.a muhammad nur azzuri

ha, yang ni baru lah anak buah aku yang last, no 12. no 13 dan no 14 in the making. HAHA. ujung tahun kot due date. azzuri ni anak angah. dia ada dua abang dengan sorang kakak. tapi aku tak berkenan, semua dah besar panjang. beza umur abang dia ngan dia 9 tahun kalau tak silap aku. dia ni. fuhhh. ringan kemain, sebab aku dah biasa bina otot angkat si ensem kat atas tuh. 


ni mama dia, angah aku latuh.

bam bam oiii.

 kesimpulan, aku ni muka ganas tapi still ada sifat keibuan. aku jadi babysitter terjun cuti ni.

motif entry? ntah, sebab aku suka nak tepek gambar gegula hati aku kat sini. coz they are too adorable. tak paham hati orang zaman sekarang yang sanggup buang baby, campak dalam longkang, dalam tongsampah. tolonglah, muka inesen cam aku dorang ni sanggup ke korang nak buang? aku tak sanggup oi.. orang lain punya lah susah nak dapatkan anak even dah berbelas tahun kahwin. diorang yang dah dapat, sanggup buang. at least, tinggalkan lah depan rumah orang. kalau tak nak anak, tak payah buat anak - mak aku kata -


till then, assalam.

notakakisayayangcomel : donat kacau. japp, nak kejar dia.



23.7.11

unfollow

assalam.

perasan dah hilang seorang.
tanya kat diri ;
blog tak best
entry tak masyukk
tak mengamalkan konsep "i folo u, u folo i balik taww"
aku tak lawa
aku tak comel
blog tak best
blog tak best
semua sekali.

dan aku rasa sebab blog aku tak best. huu. confirm. tapi, aku tak kisah, sebab aku buat blog untuk luahan hati aku.^.6. tapi pada yang selalu baca, thanx korang.*hug*


21.7.11

berharap dan masih berharap

semalaman berdiam dibawah timbunan bantal dan tilam kat bilik, dengan mata yang membengkak.
memikirkan apa yang sebenarnya hati ni nak.
dah dapat yang baik, kau tinggalkan.
dapat yang jahat, kau ditinggalkan.
alahai hati, kenapa kompleks sangat nak paham?

hati pon cakap : aku tak sekompleks kau. nak lelaki yang ensem romantik yang sanggup beli bunga dan buat pembaziran duit. padahal duit tuh boleh buat simpan untuk masa depan.
cukuplah seorang lelaki yang paham siapa kau sebenarnya, yang tahu dan kenal semua jerangkung kau. dan aku tahu kau sebenarnya nak lelaki yang boleh ber aku kau, yang boleh layan perangai gila kau, yang boleh share all his story macam kau member dia. yang kau harapkan dia mampu jadi imam dan ketua keluarga, yang hormat ibu bapa. itu yang kau nak.

cukup buat aku terdiam.



aminnn

18.7.11

kalah

jangan tanya kenapa banyak yang berbaur sedih. even buat muka happy tetap tercalit kesedihan di situ. siapa yang pernah alami, mesti tahu kesedihan yang dirasakan. 


cuma, tak ada perkataan yang boleh gambarkan perasaan sekarang. yang pasti, aku kalah dengan perasaan sendiri.

17.7.11

perubahan

nampak perubahan blog aku ?
dah buat sesimple mungkin. sebab?
i think i need something new.
macam aku nak buka hidup baru
lembaran baru.
no more budak perempuan hipokrit control ayu.
no more budak perempuan hipokrit bajet comel.





notakakisayayangcomel : aku rasa takde motif entry ni. haha

15.7.11

tiada tajuk

kali ni perkataan aku ganti kuya.


ada orang pernah berkata kat aku,
siapa syaz,aku jawab, akulah tuh,kenapa?
dah tu, siapa kuya?,aku jawab, akulah tuh,kenapa?
ni, q ni sape pulak?,aku jawab, akulah tuh,kenapa?
la,gemok pon kau jugak ke?,aku jawab, akulah tuh,kenapa?
err, ni rina ni?,aku jawab, akulah tuh,kenapa?
siti ni, jangan cakap kau jugak.,aku jawab, akulah tuh,kenapa?
ha, confirm yot ni, bukan kau kan?,aku jawab, akulah tuh,kenapa?

