si cantek dan si kacak

heartbeat

21.3.11

jangan lagi?

semalam entry jangan. hari ni pon jangan. entah-entah esok lusa tulat kelat pon qiyu nak buat entry jangan. sudahnya semua orang jangan dengan kau baru nak gelabah. choi. pastu hidup kau mesti sunyi, hilang kasih dahagakan sayang, belaian mesra nak manja-manja. erk. bunyi macam desperado sangat ni. aish, ni gara-gara sekodeng belog cikRahim lah ni.haila.

oke straight back don't gay gay.

sekarang, nak kongsi benda yang qiyu belajar masa bengkel arituh dengan dr rem. aha. konpom beliau tengah batok tersedak sebab semua orang asyik cerita pasal beliau. femes dah doktor. pe lagi.kongsi la share syarikat tuh, dapat 90% pon jadi lah. qiyu tak mintak lebih.=.='*mood desperate depress sampai merapu melalut macam nak mintak pelempang.

p/s : nak kena guna kau aku. biar nampak stylo sikit. baru orang takut nak buat.haha

tujuh benda KAU jangan buat lepas makan. KAU jangan, aku boleh.haha

1. JANGAN merokok. eh, yang ni memang patut kau tak payah buat langsung. bukan lepas makan je. kau tahu tak bukan kau yang sakit nanti.memanglah kau kata sedap main sepam dua. orang sebelah yang sedut asap rokok tuh yang risiko tinggi.*emo. tapi kalau kau dah nak sangat merokok, jangan lepas makan. keterukkan dia 10x ganda dari kau hisap waktu biasa. =.='

cara gak macam ni. haha.

2. JANGAN makan buah-buahan. kalau kau nak makan, makan SEBELUM kau melantak. err, aku tak ingat kenapa tak boleh makan selepas makan. masa tuh aku tengah amaze dengan dr rem. tak silap aku, nabi pon makan buah sebelum makan berat-berat, *kalau salah betulkan eh. aku ingat-ingat lupa.

3. JANGAN minum air teh. tak kisahlah kau nak minum teh peng ke teh ais ke, eh bukan sama ke peng dengan ais? yang pasti jangan minum teh. sebab teh berasid. ya ada ASID. kau minum teh sama macam kau minum asid.haha. aku punya lah geram, dahla aku selalu minum teh peng bila makan. ishh, potong stim. cara nak tahu teh tu banyak asid ke tak. ce tengok warna serbuk teh tuh. kalau dia ada banyak warna gold-gold cenggitu, konpom banyak asid.tuh dr rem kata lah..bukan aku. dia kata paling bagus minum teh cina, takpun teh selangor sabah. sabah jugak dapat nama.oi orang selangor, tak reti nak buat teh sendiri?

4. JANGAN ketatkan belt. aku sebenarnya tak sure, either beliau kata ketat or loose. sebab dalam slide tulis loose tapi penerangan ketat. tapi aku rasa ketatkan. tapi paling senang tak payah menggedik pakai belt. yang perempuanlah. konon nak nampak pinggang ramping.eh, tak bagus tunjuk bentuk badan kat lelaki.dorang nafsu 9. nanti tak boleh kontrol, sapa susah. kau jugak. yang lelaki, jangan gedik tak pakai belt. kang luruh seluar tuh.sapa nak jawab.haaaaa. kalau ketatkan nanti makanan tersendat dalam perut.kau jugak susah.

tak payah gedik pakai macam ni padahal makan kat mapley.*padahal jeles.okbai

5. JANGAN mandi. ha. ni memang aku ngaku aku pon buat,tapi kan aku cakap, KAU yang jangan buat.aku boleh.haha. madi tak elok. nanti buat perut kau buncit. tapi paling penting,err adalah sangkut paut dengan suhu sejuk dan panas bertembung.yang ni pon aku tak dengar sangat.khusyuk sekodeng lelaki nerd.=.=' maaf

jangan buang tebiat macam ni. lucah. tak senonoh ayam-ayam nih.

6. JANGAN jalan lepas makan. memanglah nak bakar balik kalori yang kau lantak tuh. tapi agak-agak lah. takkan lepas makan kau nak terus jalan.mau tak keluar isi perut.[ pengalaman ada ni ]

7. JANGAN tidur . aha, aku..err, kekadang terbuat jugak. sebab makan lepas berlatih. badan dah penat sangat. haha. bagi alasan.

apsal lah qiyu emo semacam buat entry ini. oh, sebab semua terkena batang gigi balik. haha. lagipun lepas ni dah tak boleh bermanja dengan cik joyah macam sekarang ni. macam tau tau je qiyu selalu ada leisure time. sekali amek kau. datang segunung harapan assignment. choi.

picture : semua atas ihsan pakcik google =.='

notakakisayayangcomel : baru perasan entry semua panjang-panjang. niat nak tulis pendek je tapi ayat dia mesti jadi panjang jugak. patutlah takde orang datang tengok.=.=' gila ayat rupanya qiyu ni =.='


2 comments:

Ez0Lleee said...

awk???laki bukan ad satu nafsu ker???9 akal???
haaa..salah info nie??

teh ganuu ader taw awk..x caye dtg umah sye..

kheeyu tohid said...

haha.silap tulis la.ngeee..maaf ye..

yeke..tipu la..ce ckp jenama ape?