kisah bermula 5 tahun yang lepas, saat A masih lagi bersama Cip, insan pertama dalam hidupnya yang bergelar kekasih. mereka bahagia, tapi mungkin kerana A masih lagi remaja, hingusan orang kata, bertengkar dah menjadi lumrah perhubungan mereka. hingga tiba satu ketika, Anna terima satu pesanan dari nombor Cip, ditulis oleh Boy, kawan rapat Cip
"maaf, Cip sudah tiada, dia kena langgar lari pagi tadi. saya harap awak dapat terima keadaan ini"
sumber sini |
tanpa disedari, Boy jatuh hati pada Anna. Anna juga, dia merasakan Boy pemberi semangat. hanya Boy sahaja yang memahami perasaan dia. kerana seperti dia, Boy juga hilang sahabat karibnya. mungkin Boy dah merasakan cukup kuat hatinya, dia bertanya pada Anna,
" Anna, will you be my girl?"
Anna tersenyum, tanda menerima. semenjak hari itu, mereka pasangan bahagia.
sumber sini |
"Anna, nombor siapa ni 012.....?"
"mana awak tahu ni Boy?"
Boy hanya tersenyum. luka hatinya, tapi kerana sayang, dia lupakan sahaja perbuatan Anna. tetapi Anna, kerana darah mudanya terus terjebak dengan hubungan skandalnya. hingga Anna melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA, Anna mula berasa serba salah dengan perilakunya.
"Boy, maafkan saya. tapi saya tak nak awak terus terluka. lupakan lah saya"
hari demi hari, Anna semakin gembira dengan Dean. gembira? mungkin..Dean seorang yang lain. dia lelaki unik. acapkali Anna cuba membuat Dean cemburu, tetapi Dean cool sahaja.
" Dean, i wanna hang out with my friends, and there's guys with them"
" just go, kawan je kan. bukan awk nk ngorat pon "
bagi Boy, dia tahu Anna sedang bahagia. tapi dia juga tahu, Anna adalah jodohnya. sebab itu, dia tak putus asa untuk menghubungi Anna.
setelah hampir dua tahun, Dean mula buat perangai kerapkali dia menghilangkan diri andai ada yang membuatkan dia terluka. Anna seperti hilang arah kehilangan Dean. membuatkan dia berkeputusan utuk pergi dari hidup Dean. terluka, sehingga keputusan peperiksaan Anna menjunam jatuh, dan membuatkan ibu bapanya terkejut.
di kala itu, Anna teringat pada Boy. tetapi sayang, Anna dah memperkenalkan Boy pada kawannya. hanya mampu melihat kebahagiaan Boy dengan rakannya itu.
"Anna, awak masih sayangkan saya?"
pertanyaan dari Boy membuatkan Anna terkejut dan tergamam.
"tak, awak milik perempuan lain"
Anna menjawab sambil airmatanya mengalir..hatinya meminta dia menipu, tidak sanggup merosakkan hubungan yang mana dia memulakannya dahulu. Boy tersenyum, dia tahu Anna masih menyayanginya. dan sejak dari hari tu, Boy tanpa jemu menghantarkan pesanan pada Anna. Anna yang masih lagi rasa bersalah kerana meninggalkan Boy dahulu, hanya diam seribu bahasa. bermacam cara dia lakukan supaya Boy membencinya, tetapi tak berjaya. hingga suatu hari,
"kenapa Anna malam malam ni call saya?"
"Boy, izinkan saya untuk setia."
sumber sini |
Boy tersenyum, bibirnya terluah kata syukur.
p/s : sorry kalau ayat ntah pape ntah. tetiba otak gila nak buat cerita.
8 comments:
kenapa tak ada nama.
susah nak paham. hihi
untunglah dah tulis cerpen.. erk.. cerpen ae?? haha
alooooorrrrh. x sabar nak rasa nasik minyak anna 8D
- lin
Kim : dah edit balik ade name,kehkeh,..sorry
HH : untunglahh? cerpen ke? dah macam merepek ade jugak ni
lin : insyaAllah nanti ade lah tuh nasik minyak anna tuh, dua tahun lagi kee
jangan lupa jemput. kim salam kat anna 8D
waahh,...jalan cerita based on true story ke pe...
*bapak sumpah lama gila aku tak jenguk blog kau. maaf
waahh,...jalan cerita based on true story ke pe...
*bapak sumpah lama gila aku tak jenguk blog kau. maaf
tudiaa sampai dua kali kau komen, haha. based on true story? yeke, xla..aku reka ni
lin, dah kim salam kat anna =p
Post a Comment