si cantek dan si kacak

heartbeat

26.7.11

..................................................

assalam dan selamat petang.

menggaru kepala yang tak gatal mencari idea supaya blog ini tidak usang dan bersawang, walaupun hakikat tidak ketahuan adakah yang sudi membaca penulisan si gadis biasa ini.

usai menonton satu filem bangsa penjajah yang bertemakan pasukan sorak atau pun " cheerleading ". pasti di benak kalian sudah terset si gadis berskirt mini dengan liuk lentuk yang menggoda dan si jejaka berbadan tegap serta berwajah tampan, pasti bukan? jangan geleng kepala sebab kita sama sahaja.haha.dah, jangan nak senyum tersipu-sipu malu sebab itu normal.

maaf, jangan disangka akan meneruskan penulisan ini dengan cerita ceriti si gadis dan si jejaka. itu semua orang dah mengerti, dah cukup masak dengan perihal itu. kita cerita perihal yang lain, yang tersirat disebalik penambahan dosa kering melihat cerita tersebut.

dalam cerita tersebut, ada satu scene yang menunjukkan mereka sedaya upaya mencari kekuatan untuk berkongsi rahsia terbesar mereka. ya, RAHSIA. itu yang akan kita bicarakan disini. mungkin ramai yang tahu, dan mungkin bosan dengan tajuk ini. maaf, aku hanya ingin berbicara, berkongsi sekadar yang ada.


rahsia, satu perkataan yang semua orang ada. tak kira lah kau handsome, cantik, tinggi rendah, gemok kurus. sama ada kau baik jahat, mesti ada rahsia pada kau. hatta sekecil awan nano, tapi kalau kau simpan sendirian tentangnya. itu adalah rahsia. ada rahsia gelap ataupun the darkest secret bak kata penjajah. ada rahsia yang disimpan sendirian, ada rahsia yang disimpan bersama, mengamalkan konsep " biar pecah diperut, jangan pecah dimulut ". 

tetapi ada juga rahsia yang dikongsi bersama, seperti, "rahsia kejayaan ' , "rahsia mendapatkan wang dengan hanya satu klik" dan sebagainya. itu saja je nak tumpang populariti rahsia. ish tak baik. okayy, aku dah melencong dari apa yang nak aku sampaikan.

rahsia, sebenarnya menjadikan seorang manusia itu unik. nak tahu kenapa unik? semua orang tak mungkin simpan rahsia yang sama, walaupun mungkin pada dasarnya basic tentang rahsia itu sama, tetapi jalan penceritaannya mungkin berbeza.

rahsia, menjadikan seorang manusia berhati hati. nak nak kalau rahsia yang dimiliki orang berpangkat memang kena simpan ketat ketat supaya tak terbocor. supaya tak dieksploitasikan oleh si musuh. jadi kena lah berhati hati, nak minum berhati hati, nak bercakap berhati hati, sampai ke nak tunai hajat pon kena berhati hati, betapa rahsia memberi impak yang besar pada manusia.

rahsia, buat manusia jadi amanah. kalau tak simpan rahsia, alamat bocorlah perut. haa, yang ni paling parah. tapi jangan lah kalau rahsia kau korek hidung dalam kelas pon kau nak bocorkan perut kawan kalau dia terbocorkan. tu memang parah otak tuh. tapi betul, bila kita diperletakkan tanggungjawab memegang amanah menyimpan rahsia. itu satu penghormatan sebenarnya bagi kita. sebab orang yang berkongsi rahsia tu menganggap kita amanah. dan kita kena pegang amanah itu.

tapi paling parah, bila rahsia menjadikan manusia menjadi setan, hanya dek rahsia, sanggup berbunuhan bermandikan darah sebangsa, atau semanusia. tak cukup dengan itu, fitnah berleluasa, tuduhan mbermaharajalela.

nampak tak betapa besarnya impak perkataan RAHSIA?. bunyinya cukup simple, r.a.h.s.i.a tapi mampu menggugat kesejahteraan satu dunia. 

till then, assalam

notakakisayayangcomel : ni hanya pandangan seorang aku. tidak ada kajian, hanya melalui pengalaman. maaf jika ada tersinggung.diulangi hanya PANDANGAN aku.





 

2 comments:

Haikal Blank said...

Rahsia itu suatu seni. Boleh menggembirakan, boelh juga mendukacitakan... terpulanglah apa tajuknya. HEHE

gua suka entry ni. :)

syazrinakuya said...

terimakasih like, betul...rahsia itu seni, tak terpikir lak nak letak..tapi terima kasih.