si cantek dan si kacak

heartbeat

8.8.11

fair and square, wujud ke tak dalam family

assalam dan selamat pagi. [mood entri serius panjang]

orang kata, bangun awal pagi, bagus untuk otak, bagi yang bekerja sebagai pelajar, bangun awal pagi sesuai kalau nak buat revision atau menghafal. otak fresh, minda masih segar. tapi sayang, aku tak amalkan. biasanya aku akan menghafal atau buat revision SAMPAI pagi, selepas subuh baru aku lelapkan mata. dan alamatnya, kalau ada kelas pukul 7 atau 8, aku kirimkan tandatangan kepada mummy shue [ aku praktikkan ini dikala ada banyak assigment saja, jangan assume aku ponteng semua kelas pagi ]. setakat dua tahun ini, cuma semester keempat aku banyak ponteng. sumpah semester 1 sampai 3, aku budak nerd.*kalau buat introduction, mesti aku nak cerita pasal diri sendiri, pekes ntah.sindrom nak up kan diri gamaknya.




apa yang aku nak sampaikan sebentar nanti, adalah garapan hasil idea aku sewaktu menggoreng kentang dan telur untuk dibuat sahur,dan aku cilok idea sebelum aku tidur dibuai mimpi indah bersama botak.kekeke.

pernah dengar tak pasal kasih sayang ibu bapa itu fair and square dikalangan anak anak mereka? pernah bukan. aku nak kupas sedikit tentang itu.

percaya tak kalau aku kata, tipu lah kepercayaan kat atas. ish, jangan melenting dulu, baca apa yang aku nak tulis. korang mesti selalu dengar " mak sayang anak anak mak semua sama je, tak de lebih takde kurang", ataupun " abah takde nak beza bezakan korang, semua sama je," kalau bukan mak ayah sendiri cakap, korang tengok kat tv, drama melayu pasal kekeluargaan. yelah, korang kan suka tengok cerita melayu.


ni bukan sebab kes aku anak bongsu so all the privillege aku dapat, aku mintak duit aku dapat, aku mintak kereta..er, tak dapat lah kan sebab aku tahu setat kereta je.haha. bukan sebab nak kata abah ngan mak aku sayang aku lebih dari akak abang aku. tak de makne nya.

raya 2009,

okay, aku bagi satu contoh analogi. bagi senang paham sikit. katakan lah, si ibu nama mak jemah, si ayah bernama pak mael. dorang ada 5 anak. 3 laki 2 perempuan. semua belajar takat SPM paling tinggi except for anak bongsu dorang. belajar sampai degree, kat mesir lak tuh. amek medic. mak jemah selalu cakap kat anak anak dia, " mak sayang korang sama je, takde nak lebih-lebih." tapi at the same time, mak jemah selalu cakap, " mak nak bagi rumah ni kat adik kau lah, ", " kalau adik kau kawin, kena buat grand-grand, kan dia blaja doktor," 

satu lagi contoh senang, aku anak bongsu, takde adik lah kiranya kan. tapi aku ada anak buah 12 orang tak termasuk in the making dua orang. aku selalu cakap, aku sayang anak buah aku semua sama. padahal kalau dorang datang, aku mesti cari yang paling kecil, sape lagi kalau bukan azzuri. sebab aku kan pernah cakap, aku suka budak bawah setahun. nanti bila azzuri dah besar, and dua baby tu dah lahir, aku sayang lebih sikit yang baby dua orang tu. and aku sayang lebih jugak kat si ensem anak mak aku jaga tu.

ape aku nak tekan kan kat sini, even parents cakap sayang sama rata, takde pilih-pilih kasih, mesti mereka akan sayang lebih sikit salah seorang anak mereka dari anak anak yang lain. banyak faktor yang menyebabkan hal sebegini. maybe anak tuh ensem/cantek lebih sikit dari yang lain, paling ketara kalau anak tuh lagi pandai dan kaya. aku dah biasa tengok dah scene ni, tapi dalam tv lah. tapi ada jugak kes anak tuh kaki kipas, or kaki bodek, takpun tukang hasut then, mak ayah jenis percaya je tak siasat dulu. paroh paroh.

tapi, bila korang dapat detect yang parents korang maybe sayang lebih salah seorang sibling korang, jangan cepat sentap then lari dari rumah.tak payah buat kerja bodoh. korang tak perlu nak jeles ke apa ke, sebab parents korang pon manusia biasa, yang tak mampu nak sayang anak-anak sama rata, melainkan dorang ada sorang je anak. kalau 7? takpon 19. sebab nanti korang dah dewasa, berumahtangga, ada anak, benda yang sama korang akan lalui.

er, apa lagi eh. aku rasa sampai situ jelah.

till then, assalam.

notakakisayayangcomel : entry ni aku buat hari first puasa, terkepam sebab asyik hilang idea.*ayat macam hebat je aku tulis




4 comments:

ila said...

ank bongsu mmg basenya manja kan.
lme nya simpan n3/?
hee

syazrinakuya said...

haha, xdela...mne de manje

err, xde idea...

Hafiz Hafizol said...

eh.. entri kite lagi panjang kot.. Warhahahaha

syazrinakuya said...

haha, amboi pijoe...lama tak nmpk..