si cantek dan si kacak

heartbeat

10.12.11

setia

biarlah aku namakan si gadis,Anna dan si jejaka, Boy. kisah ini kisah duka lara yang mungkin terjadi pada yang masih hidup, dan mungkin juga yang telah pergi.

kisah bermula 5 tahun yang lepas, saat A masih lagi bersama Cip, insan pertama dalam hidupnya yang bergelar kekasih. mereka bahagia, tapi mungkin kerana A masih lagi remaja, hingusan orang kata, bertengkar dah menjadi lumrah perhubungan mereka. hingga tiba satu ketika, Anna terima satu pesanan dari nombor Cip, ditulis oleh Boy, kawan rapat Cip

"maaf, Cip sudah tiada, dia kena langgar lari pagi tadi. saya harap awak dapat terima keadaan ini"

sumber sini
he's gone, for real?. Anna menangis tanpa henti. dirasa separuh jiwanya pergi, cinta matinya, cinta hatinya pergi dalam sekelip mata. berhari hari lamanya, dan mungkin kerana kasihan melihat Anna, Boy memberi dia semangat. dirasanya Anna masih lagi muda, masih punya masa depan yang cerah. lagipula A hendak menghadapi SPM hujung tahun tu.

tanpa disedari, Boy jatuh hati pada Anna. Anna juga, dia merasakan Boy pemberi semangat. hanya Boy sahaja yang memahami perasaan dia. kerana seperti dia, Boy juga hilang sahabat karibnya. mungkin Boy dah merasakan cukup kuat hatinya, dia bertanya pada Anna,

" Anna, will you be my girl?"

Anna tersenyum, tanda menerima. semenjak hari itu, mereka pasangan bahagia.

sumber sini
sepanjang dua tahun perhubungan, Anna terlibat dengan hubungan skandal. dia merasa bosan dengan Boy yang bersikap acuh tak acuh dengan dia. Anna berfikir yang dia sudah membuat pengorbanan dengan menyambung pelajaran di negeri tempat Boy tinggal, tetapi Boy tidak hargai. oleh sebab itu, Anna mula bermain kasih. dia flirt dengan lelaki lain. namun, tanpa disedari Anna, Boy mengetahui perlakuan Anna.

"Anna, nombor siapa ni 012.....?"
"mana awak tahu ni Boy?" 

Boy hanya tersenyum. luka hatinya, tapi kerana sayang, dia lupakan sahaja perbuatan Anna. tetapi Anna, kerana darah mudanya terus terjebak dengan hubungan skandalnya. hingga Anna melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA, Anna mula berasa serba salah dengan perilakunya.

"Boy, maafkan saya. tapi saya tak nak awak terus terluka. lupakan lah saya"

Boy tahu ini akan terjadi. namun Boy pasrah. Anna mungkin merasa ini keputusan terbaik buat mereka. dalam masa itu, Anna mula berkawan dengan Dean. lama kelamaan, Dean meluahkan perasaan kepada Anna. dan Anna terus menerima. bersama Dean, Anna bahagia dan memberi sepenuh rasa sayang kepada Dean. bagi Dean, Anna cinta pertamanya.

hari demi hari, Anna semakin gembira dengan Dean. gembira? mungkin..Dean seorang yang lain. dia lelaki unik. acapkali Anna cuba membuat Dean cemburu, tetapi Dean cool sahaja.

" Dean, i wanna hang out with my friends, and there's guys with them"
" just go, kawan je kan. bukan awk nk ngorat pon "

kadangkala Anna menangis mengenangkan sikap Dean yang tidak pernah rasa cemburu tersebut. bukan dia tak bersyukur, tapi bukankah cemburu tandanya sayang? adakah Dean tak sayangkan dia? dalam waktu yang sama, Boy seringkali hadir menemani malam malam nya. walaupun hanya sekadar panggilan tanya khabar, ia tetap buat Anna rasa annoying.

bagi Boy, dia tahu Anna sedang bahagia. tapi dia juga tahu, Anna adalah jodohnya. sebab itu, dia tak putus asa untuk menghubungi Anna.

setelah hampir dua tahun, Dean mula buat perangai kerapkali dia menghilangkan diri andai ada yang membuatkan dia terluka. Anna seperti hilang arah kehilangan Dean. membuatkan dia berkeputusan utuk pergi dari hidup Dean. terluka, sehingga keputusan peperiksaan Anna menjunam jatuh, dan membuatkan ibu bapanya terkejut.

di kala itu, Anna teringat pada Boy. tetapi sayang, Anna dah memperkenalkan Boy pada kawannya. hanya mampu melihat kebahagiaan Boy dengan rakannya itu.

"Anna, awak masih sayangkan saya?"

pertanyaan dari Boy membuatkan Anna terkejut dan tergamam.

"tak, awak milik perempuan lain"

Anna menjawab sambil airmatanya mengalir..hatinya meminta dia menipu, tidak sanggup merosakkan hubungan yang mana dia memulakannya dahulu. Boy tersenyum, dia tahu Anna masih menyayanginya. dan sejak dari hari tu, Boy tanpa jemu menghantarkan pesanan pada Anna. Anna yang masih lagi rasa bersalah kerana meninggalkan Boy dahulu, hanya diam seribu bahasa. bermacam cara dia lakukan supaya Boy membencinya, tetapi tak berjaya. hingga suatu hari,

"kenapa Anna malam malam ni call saya?"
"Boy, izinkan saya untuk setia."

sumber sini

Boy tersenyum, bibirnya terluah kata syukur.


p/s : sorry kalau ayat ntah pape ntah. tetiba otak gila nak buat cerita.

8 comments:

kim heeruul said...

kenapa tak ada nama.
susah nak paham. hihi

hafiz hafizol said...

untunglah dah tulis cerpen.. erk.. cerpen ae?? haha

Anonymous said...

alooooorrrrh. x sabar nak rasa nasik minyak anna 8D

- lin

syazrinakuya said...

Kim : dah edit balik ade name,kehkeh,..sorry

HH : untunglahh? cerpen ke? dah macam merepek ade jugak ni

lin : insyaAllah nanti ade lah tuh nasik minyak anna tuh, dua tahun lagi kee

Anonymous said...

jangan lupa jemput. kim salam kat anna 8D

haikalblank said...

waahh,...jalan cerita based on true story ke pe...

*bapak sumpah lama gila aku tak jenguk blog kau. maaf

haikalblank said...

waahh,...jalan cerita based on true story ke pe...

*bapak sumpah lama gila aku tak jenguk blog kau. maaf

syazrinakuya said...

tudiaa sampai dua kali kau komen, haha. based on true story? yeke, xla..aku reka ni

lin, dah kim salam kat anna =p