makngaih, punyalah banyak nama kau, dah tu aku nak panggil kau apa?
dengan senyuman,"kau nak panggil aku pape pon, kau panggil lah, aku tak kisah, janji yang elok,kau nak panggil aku comel ke, cantik ke, aku tak kisah.janji aku tahu orang yang kau panggil tuh aku"
dia terus buat gaya muntah.
aku memang banyak sangat nama, sampai kadang tak sedar yang dipanggil tuh diri sendiri.
motif buat entry?entah.mental block kot

notakakisayayangcomel : nak cakap, panggil lah seseorang itu dengan panggilan yang baik, sebab itu satu doa.

4.7.11

aku jahat.so?

currently im having this type of sickness.



im too tired of being sogood.

3.7.11

maafkan saya awak

awak,
awak tahu tak saya sayang awak?
awak tahu tak saya suka awak?
awak takde depan mata buat saya tak lalu,
awak tahu tak saya rindu awak?
yelah, kita jauh..susah nak jumpa.last kita jumpa awak tak kasi saya balik kan?
sebab awak kata awak rindu saya.

awak,
awak tahu kan saya suka tengok awak gelak?
awak gelak sweet sangat
awak tahu tak saya suka curi-curi tengok muka awak,
masa last jumpa kita sama-sama kantoi curik tengok muka masing-masing,
pastu awak cakap, awak suka tengok muka saya.
saya blushing, awak tahu kan?
awak tahu kan, saya suka main rambut awak, sebab rambut awak lembut,panjang pulak tuh.
awak selalu cakap awak sayang rambut awak, even saya marah pon awak buad dekk je.geram taw
lepas tuh, hobi saya tarik idung awak sampai merah, haha. nasib baik awak tak marah.
hobi awak cubet pipi saya, sebab pipi saya tembam macam panda awak cakap

awak,
saya tahu awak marah saya.
saya tak tahu kenapa saya buad tindakan bodoh tuh awak.
tapi bila jumpa last tadi, saya tenung muka awak.
saya jadi sayu, sedih awak
saya tahu lepas ni kita jarang jumpa..
mungkin takkan jumpa lagi..
sebab tuh saya buat awak benci saya,
saya tak nak awak sedih bila saya takde nanti,.

awak,
bila saya dah takde nanti,
awak jangan lupa lawat saya taw,
sekali setahun pon jadilah,
awak siram la saya dengan air mawar,
awak bersihkanlah tempat tidur saya nanti,
awak lagukan saya dengan surah yassin bila awak datang nanti
tapi kalau awak tak datang, awak titipkan lah al-fatihah pada saya.
agar saya dapat sedikit ketenangan di alam sana.

awak,
saya nak awak tahu,
walau bercerai nyawa dengan badan,
walau bertukar dimensi alam,
saya tetap sayang awak.
hati saya tetap terpahat nama awak..
saya cuma ada awak..


maafkan saya awak kerna menyakiti ati awak.


nukilan : thesouleater.

.....




but




notakakisayayangcomel :   


p/s : lupa nak gitau, gmbr : ihsan pakcik google

27.6.11

kerjaya yang tak disangka.

semenjak dua menjak, terpanggil untuk mhasabah diri.
belajar untuk apa, habis belajar nak kerja apa.
dengan result yang macam ak-payah-belajar-baik-pergi-kahwen, apa agaknya aku boleh buat?

