most of the tyme in life, strangers feel like family, while family feel like a strangers
hlovate : rooftop rant.
this is about S, about her hectic life. siapa kata bongsu itu indah, terakhir itu bahagia? tidak bagi S. mungkin, waktu kecilnya seperti yang diidamkan oleh setiap kanak-kanak. MUNGKIN. mindanya bukan boleh sangat mengingati perkara yang lepas, kisah kecilnya yang ingin dilupus dari recycle bin otaknya. bukan dia tak bersyukur lahir sempurna tanpa cacat cela, tetapi, liku hidupnya yang sangat lah 'sempurna' membuat dia menjadi seperti gadis-gadis yang berpeleseran. tapi pelesarannya secara senyap, bukan secara terbuka. tidak ke pub atau kelab malam. tidak jugak ke lorong lorong menolak dinding mecari rezeki.TIDAK.
S cuma inginkan perhatian, yeah, seperti Trish dalam Rooftop Rant. walau dia punya sibling yang ramai, tetapi dia rasa seperti anak tunggal. semuanya bermula bila seorang demi seorang menjalankan tanggungjawab mereka membina masjid untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. dia gembira. tapi tak lama. kesibukan menguruskan keluarga baru membuat mereka lupa peranan sebagai yang tua. lupa mereka masih punya adik yang inginkan perhatian. mereka lagi rela biarkan adik mereka itu keluar berseorangan. lebih rela adik mereka itu bekerja sendirian.tanpa bantuan. lebih rela adik mereka seperti katak bawah besen. mereka lupa sebenarnya mereka juga pernah muda, pernah remaja.mungkin, mereka nyanyuk.mungkin.
S seorang yang cemerlang. dahulu. kerana pada fikirannya, dia lah harapan terakhir keluarga. kerana dia tak mahu dibandingkan dengan mereka yang tua. yang berjaya. dia fikir dia berjaya. dia bawa nama keluarga. jika tak berjaya, busuklah nama keluarga, hancurlah harapan mereka. sewaktu dizaman kecemerlangan, dia dipuji. hanya sebentar. kemudian dilupakan. setelah menginjak dewasa, semakin merosot.bukan apa, dia terlalu banyak yang difikirkan. dikeji, diejek. kata mereka " kau bodoh, senang begini pon kau tak berjaya". sedih hati tak siapa tahu, terluka? sudah semestinya. setelah apa yang dia dah lakukan, berhempas pulas, reward dia?NULL.
dalam hidup S, dia cuma sayangkan ibunya. bukan tak sayang ayah, dia sayang. cuma ibunya yang lebih memahaminya. benarlah kata orang, hanya ibu yang benar-benar memahami hati anaknya. semua yang dilakukannya sekarang, demi ibunya. belajar juga demi ibunya. kalau bukan sebab ibunya, dah lama S melangkah keluar dari keluarga itu. bukan tak sayang, cuma dia rasa dia perlukan ketenangan. setiap kali dia memikirkan hal itu, dia terpandang wajah ibunya. hasrat nya terbatal. biarlah hati nya terluka dari melihat tangisan ibunya. biarlah dia terseksa, asalkan ibunya ada di sisi.
selain ibunya, S punya kawan. yang istimewa. biarlah di gelar Jade. dia lah stranger. jika yang tua tidak mempedulikan S, S masih ada Jade. Jade yang sanggup menemani dia kerana tak mahu S keseorangn.katanya " bahaya, awak perempuan". sedangkan seorang stranger boleh berfikiran sebegitu. mengapa tidak yang punya talian darah yang sama?. S gembira punya Jade sebagai kawan. disaat S keliru, sedih dan sebagainya, Jade ada untuk memberi telinga untuk mendengar, bahu untuk menangis. ya, dia stranger. tetapi, Jade adalah keluarga. begitu jugak kawan-kawan S yang lain. bersama mereka S jadi dirinya yang sebenar. tanpa selindung. tetapi bersama family, dia menopengkan semua. berpura. dia adalah S yang berbeza.kerna pada dirinya, family is a stranger. FULLSTOP.
notakakisayayangcomel : hargai orang yang disayang. yang punya pertalian sebelum mereka pergi....
No comments:
Post a Comment