si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label keluar ilham.. Show all posts
Showing posts with label keluar ilham.. Show all posts

14.8.11

toi, moi et l'amour

aku,
mencintai. 

sumber : weheartit

kau,
melukai.

begitulah seterusnya.

sehingga kau kenal SETIA.

dan tika itu,

kau,
mencintai.

dia,
melukai.

sumber : weheartit

dan itu yang dipanggil KARMA.

luahan hati : blacksoul.







8.8.11

fair and square, wujud ke tak dalam family

assalam dan selamat pagi. [mood entri serius panjang]

orang kata, bangun awal pagi, bagus untuk otak, bagi yang bekerja sebagai pelajar, bangun awal pagi sesuai kalau nak buat revision atau menghafal. otak fresh, minda masih segar. tapi sayang, aku tak amalkan. biasanya aku akan menghafal atau buat revision SAMPAI pagi, selepas subuh baru aku lelapkan mata. dan alamatnya, kalau ada kelas pukul 7 atau 8, aku kirimkan tandatangan kepada mummy shue [ aku praktikkan ini dikala ada banyak assigment saja, jangan assume aku ponteng semua kelas pagi ]. setakat dua tahun ini, cuma semester keempat aku banyak ponteng. sumpah semester 1 sampai 3, aku budak nerd.*kalau buat introduction, mesti aku nak cerita pasal diri sendiri, pekes ntah.sindrom nak up kan diri gamaknya.




apa yang aku nak sampaikan sebentar nanti, adalah garapan hasil idea aku sewaktu menggoreng kentang dan telur untuk dibuat sahur,dan aku cilok idea sebelum aku tidur dibuai mimpi indah bersama botak.kekeke.

pernah dengar tak pasal kasih sayang ibu bapa itu fair and square dikalangan anak anak mereka? pernah bukan. aku nak kupas sedikit tentang itu.

percaya tak kalau aku kata, tipu lah kepercayaan kat atas. ish, jangan melenting dulu, baca apa yang aku nak tulis. korang mesti selalu dengar " mak sayang anak anak mak semua sama je, tak de lebih takde kurang", ataupun " abah takde nak beza bezakan korang, semua sama je," kalau bukan mak ayah sendiri cakap, korang tengok kat tv, drama melayu pasal kekeluargaan. yelah, korang kan suka tengok cerita melayu.


ni bukan sebab kes aku anak bongsu so all the privillege aku dapat, aku mintak duit aku dapat, aku mintak kereta..er, tak dapat lah kan sebab aku tahu setat kereta je.haha. bukan sebab nak kata abah ngan mak aku sayang aku lebih dari akak abang aku. tak de makne nya.

raya 2009,

okay, aku bagi satu contoh analogi. bagi senang paham sikit. katakan lah, si ibu nama mak jemah, si ayah bernama pak mael. dorang ada 5 anak. 3 laki 2 perempuan. semua belajar takat SPM paling tinggi except for anak bongsu dorang. belajar sampai degree, kat mesir lak tuh. amek medic. mak jemah selalu cakap kat anak anak dia, " mak sayang korang sama je, takde nak lebih-lebih." tapi at the same time, mak jemah selalu cakap, " mak nak bagi rumah ni kat adik kau lah, ", " kalau adik kau kawin, kena buat grand-grand, kan dia blaja doktor," 

satu lagi contoh senang, aku anak bongsu, takde adik lah kiranya kan. tapi aku ada anak buah 12 orang tak termasuk in the making dua orang. aku selalu cakap, aku sayang anak buah aku semua sama. padahal kalau dorang datang, aku mesti cari yang paling kecil, sape lagi kalau bukan azzuri. sebab aku kan pernah cakap, aku suka budak bawah setahun. nanti bila azzuri dah besar, and dua baby tu dah lahir, aku sayang lebih sikit yang baby dua orang tu. and aku sayang lebih jugak kat si ensem anak mak aku jaga tu.

ape aku nak tekan kan kat sini, even parents cakap sayang sama rata, takde pilih-pilih kasih, mesti mereka akan sayang lebih sikit salah seorang anak mereka dari anak anak yang lain. banyak faktor yang menyebabkan hal sebegini. maybe anak tuh ensem/cantek lebih sikit dari yang lain, paling ketara kalau anak tuh lagi pandai dan kaya. aku dah biasa tengok dah scene ni, tapi dalam tv lah. tapi ada jugak kes anak tuh kaki kipas, or kaki bodek, takpun tukang hasut then, mak ayah jenis percaya je tak siasat dulu. paroh paroh.

tapi, bila korang dapat detect yang parents korang maybe sayang lebih salah seorang sibling korang, jangan cepat sentap then lari dari rumah.tak payah buat kerja bodoh. korang tak perlu nak jeles ke apa ke, sebab parents korang pon manusia biasa, yang tak mampu nak sayang anak-anak sama rata, melainkan dorang ada sorang je anak. kalau 7? takpon 19. sebab nanti korang dah dewasa, berumahtangga, ada anak, benda yang sama korang akan lalui.

er, apa lagi eh. aku rasa sampai situ jelah.

till then, assalam.

notakakisayayangcomel : entry ni aku buat hari first puasa, terkepam sebab asyik hilang idea.*ayat macam hebat je aku tulis




26.7.11

..................................................

assalam dan selamat petang.

menggaru kepala yang tak gatal mencari idea supaya blog ini tidak usang dan bersawang, walaupun hakikat tidak ketahuan adakah yang sudi membaca penulisan si gadis biasa ini.

