si cantek dan si kacak

heartbeat

1.8.11

kenangan puasa diperantauan.

assalam.

peringatan : entri ni serius panjang.

galak jari aku ni nak menulis. mentang mentang esok puasa *pekes, jari takde puasa. jangan terkorek hidung esok dahla, jari aku ni bukan boleh percaya, tup tup da sampai pintu masuk hidung.pftttt.

aku ni kan dah lama tak dapat puasa sebulan full kat villa aku ni. tup tup dapat delay cuti sampai bulan 9, humangaih. memang gumbira rasa di dada, dapat bersama bunda tercinta. takpayah susah susah korek duit syiling pergi beli makanan atau beratur panjang tunggu makan.


puasa perantauan satu :

den ghasolah, start kena puasa kek sini maso form 2,kalau tak silap lah. teringat, selalu takde air taim taim ni, nak turun sahur tuh, bawak semua kolget berus gigi sabun bagai. pastu berebut lah dengan junior ke, senior ke nak mandi kat sekolah. HAHA. lawak ai, kalau tak budak lelaki amek tempat. puasa kat sini, taim prep paling mashuk. semua kepala sebaris dengan meja. lentok sakan.

aku curik kat google,


buka puasa kat surau, memang seronok, makan kurma then solat maghrib baru serbu DM. kalau zaman aku junior, kena beratur, zaman aku senior dah hidang ^.^. tapi tak best hidang sebab tak boleh buat muka seposen kat makcik DM mintak lauk lebih, then paling seronok, bila terawikh reramai, nak nak imam tuh pak angkat aku jadi imam...

budak perempuan, kalau tak puasa, masing masing pakat balik hostel time rehat * aku zaman senior, junior tak berani.akaka. pakat masak megi dengan air panas water cooler tuh,abis rehat pakat balik kelas buat muka toya padahal perut kenyang hati senang, nasib baik tak sendawa je. kalau tak, bau megi bai, sape nak tanggung.

semestinya aku rindu berpuasa zaman ni, walau pun jauh diperantauan, walau buka makan nasi kawah, walau moreh mewah semacam. alhamdulillah, seronok.



puasa perantauan dua :

ni masa aku dah remaja. cewah. semakin jauh aku tinggalkan keluarga. dah tak tahu erti sedih homesick.*padahal mengalir jugak airmata dalam sebulan tuh. kali ni puasa lama sikit dekat sini. dapat roomate yang sekepala. memang syiokk. sumber makanan buka puasa just bazaar sebelah dewan tuh. balik kelas je, menapak lah carik makanan sambil cecuci mata tengok jantina berlawanan. haha. mata aku memang miang sikit taim tuh. kurang pahal puasa aku.

sahur, kalau rajin buat air. kalau malas, aku prepare air kosong sebotol tepi bantal. agak agak nak imsak tuh, aku gogok je air tuh. yang ni aku praktik dari sekolah sampai la sekarang. haha. nampak kan kemalasan aku? taim ni kelas full 8-5. ada masa sejam aku luangkan dengan tilam dan bantal.haru tak tidur taim tuh, mahu tersengguk taim kelas. dah takde prep nak buat taim tidur.

terawikh? taim ni dah jadi malas. aku admit lagi padahal surau aku sebelah blok. tapi aku gagah jugak pergi. taim nilah aku rindu zaman muda muda aku.even awal-awal masuk sekolah kena paksa semua, finally jadi sesuatu yang aku rindu kan.


puasa perantauan tiga :

yang ni bila aku dah hujung remaja. cewahh. baru dua kali berpuasa. sahur? macam biasa lah, air kosong menjadi peneman setia. aku ni malas nak turun pergi beli makanan kat luar tuh. ye, aku pemalas. admit oh. kelas masa junior, aku jalan kaki, terkedek-kedek lah aku dengan payung nya, beg nya. kalau malas , aku naik je van.bukan mahal.30 sen je. buka puasa, kena beli juadah seawal pukul 5, kalau tak, makan serdak jelah gamak nye,

naik senior year, aku nak try hidup berdikari kununnye, duduk rumah sewa der. seronok. taim tuh la masing masing nak tunjuk skill memasak. haha. pemalas sangat, bazaar banyak. pastu sahur, hangatkan je yang lebih buka puasa tuh. pergi kelas pon aku jadi pembonceng setia mummy su, so takdelah turun berat badan aku.haha.
terawikh kat masjid depan lorong rumah, sayu je hati. mula lah menangis rindu kat mak abah. waktu-waktu ni, kedit aku abes 5 ringgit sehari kol mak aku. huuu.

tapi tahun ni, aku tak de title berpuasa di perantauan, muka aku pon tak dapat lah masuk salam perantaun tuh, so tak payah la korang carik.*adelah pulak sebelum ni.
aku bajet retis lagi

papepon, jom niat puasa dan tidur awal keyy? sok nak sahur. jangan ponteng ponteng tahu..

till then assalam.


6 comments:

aamalinaazman said...

weee!
sameeee
puase di perantauan..
hehee
finally kali ni kat umah juge!

Orang Kita said...

besh woo puasa diperantauan,, tpi slalu tringt family kat umh cmne,, herm,, =_=

syazrinakuya said...

aimie : tahu takpe..best wooo

popoi : he, first time dulu teringat jugak lah...skang da tak sgt

fr@ncEscFaQih said...

perantauan la sgt :P

Nurul Ainee said...

aku baru nak komen perantauan lah sgt,sekali org diatas komen benda same.haha

syazrinakuya said...

faqeh : luar selangor, perantauan lah tuh,,,,

ainee : kekeke, kau lambat