si cantek dan si kacak

heartbeat

25.12.10

PERPISAHAN BUKAN BERMAKSUD PENGAKHIRAN


Ini entry ditulis pada 22 dec 2010.
As usual nak masuk sem baru, mula lah diri ini terhegeh-hegeh membodek bonda terchenta untuk menghulur sekeping dua kertas warna hijau muda sebab si anak pokailah gamaknya gara-gara ptptn yang sudah lama masuk ke perut tanpa tinggal serdak-serdak sen sekalipun. Sebabkan bonda yang dah paham sangat perangai anaknya yang sorang ini, dihulur jugak lah kerana dah tak tahan tengok muka anak yang buat muka setengah sen.
Hajat hati nak tengok wayang guna duit bonda yang dilencongkan sedikit tak kesampaian sebab pawagam is being renovate.hampeh sungguh.hati berkobar-kobar nak songlap duit bonda tak dapat.tu lah, tak berkat orang kata.so,melencong ke cc jelah,sebab beruk dah lama mati takde duit nak bagi makan.atas sebab seperti yang telah dinyatakan di atas. Dan dapat tahu berita yang ramai budak kos dah dapat tahu,kesayangan sahabat saya sudah pergi buat selamanya.Al-Fatihah buat arwah,kepada cielah, be strong dear...Allah lagi sayang dia.

Macam saya tulis as the title, saya ketemu sama seseorang. Ya lah, dia masih kawan,sahabat saya. Tak bermakna dah clash,kita tak boleh jadi kawan bukan?bohong lah kalau kata tak sayang. Jadi dengan sepenuh kepura-puraan buat muka nak nampak tough konon padahal hati tu sehalus benang jumpa dengan si dia. Lagipun dia dah nak praktikal tempat lain. Sungguh lah hati ni nak kena sepuk-sepuk sebab berdebar sangat bila dia ada sebelah.

Berjumpa pemilik kasut coklat.abaikan si rendang di sebelah.
Nak dipendekkan kisah sebab hati ini masih kacau, saya pon mulalah menjalankan program melicinkan duit ihsan bonda bertemankan dia yang dah macam bodyguard. Tehee. Aishh hati, tolong jangan berbunga-bunga. Kawan oke, kawan.ingat tuh. Nak pendekkan lagi kisah sebab hati dah mula buat perangai kala ini, si dia kelaparan tahap petala ke lapan mengajak makan.alaa,kfc je..bukan macam orang lain pergi restoran 5 7 bintang padahal boleh masak sendiri makanan serupa kat rumah tapi sebab nak tunjuk duit tu bergunung-gunung lah katakan, tapi lantaklah korang. Lagipun memang dah lama tak makan kfc,,makan sambil bercerita kehidupan single memasing.cewah,ayat nak bagus je lah aku nih. Dan tak semena, dia hulurkan beg dia. Bila saya bukak..airmata da berebut-rebut nak terjun tiruk. Tak sangka dia ingat lagi apa yang saya nak.

Si twin bear. Dia nak mintak saya satukan dengan kembar dia yang saya tinggalkan kat hostel.serius kalau tak mengenangkan diri yang tengah pura-pura jadi tough,dah saya kasi airmata tu terjun banyak2. Thanks dia. Dia ingat lagi eh.orang  appreciate sangat2 tau, and that sweater.i’ll keep it too.

Ini gambar dorang sebelum kena pisah. Tapi yang paling buat saya rasa macam empangan nak pecah sangat bila saya tengok hp dia, dia ada buat video untuk kami. Background music tulah paling sayu kan hati..dia guna lagu yang saya rakam. Malu pon ada sebab suara taklah sesedap dato’ siti tapi oke lah dari katak.

Secara konklusi nya, saya tahu saya tak boleh pura-pura tough buat muka bengis depan dia sebab dia tahu saya ni lembik.cengeng. airmata pon dah berjaya terjun even setitik dua saja bila dapat surprise macam tuh, haruslah perasaan malu tuh ada kan.tapi takpelah, bukan orang lain.dia pon dah bosan agaknya sebab saya memang cengeng, lembik..

Ini saya dapat hari ini. Terimakasih sebab belikan si pelajar-tak-masuk-ptptn-lagi ini mouse dengan earpon yang memang diperlukan sangat2. Sebab mouse laptop tuh kalau guna kerap gamaknya kena jual getah sekerap cari duit nak beli laptop baru. Mentang –mentang harga getah dah naik kau sedap-sedap nak guna nama getah padahal pokok getah pon kau tak kenal.

Kesimpulannya, tak semestinya kau dah bercerai berai tak boleh nak kawan-kawan balik.be cool lah.macam kami.kan2? tehee..bak kata bonda, kalau kau ada jodoh dengan dia, tak kemana nya..dan bagi kitorang, perpisahan tak bermakna kami tak bole jadi kawan, dan tak mustahil jadi special semula kalau diizinkan Allah.

Notakakisayayangcomel : kalau si dia baca, saya minta maaf eh, ini cuma luahan hati.



2 comments:

Unknown said...

kebahagiaan dalam perpisahan namanya..haha

syazrinakuya said...

Enchek edy:bt0l2..huhu