si cantek dan si kacak

heartbeat

12.5.11

LI episode dua

12/5/2011
12:19 pm

dah nak genap seminggu. seminggu jadi pelatih praktikal. seminggu jugak kena bangun pagi gosok baju. seminggu jugak mak yang tolong kemas baju. *terimakasih mak, sebab faham anak mak *
seminggu abah kena anta pergi balik. seminggu faks surat, rekod dan simpan. seminggu exercise naik turun lif. seminggu makan free. seminggu naik 2 kilo *apekes nak gitau*. seminggu pakai baju kurung. seminggu pakai kasut ladies.pftttt.seksa.esok genap seminggu. seminggu yang pelbagai rasa. *seminggu macam sehari, laju je masa jalan.dats mean, semakin dekat kita ke akhir zaman.

seminggu jadi pekerja. jadi orang bekerja buat q fikir : serius ke ni dunia orang dewasa?yang bekerja?. oh pfttttt. confirm nak belajar je. sebab belajar sangat happening even pecah otak nak hafal all those formula, lagrange lah, newton la, cauchy la. macam-macam. tapi belajar tak payah fikir nak kena bangun awal gila sebab takut jalan sesak so kau boleh punch card seawal mungkin and bila bos puji kau kembang hidung. tak tak, belajar tak perlu semua tuh. tapi haruslah kau kena datang awal masa kuliah.tak berkat kata orang..=.='
bila jadi orang bekerja, q kena sentiasa pakai pakaian korporat which mean baju kurung and kasut ladies.pfttt.bukan tak suka. tapi kalau dah cuaca panas terik dan kerja kau kat sini kena naik turun lif pergi unit sana sini, it is uncomfortable you know. tapi bila belajar, kita bebas pakai baju apa pon asalkan kemas dan menutup aurat. ^.^




bila jadi orang bekerja, muka kena sentiasa manis. mental kena kuat. sampai bos kata : kamu ni, senyum je manjang...bercakap nye idok. bukan tak nak cakap bos, tapi, kang susah nak berhenti sape nak tanggung? bos jugak pecah gegendang telinga nanti. cakap pon nak kena tapis. yela, budak praktikal. salah cakap potong marks. kau gila, ada jugak yang tak grad nanti. dan bila jadi orang bekerja, kena tahan sindiran, tahan cakap-cakap orang. tapi bila jadi orang yang belajar, kau muka cencorot pon pensyarah pedulik hape..melainkan dengan memember, kau buad muka sekupang kau tuh, konpom seminggu kau kena boo. mental pulak, masa belajar.kau kena tahan assignment banyak je.yang lain kau enjooooyy.


bila jadi orang bekerja, kau kena berlagak matang,yela, kau dah kerja, ada opis sendiri,pc sendiri, printer sendiri, kerusi pon yang gaye-gaye bos tuh. walaupun sementara, yang penting ADA. harus berlagak matang sebab budak-budak mana boleh ade semua tuh.HAHA. tapi tu yang q tak boleh buat, sebab q tak tahu camne nak jadi matang. choi. bila belajar, kena jadi diri sendiri. orang yang berlagak matang is not allowed.


jap, q nak cerita pasal LI kan? okayyyyy lari dari tajuk. salam

notakakisayayangcomel : bos tadi bilang : kenapa kamu tak pergi makan? sayang bos lebih lah,,



No comments: