si cantek dan si kacak

heartbeat

5.6.11

kamu yang aku sayang

aku sayang kamu,
kerana kamu antara yang pertama menegurku,
ketika aku terpinga-pinga di dunia baru,

aku sayang kamu, 
kerana perwatakan kamu yang ceria,
kerana kebaikan kamu yang tak terhingga

aku sayang kamu,
kita bersama sudah lama,
hampir dua tahun yang tak terasa,
dua tahun yang penuh pancaroba,

tapi sayang,
kamu tiba-tiba berubah,
kamu bukan yang aku kenal dulu,
kamu semakin jauh dariku

sahabat, 
aku sayang kamu,
kembali sebelum kamu terlambat,
kerana aku tak mahu kamu terlewat,
kerana aku, SAYANG KAMU.

kamu cantik,
kamu jelita,
tapi sayang, kamu lagi cantik jika kecantikan itu kamu tutup sebetulnya,
bukan jadi tatapan mata keranjang si jejaka buaya.

sahabat.
maafkan aku andai kamu terasa,
tapi demi pertalian yang sudah terbina,
izinkan aku membuka bicara.
harap kamu mengerti apa yang aku kata,

aku bukan seperfect mana,
aku juga seorang yang penuh khilafnya,
aku juga berusaha sama,
untuk menjadi muslimah sempurna.




notakakisayayangcomel : demi dia yang kuya sayang, kuya berdoa dia berubah ^.^

6 comments:

azim_3110 said...

kuykuykuykuya..appa crita?? ^^

Nurul Ainee said...

zul eh? trang tang tang ~ =]

syazrinakuya said...

azim : lalalalala..nothing ^.^

ainee : haha, not him lor..takdok nye nk cite jiwang2 kt sini..u know who diz person..

syazrinakuya said...
This comment has been removed by the author.
Haikal Blank said...

moga moga.

kim heeruul said...

perhhh..dah pandai dah jiwang2 ini.