 A ;  KAHWEN.
B ; BELAJAR SAMPAI MASTER, PHD SEMUA.
C : KERJA.
D : TAK PAYAH BUAD APA-APA.

and aku rasa aku nak pilih b dan c sekaligus. aku nak belajar pulun-pulun tahun akhir ni dan kerja,. aku nak apply jadik cikgu. kenapa cikgu? sebab aku dah macam fall in love nak mengajar kanak-kanak. macam tanda-tanda keibuan tu dah ada dalam diri aku ni. haha. NONSENSE. but truthly, aku nak mengajar.jadi cikgu. tapi aku nak jadi cikgu sekolah rendah sahaja. diulangi.SEKOLAH RENDAH. dan opkos la subjek yang bakal aku ajar, MATEMATIK. gila kalau nak suruh aku ngajor BM.failed T_T.


erm. tolong jangan musnahkan impian aku yang baru je beberapa hari nak terempuk rapi dalam minda. bukankah menjadi cikgu itu satu tugas yang mulia?. insyaAllah andai ditakdirkan aku menjadi guru, dah tiga orang anak mak abah jadi guru. along, achik and maybe aku. insyaAllah..aminn.

padahal dulu dah buat impian tinggi menggunung nak jadi pattisiere, archaeologist, dietition. but FAILED. kerjaya guru yang out of the list pulak aku idam-idamkan sekarang. haha.. ohh, semangat membara nak jadi cikgu math kepada kanak-kanak kecil. mesti comel bila tanya " 5X2 berapa murid-murid? " lepastuh dorang jawab...ten teacherrrr....awwwwwww...so suweeeeeeet,

notakakisayayangcomel : pasni kena praktis buat muka garang macam rimau.haha




19.6.11

he is JADE.

entry berjiwangan.

jade. i miss you.

.
kau kata," jangan cakap aku tak sayang kau. cuma aku tak mahu berhubungan lama-lama seperti ini.  aku ingin kau jadi wanita halalku. maafkan aku"

aku tersentuh. menangis. 






kau bawa 1001 macam perasaan dalam hidup aku. terima kasih jade. currently aku sedang rindu kenangan lalu.

maafkan aku jade.


5.6.11

malu seyh.

masa : petang, taim nikita on air
tempat : ruangtamu umah dato' T
pelaku : si bongsu dan si akak.

situasi : si bongsu baru balik kerja, si akak tengah dodoi baby,

si bongsu : wa penat der,,baru balik gym ni*sambil buat muka seposen 
si akak : poyo, baru sekali pergi...
si bongsu : at least wa pergi,,ada gak wa usaha nak kurus...tgk la perut wa *sambil tunjuk perut comel beliau
si akak : ko buad apa?threadmill?

si bongsu angguk kepala sambil bangun. lima minit kemudian : 

si akak : wei, kalau camni gaya ko, sampai tua pon ko gemok. makan macam tak makan seminggu, minum ais lak tuh. threadmill pon tak jalan..bakal adik ipar aku pon lariii...*sambil ketuk pale si bongsu
si bongsu : wa lapar, hahahahahaha.*sambil makan penuh nafsu.

hangat-hangat taik kucing betul ^.6. 

notakakisayayangcomel : motif? insyaAllah, kuya nak jugak turunkan berat yang dah naik mendadak sejak insiden you-know-what happen 2 years ago yang buad kuya stop being an atlet dan jadi penternak lemak.*hamek kau, bocor rahsia.

2.6.11

kenyang makan homemade pizza, macam ni jadi

merujuk pada tajuk, wa buat kerja baik punya : home made pizza wif beloved nephew and niece, dapat la 9 bijik pizza tuh. wa melantak 3 bijik, wa kenyang, tiba mak wa ingat kan wa kat result wa, wa nanges wa carik lagu sedih, sekali wa jumpa lagu tajuk : LAGU SEDIH .haha. sesuai utk wa. cam pftttttt. wa pon layan jek.

nak tengok sapa nyanyi? pegi SINI

VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

[KORUS]
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih


Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

[KORUS]

Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

wa pon tak tahu motif pe wa melalut sini. tapi yang penting, wa kena pergi library SHAH ALAM ujung minggu ni.=.='

14.5.11

kalau dah nak sangat a.k.a sangap, sanggup buat apa sahaja

nak tahu tak, sangat beruntung bila ada di kalangan orang dewasa sebenarnya, bila kita dapat gosip nasihat, pengajaran dan tauladan. dan bila dengar kisah-kisah yang mereka cerita, sangat takooooooooooot. takut nak masuk alam dewasa padahal umur memang dah jangkau dewasa. pfttttt. *apekes kau guna ayat skema?

ekceli, nak kongsi satu benda la. pasal LELAKI. perempuan pon kadang-kadang ada buat. tapi mostly dengar cerita pasal lelaki lah sebab lelaki kan kalau dah sangap gila bayang semua dia nak buat. ha, pasal gila bayang lah ni. nak dijadikan cerita, adalah akak ni, dia outstesen la kat satu negeri kat Mesia ni, tiga bulan. *negeri ni memang diketahui lah ada banyak kes yang serupanya. and akak ni konpom lah da ada bf merangkap tunang dan nak kahwen pon.*senang cakap TUNANG lah. sebab akak ni fulamakk, comey lote gila. tetibe, dia balik masuk keja tempat dia balik, terus dia kata taknak kawen ngan tuang dia ni. sebab ada sorang LELAKI ni, dia dah tangkap cintan sama itu lelaki, lelaki tuh, dok ayat apa pon q tak tahu lah kan, tapi yang pasti lelaki tu cakap la sayang akak tuh semua la.besa lah lelaki nak gula perempuan, ayat dia lagi manis dari tahi itik yang kuih tuh.

sampai laki tuh nak kahwen, akak tu siap cakap., nak stopkan majilis kahwen laki tu ke tak. and lelaki tuh cakapla takkan sentuh bini dia sebab sayang akak tuh,. eley,, lelaki kalau dah ada yang HALAL depan mata, gila lah kalau tak amek je.sedangkan yang HARAM pon dia sapu.kan? hakikat lah. sampai ke hari ni, akak tuh memang macam dah angau sama lelaki tuh..sampai dia kata macam takde perasaan kat tunang dia bagai..kecian akak tuh.. serius, apa lah yang lelaki  tuh buat eh? kalau nak kat akak tuh, takpayahla kahwen ngan perempuan lain. ni tak, laki tuh kata, tak boleh nak kata tak nak.dey, ang laki tau tak, ang boleh tak setuju kalau taknak kahwen. tak jantan lah bro. =.=' ni tak, kau dah buat anak orang gila bayang kat kau, kau macam haram je kahwen dengan perempuan lain. taim  kau nak kat akak tuh, kau buat amcam-macam.aigoo.apa jenis manusia lah. harap-harap tak jadi lah kat q..aminn.

tadi pagi baca metro, takut gila baca berita yang pasal pemandu lori kena simbah asid, sebab CINTA je.aish...yang lagi tak boleh belah, yang pasal serangan asid tak semena-mena kat orang ramai. gila ke apa? kau ingat simbah asid tuh macam main simbah-simbah air taim kau pergi air terjun dengan family? apa motif? bak kata cik taufan lah kan,  maybe penyimbah asid tu tak ensem macam dia.so, full of jealousy. ish ish.dunia dunia. =.='

p/s : tak semua lelaki macam tuh. q tahu, jade sebagai contoh. and ada jugak perempuan yang buat kerja tak senonoh nak dapatkan lelaki.

notakakisayayangcomel : ude q terus takut nak pergi kerja sebab takut kena simbah asid sebab dia kata dia ENSEM.pftt,no komenlah bro.

1.5.11

bukan semua mengejar cinta palsu

salam pembuka bicara.


lama dah rasa tak menulis, menaip dan merapu kat blog kesayangan. seriously kerinduan. si joyah pon dah naek bosan mengadap muka q yang tak semenggah sebab kebosanan tak boleh nak online so bantai tengok cerita sampai lebam-lebam mata dan jadi musang. =.='. kesian joyah. tak sampai sejam off q on balik sebab bosan. tak sedar diri ada lagi dua paper nak dijawab. ooooh OPERATIONAL RESEARCH and FRENCH. voila!. c'est tres superbe. seriously, got heavy headache for the last paper, REAL ANALYSIS. seriously, can't answer single questions for dat paper. =.=' and now, for the two last paper..pft....don't know what to say bout these subjects.

ekeceli nak crita benda lain ni. ^^. aish, melencong pulak. tulah,. gian sangat nak merapu hak sini.

duh. got some conversation with my lovely gula hati recently. weeet weeeeeeet. siapa? belum sampai seru kot nak cerita lelebih pasal beliau. cukup lah q kata beliau teman rapat q masa ni.one of the thing yang kitorang cerita is pasal darjat. pasal pangkat, pasal harta. q pelik lah, kenapa mesti ada pemikiran yang all girls in diz world pilih harta dan pangkat sebagai ukuran nak cari hubby? eloo, duh. bukan semua okayyy. kalau betul semua girl camtu, konpom guys yang miskin gila babeng outhere takkan ada pasangan. yang keja sebagai tukang sapu sampah takde wife, takde anak. pftttt. serious annoying gila dengan orang yang pemikiran macam tuh,

btw, q adala mintak pendapat memember sana sini, yelah. lain orang lain pandangan. and u know what? depa suma langsung tak kesah la kalau depa nanti one day dapat hubby yang tak setaraf pendidikan dengan dorang. sebab tak semestinya, kau takde degree, takde master tak boleh nak hidup. tak boleh nak kerja. sometimes, orang yang level education dia rendah pon lagi success hidup dari yang ada master or sowateva. then, tak semestinya bergaji besar, berkereta ferarri or berbanglo 5 tingkat mampu membeli sebuah kebahagiaan dan kasih sayang dalam hidup. mungkin cinta boleh dibeli dengan wang ringgit, but trust me. dat kind of love wouldnot give you happiness for the rest of ur life. really. and just TRUST me.

    sweet ^_^. macamm nak kawen je skarang. mama, carikkan calon untuk q !!

ada satu cerita nak kongsi. bout satu pasangan hubby n wife. si hubby ni cuma lepasan spm. and si wife ada lah dip kalau q tak silap. dorang kawen dah lama, bout 6 tahun jugak lah. tapi alhamdulillah still bahagia, disebabkan si wife ni gaji beliau besar, pada mulanya si hubby selalu sedih. terasa hati..yelah, beliau gaji sikit.. kerja pon, bukan keja govern. setakat jadi kuli je..tapi, si wife tak pernah nak ungkit pasal tuh. siap kata ' my money also urs , because im ur wife '..and sejak tuh, si hubby sangat-sangat bekerja keras sebab taknak buat diri rasa useless just because ada spm je..see. tak semua perempuan, wanita dalam dunia ni mengejar kekayaan, harta... dan jangan disebabkan itu, para lelaki..kamu memutuskan sesuatu perhubungan itu. cubalah berfikir panjang dan JANGAN memblind pig dalam membuat keputusan. ^^


 
WANITA, jangan lah mencari pasangan hanya melihat pada rupa, harta dan pangkat. tapi lihat lah pada agama, iman, kualiti yang ada pada pasangan, yang mampu membawa anda ke jalan yang diredhai Allah, yang mampu menasihati anda di saat anda terlalai,yang mampu menjadi imam, ketua keluarga bagi anda dan keluarga anda nanti. pilih lah mereka yang menyayangi anda seadanya. yang mampu menerima buruk dan baik anda sebaiknya.
gambar sekadar hiasan =.='

LELAKI, carilah pasangan anda mengikut ukuran yang empat : agamanya, keturunannya, akhlaknya, dan juga rupanya. jangan kau mencari hanya pada rupa, dan fizikal nya. kerana setelah kau melafazkan lafaz aku terima nikahnya, kau punya tanggungjawab yang besar terhadap beliau. jika beliau tak sempurna, kau bimbing lah dia dan jangan lah kau mengizinkan dia menjadi lebih teruk dari sebelumnya. jangan pula nanti, setelah kau memilih dia, dan kau sudah berumahtangga, kau mengabaikan ibu kau dan melebihkan dia. kerana sesungguhnya, syurga kau masih dibawah telapak kaki ibumu.. jadi, fikirlah sebaiknya keran Allah mengurniakan kau 9 akal.....
semoga Allah pertemukan q dengan seseorang yang boleh bimbing q kejalan Allah. aminnnnn

as usual : gambar dari GOOGLE ^.^

notakakisayayangcomel : errrr, entry tak ade arah tujuan maybe. sorry...got the guts to write but seem didnt have the idea,,,

