si cantek dan si kacak

heartbeat

15.4.12

terkejar sana sini

salam.

pagi tadi sudah berjaya jejakkan kaki ke tanah terengganu. perasaan? campur baur. dengan tak dapat tidur sebab dapat duduk seat "bagus" yakni sebelah drebar, dengan rasa mual sebab duduk tingkat bawahnya. dengan tinggalkan segala kesedapan empuknya bantal, keenakkan makanan mak.ahhhh. macamlah tak balik lagi dua tiga bulan.

minggu ni bakal jadi minggu yang busy. dengan aktiviti-aktiviti yang dah final year baru seksited nak join. treasure hunt lah, dikir barat lah. semua gua nak rembat. belajar entah kemana. dengan fyp yang tak mula lagi. *padahal rajin buatkan fyp orang lain, bukan apa, demi mencari duit tambahan nak minum coolblog setiap masa.*

part time job gua
gua dah dapat predict dah, sampai je sini, mesti kesihatan tu tak menentu. badan ni manja sangat. tak sampai 24 jam jejak kaki kat hostel ni, gigi bongsu buat hal, dengan tak sedap badannya. memang potong mood habis. memang macam nilah setiap kali ubah angin selangor-ganu atau ganu-selangor. tapi takut juga, takut terjangkit dengan virus cikeng pox yang abang bawa dekat rumah masa cuti. harap tidak. 

minggu ni dah tak boleh berjimba sakan, dah tak boleh tidur bangun makan tidur aje. harus siapkan fyp yang terbengkalai sampai tumbuh lalang. harus. harus push badan dan minda dan jiwa dan raga. harap dapat disiapkan dalam masa yang diperuntukkan.

oh, ada tak gua beritahu rancangan pergi UIA batal? Ahh, menyakitkan hati. bak kata coursemate gua, kekecewaan seperti kekecewaan rancangan bershopping batal last minit. tapi gua tak minat shopping.

p/s : baju dinner takde. ada gua sarung pagoda dengan cardigan beserta kain batik lepas. hurmm. =.=''

rendah lemak? rasa lagi lemak dari latte yang biasa adalah

till then.

No comments: