si cantek dan si kacak

heartbeat

23.8.19

braces. bring it on!

salam
my last post was on 2018. memang nak menulis tapi malas sungguh nak buka laptop.
sebabnya bila buka je terus bujang dengan anak dara sis tu suruh on kartun.
😅

straight to the point jela. my bae dah selalu juga tanya pasal braces ni dekat sis, bagi hint etc so sebagai isteri yang pick up lebih terus dapat agak “maybe bae ni nak aku pakai braces kot.”

so saja tanya then yes dapat green light koo.

kebetulan my wisdom teeth masing-masing main cak cak so a lil bit hurt (tak a lil but sangat lah kan. memang sakit gila) so pergi lah jumpa dentist yang bae selalu jumpa. bila dah x-ray etc dr cakap tak boleh cabut since yang bawah tu dekat saraf dah then yang atas takut patah masuk area sinus yang kosong tu. so dr taknak ambil risiko and of course sis pun tak nak. aje gila kang tambah sakit naya je.

and tiba tiba sis tanya pasal braces. “dr kalau nak pakai braces macam mana?”

dr pun terang lah dia punya prosedur (can google sebab rata-rata sama je) and dia punya kebarangkalian ada kes-kes boleh jadi tak ok bila pakai braces ni.

1. gigi maybe mati
2. vessel or nerve (sis tak ingat sangat) maybe beralih masa gigi tu bergerak
3. carries
4. gusi naik ke atas
5. tak ingat ampunnn

so sis pun macam ok then dr terus tanya nak buat ke? kalau nak buat boleh terus buat mould (impression) gigi. sis pun keluar tanya husband and yeah dia kata up to me. hey hey hey of course lah i nak ok. bae belanja kan 😜

terus buat mould. tak sakit pun jangan risau. awal tengok x-ray dr kata tak yah kena cabut gigi tapi kena tengok acuan gigi nanti baru boleh decide. and settle untuk visit pertama tu.

few days lepas tu dapat call suruh datang weekend untuk jumpa dr, assistant klinik cakap dr bagitahu maybe kena cabut dua batang gigi. tapi sis postponed sebab my kids jatuh sakit.


supposed sis kena jumpa dr sabtu ni tapi bae ambil cuti so sis cepatkan appt. biasalah kan hari kerja takde orang so senang jelah sis dapat slot.

nak dijadikan cerita sis sakit perut dari malam tadi sampai lah ke tengaharinya. makan tak lalu etc. actually memang tak berapa sihat sejak hari ahad lepas bawak ke hari ni. so memang masa lunch sis macam nak tak nak makan tapi bae cakap lepas ni dah gigi besi tak boleh makan sedap and sis pun ambil juga sikit nasi dengan lauk terung. dah la pergi my fav place desa batu yang sumpah sedap lauk -pauk dia. memang sapa pergi melaka boleh singgah sini. ok done promote.

sampai klinik perut meragam, apa lagi sis bagi ic terus mencicit lari pergi toilet. padahal dr dah tunggu tu. hehe ampun. so dr tanya lah nak cabut gigi tak and ais tanya kalau tak cabut takleh ke? dr kata boleh its up to me. so sis decide hold dulu cabut gigi and proceed dengan pasang braces. incase kalau lepas 4 5 bulan progress slow memang kena say bye bye lah kat gigi sis dua batang tu. 😭

first dr check then dia kata nak buat scalling. sis happy je sebab sis suka scalling gigi and last sis buat sebelum dapat tahu sis pregnantkan icha. it was like year and half ago i think? so dalam 15 minit dia scalling gigi sis. after that dia suruh pilih warna getah and i was so rambang mata i terus pilih maroon. don’t know why. dr tanya sempena bulan kemerdekaan ke puan? hahaha naahh i just feeling like wanna have that colour. chewah.

oh ya masa scalling tu takdelah sakit mana. sakit sikit-sikit masa dia try cuci gigi yang tersorok sikit je.

i think part paling sakit masa pasang braces ni masa dia pakaikan yang regangkan mulut kita tak bagi tutup tu. haa rasa macam nak terkoyak sebab mulut sis kecil and bila nak pasang bracket belah dalam dr kena tarik lagi mulut sis kasi besar. tapi tolerable lah sakit dia. sis dah rasa sakit bersalin 3 kali
takkan sakit sikit gini dah give up? eheh nehi heey.

lepas setengah jam settle pasang bracket and tiba saat dr nak pasang wire sekali dengan getah warna maroon sis pilih tadi. time ni dah boleh rasa gigi start pulling each other. tapi seriously tak sakit. and fyi sia tak perlu pakai molar band so sebelum tak perlu pakai separator. hilang lah azab sakit part tu. 😂

and yeah dah lebih lapan jam sis pakai tak lagi rasa sakit macam nak mati. belum lagi. sakit lagi gigi bongsu tu nak tumbuh. tapi tak tahulah kan next next day kan. sebab tadi pun sis dinner oat 3 in 1 terus gogok and telan. plus biskut oreo patah-patah lepas tu kemam sampai cair and telan. hahaha sadis kan. but apa orang kata no pain no gain lah.

ps:kalau gini gaya macam tak mustahil je azam sis nak turun berat macam baru kahwin tu boleh berhasil. hahaha doakan

nanti sis cerita lagi kalau sis pergi next appt ok.

harap maklum kalau ada typo here and there. sis guna epon gila kecil tulisan dah tak nampak sangat. 😂

till next, daaaa

Add caption

sis belanja gigi besi sikit haha

24.10.18

5 years

Salam

5 tahun dah berlalu.

Suprisingly blog ni masih hidup. Bila baca balik rasa macam bbnu nya lah diri ni. Haha

5 tahun lepas still bujang, baru lepas grad dan takde kerja tetap.

Sekarang anak nak masuk 3, dah ada suami, dan jadi domestik engineer yang berjaya. Haha

Nanti Sis update lagi ok.

Kasi bersih dulu post-post lama. Rindu nak menaip jadinya akan update dari masa ke semasa Inshaa Allah.

Till Then,

Mak anak 3

13.12.13

180 darjah.

Salam,

Alhamdulillah sudah menginjak usia setahun tua. youthclub pun bakal tak boleh guna. kira dah tak remaja kah? kalau setahun yang lepas masih berjimba sini sana dekat terengganu tu, sekarang berhempas pulas mencari sesuap nasi.

bagi yang kenal aku tahu perubahan kerjaya aku. Habis je belajar dekat umt sana, aku terus cari kerja part time. serius gelojoh konon nak rasa pegang duit sendiri. Maka bermula lah hidup seorang sales asst a.k.a promoter dekat jusco. memang serius rasa nak gelak sendiri, yelah dah la fail kalau bab komunikasi dengan orang ramai, tetibe nak kerja deal dengan customer. memang haru.

sebulan pertama akak tempat kerja aku kata memang aku tak pandang langsung customer. memalukan, nak pomot barang kat customer tapi tak pandang customer. teruk betul. HAHA. kalau aku jadi customer pun takmo aku beli barang kalau promoter macam tuh. tapi tulah, orang kata practise make perfect. cewahhh.
tak lama aku kerja, dalam 6 bulan gitu. pastu terus masuk gcap. belajar jadi orang korporat kononnya. kat situ memang kenal ramai orang, sangat. change my life 45 degree. HAHA. biarlah jadi rahsiaaa.

then dapat peluang kerja office. macam best je. macam lah. Tapi orang kata yelah, cari pengalaman yedakk?
more bitterness than sweetness. HAHA. tapi tu yang namanya pengalaman. meet new people. and the best, buat aku jatuh cinta untuk jadi pendidik. masa gcap tu actually pertahankan kat fasi yang aku nak jadi pendidik, tapi dorang macam tak percaya. yelah, personaliti aku mungkin yang penakut nak deal dengan peeps.

tapi sekarang, siapa sangka aku jadi pendidik. bidang yang aku minat. (actually dolu dolu aku benci gila math ni. HAHA. tapi tulah, cikgu cikgu dulu doakan kot aku berjodoh dengan math ni). even bukan pendidik dekat sekolah but still, my students call me teacher. and i do love my job.



errr, macam tak padan je tajuk, macam tak best je.

ape dehal.

kbye.

till then.