si cantek dan si kacak

heartbeat

2.3.11

dari anak.

petang itu, ibu terima sekeping surat, posmen yang serahkan. diperhatikan tulisan di sampul surat, " pelik anak aku, tak penah hantar surat.selalu telefon je " getus hatinya. dibuka sampul itu.

dari anakmu : buat ibu tercinta. maafkan anak.
" ibu, anak minta maaf, mesti ibu terkejut bukan terima surat ni? anak pon terkejut sebab boleh tulis surat ni. anak cuma tak boleh luahkan pakai telefon ibu. anak tak nak ibu sedih.anak tak nak ibu cakap anak cengeng, asyik menangis. ibu, ibu ingat lagi tak pesan ibu kat anak? ibu cakap, anak jangan bercinta, anak belajar dulu, anak kena balas jasa ibu dan ayah, itu je ibu nak. biar ibu senang kalau ibu dah pergi nanti, sebab ibu tahu anak ibu dah berjaya. tapi ibu, anak ibu dah khianati amanat ibu. anak ibu jatuh cinta jugak. anak ibu dah buat salah, maafkan anak, ibu. ibu, bukan pertama kali anak ibu bercinta. banyak, dari sekolah lagi ibu. anak ibu dah pandai gatal. jatuh hati pada senior. tak serius belajar. last-last anak ibu ni, dapat spm x macam yang ibu nak. anak tahu ibu terluka, anak minta maaf ibu. tapi ibu tetap harap pada anak. kat matriks, anak ibu gagal lagi. anak ibu tak boleh nak capai macam anak-anak ibu yang lain. mesti ibu kecewa bukan? 

ibu,
anak ibu, yang ibu sayang, yang ibu tatang, tak mampu nak bagi apa yang ibu nak. anak minta maaf ibu. ibu, anak ibu ni tak pernah nak cerita apa yang dia rasa kan? anak ibu rasa tertekan, sebab ibu nak anak ibu ni jadi macam anak-anak ibu yang lain.berjaya. anak ibu ni tak berdaya ibu. mula-mula memang anak ibu ni memberontak, tapi anak tahu, ibu buat macam tu demi masa depan anak juga, yelah.. dunia sekarang pandang mereka yang berilmu tinggi je. kan ibu? ibu cakap, biarlah kita miskin  harta, tapi ilmu dan budaya kita tinggi. anak baru sedar sekarang ibu. anak akan cuba ibu. anak tak nak susahkan ibu. ibu, anak ingat anak boleh bertahan tanpa cinta. tapi anak ibu kalah, anak ibu jatuh cinta ibu, tapi anak ibu ni ingat macam yang dulu, sayang tanpa cinta. ibu, masa tulis surat ni, anak ibu ni menangis lagi buat sekelian kalinya. anak ibu tak kuat, sebab anak ibu ni sayang sangat dia. dia bukan cinta pertama anak,tapi bagi anak dia cinta terakhir anak, ibu. ibu, mesti ibu terkejut bukan? anak tak pernah cerita pasal dia, dan anak tak pernah serius bila berkata tentang cinta. tapi sekarang ibu, dia dah pergi tinggalkan anak, semua salah anak. anak sedih ibu. anak terluka, anak perlukan ibu.

ibu, 
tak sangka perit bila terluka ibu, sebab anak sayang dia ibu. dia bukan lelaki kaya, dia bukan lelaki yang ada rupa. dia lelaki biasa ibu, tapi hati dia yang buat anak tertarik. ibu, anak minta maaf sangat-sangat sebab tak amanat, tapi anak lemah ibu. anak tak kuat..bila ibu tahu anak dengan dia, anak tahu ibu kecewa lagi. anak ni jahat bukan? suka kecewakan ibu. tapi ibu tetap bagi sokongan kat anak. anak malu dengan ibu. ibu berusaha untuk bahagiakan anak, tapi anak tak hargai. ibu, anak janji, anak takkan jatuh cinta lagi. anak akan tunaikan dulu amanah anak pada ibu, pada ayah. anak nak jaga ibu dan ayah. anak taknak tengok ibu menangis lagi. anak tak nak ibu kecewa lagi. ibu, anak akan rawat kecewa anak. anak cuma nak beritahu ibu, anak masih sayang dia ibu. anak minta maaf. ibu, ibu sokong lah anak. anak perlukan ibu. 

dari anakmu."

ibu tahu perasaan anaknya sedang terluka,sambil melipat surat itu, mata ibu berair.

notakakisayayangcomel : ntah apela yang ditulis, sori merepek petang-petang ni. k, nak g clas.tata

4 comments:

APi said...

ada maksud tersirat disebalik surat itu nampaknya..^^

kheeyu tohid said...

ape yg tersiratnye?

avantgarde14 said...

x sedih pon... ingt mak die nk kate
"sabar la yer anak ku.. ibu tau ape yg kau rase.
walau apa pon yg terjadi kau tetap anak ibu"..
haha...

kheeyu tohid said...

hehe..dia cakap dalam diam je kot