6.4.11

ni kalau kaum sejenis dengan sayam afghan ^_^ baca konpom kembang hedung

HAHA. tengok tajuk pon tahu yang kali ni entry berat sebelah pada kaum ADAM =.='. nak buat cane. hakikat terbentang depan mata oh.

ni sayang qiyu.HAHA.berangan gila. tapi serious suweat gila guys yang macam ni.^^ mahu cair gua tengok.grrr

malam kelmarin. mensebokkan diri menjadi pengajar tak de sijil pada tiha. =.=' gila ah mintak ajor french. HAHA. last-last bukan ajor, tapi tengok tiha buat prep for oral test ^^. tetibe je, ada mesej masuk

" nak sweater, sejuk :P"

terus hati berbunga riang. oh, jejaka cun menghubungi mana tak happy. kembang dowh hidung terus ketik-ketik numbor beliau. *okgatal.larikkk

bajet nak ngedate sekali beliau suruh qiyu ajor ANOVA.=.=' gila lah, dah tinggal bende alah tuh setahun. nak suh refresh dalam masa sejam. gila. memang gila budak ni. sekali tengok buku depa. apsal lain apsal macam senang apsal apsal.*ayat nak mintak penampor.=.='

serius malas gila nak tolong. tapi tengok muka dia. serius kau boleh cair sebab dia ensem.dia cute.HAHA.tapi yang paling penting ayat dia * ayat bodek nak resipi rahsia je ni.jangan percaya

" kau ajar aku macam aku tak pernah tahu.serius.aku datang lecture just nak tanda attendance, serius. aja aku weih. esok test"

 tapi kalau dalam gambar apsal kau tak ensem HA?

serius, kalau tengok muka dia plus dengar dia cakap macam tuh. hati cairrrrrrrrr. ^^*okgatal
jadi, dengan berat hati tak sempat nak makan nasi goreng cili api yang tak pedas langsung =.=', tolonglah ajor. sekali dengan qiyu pon tak paham ANOVA stail dorang.pheww. terus lari pergi bilik member amek buku adv stat. pheww nasib baik ada. nasib baik. refresh in a minute. tapi tak jadi refresh sebab terpegun tengok dia dah setat study. dan seriously muka gojes gila. GOJES tahu. mata dah ngantuk gila pon still nak duduk depan dia perhati dia belajar. nasib baik hati kuat. jangan jatuh hati. last-last dia belajar sendiri. cuma jadi peneman. dan perenung =.='.

esok nya cerita pada ainee. dia pon bersetuju cakap LELAKI kalau serius belajar. akan jadi soo damn gojes n cute. seriously. 

lagi cute dari ini. =.='

jadi, para LELAKI sekalian kalau anda rasa nak mengurat, mentackle seorang wanita, boleh lah cuba trick ini. ajak belajar sama sama dan buat-buat serius belajar. MUNGKIN wanita itu akan tertarik pada anda. MUNGKIN sebab pandangan setiap wanita itu lain.

ihsan gambar : en GOOGLE dan cik JOYAH de sanza

notakakisayayangcomel : dengar berita, disebabkan malam tuh, dia terus ada kesedaran nak study.wee.^^



Sengal Zone : Belum Tido Lah !

assalamualaikum et bonnuit!



memang kaki tak tidor malam.so menyahut seruan inchik din ^^ nak bagitahu anda-anda semua yang seangkatan dengan qiyu :


Saya tak tido lagi ni ! 

notakakisayayangcomel : bila diri insomnia,=.='