usai menonton satu filem bangsa penjajah yang bertemakan pasukan sorak atau pun " cheerleading ". pasti di benak kalian sudah terset si gadis berskirt mini dengan liuk lentuk yang menggoda dan si jejaka berbadan tegap serta berwajah tampan, pasti bukan? jangan geleng kepala sebab kita sama sahaja.haha.dah, jangan nak senyum tersipu-sipu malu sebab itu normal.

maaf, jangan disangka akan meneruskan penulisan ini dengan cerita ceriti si gadis dan si jejaka. itu semua orang dah mengerti, dah cukup masak dengan perihal itu. kita cerita perihal yang lain, yang tersirat disebalik penambahan dosa kering melihat cerita tersebut.

dalam cerita tersebut, ada satu scene yang menunjukkan mereka sedaya upaya mencari kekuatan untuk berkongsi rahsia terbesar mereka. ya, RAHSIA. itu yang akan kita bicarakan disini. mungkin ramai yang tahu, dan mungkin bosan dengan tajuk ini. maaf, aku hanya ingin berbicara, berkongsi sekadar yang ada.


rahsia, satu perkataan yang semua orang ada. tak kira lah kau handsome, cantik, tinggi rendah, gemok kurus. sama ada kau baik jahat, mesti ada rahsia pada kau. hatta sekecil awan nano, tapi kalau kau simpan sendirian tentangnya. itu adalah rahsia. ada rahsia gelap ataupun the darkest secret bak kata penjajah. ada rahsia yang disimpan sendirian, ada rahsia yang disimpan bersama, mengamalkan konsep " biar pecah diperut, jangan pecah dimulut ". 

tetapi ada juga rahsia yang dikongsi bersama, seperti, "rahsia kejayaan ' , "rahsia mendapatkan wang dengan hanya satu klik" dan sebagainya. itu saja je nak tumpang populariti rahsia. ish tak baik. okayy, aku dah melencong dari apa yang nak aku sampaikan.

rahsia, sebenarnya menjadikan seorang manusia itu unik. nak tahu kenapa unik? semua orang tak mungkin simpan rahsia yang sama, walaupun mungkin pada dasarnya basic tentang rahsia itu sama, tetapi jalan penceritaannya mungkin berbeza.

rahsia, menjadikan seorang manusia berhati hati. nak nak kalau rahsia yang dimiliki orang berpangkat memang kena simpan ketat ketat supaya tak terbocor. supaya tak dieksploitasikan oleh si musuh. jadi kena lah berhati hati, nak minum berhati hati, nak bercakap berhati hati, sampai ke nak tunai hajat pon kena berhati hati, betapa rahsia memberi impak yang besar pada manusia.

rahsia, buat manusia jadi amanah. kalau tak simpan rahsia, alamat bocorlah perut. haa, yang ni paling parah. tapi jangan lah kalau rahsia kau korek hidung dalam kelas pon kau nak bocorkan perut kawan kalau dia terbocorkan. tu memang parah otak tuh. tapi betul, bila kita diperletakkan tanggungjawab memegang amanah menyimpan rahsia. itu satu penghormatan sebenarnya bagi kita. sebab orang yang berkongsi rahsia tu menganggap kita amanah. dan kita kena pegang amanah itu.

tapi paling parah, bila rahsia menjadikan manusia menjadi setan, hanya dek rahsia, sanggup berbunuhan bermandikan darah sebangsa, atau semanusia. tak cukup dengan itu, fitnah berleluasa, tuduhan mbermaharajalela.

nampak tak betapa besarnya impak perkataan RAHSIA?. bunyinya cukup simple, r.a.h.s.i.a tapi mampu menggugat kesejahteraan satu dunia. 

till then, assalam

notakakisayayangcomel : ni hanya pandangan seorang aku. tidak ada kajian, hanya melalui pengalaman. maaf jika ada tersinggung.diulangi hanya PANDANGAN aku.





 

22.7.11

penggali : menginsafkan.

assalam semua, selamat hari jumaat.

tadi tengok cerita PENGGALI kat tv3. ingat cerita hantu sebab tulisan dia menggerunkan.haha.tersilap rupanya. cerita yang simple jalan ceritanya tapi memberi kesan.

sinopsis : Mengisahkan sebuah rompakan berlaku di bank. Jahal memakai topeng sedang merompak bank bersama ahli kumpulannya.Abang Jahal iaitu Bidin juga turut sama merompak. Ketika rompakan berlaku, polis datang dan mereka berbalas tembakan. Semua rakan Jahal mati ditembak namun dia berjaya memboloskan diri. Paling membuatkan Jahal berdendam, Bidin turut mati ditembak oleh anggota polis (Pak Din).Jahal mengecam wajah Pak Din dan terus menyimpan dendam kesumat… 
( credit to http://www.ezy4u.org/archives/2176/cerekarama-penggali/ )



pelakon dia superb lah, especially dato' jalaluddin hassan. tehee, memang minat pon nak nak kalau dia berlakon sedih-sedih, dan tipulah kalau korang tengok tak menangis sebab hati korang pon bukan lah kental kan?*cakap orang padahal kau pon sama.haha.


selain dato' jalaluddin hassan, pelakon yang lain, seperti arash, rosnah mat aris, aida aris, dan lain-lain. 
ada jugak nazim othman, tasha shilla dan chomel farhana.

dato jalaluddin hassan


memang minat ah lakonan dia. kalau dia berlakon, memang tak lari chanel lain. jadi pak din dalam cerita ni, suami kepada rosnah mat aris, ayah kepada tasha shilla. bekas polis yang tembak abang kepada jahal ( arash ). nak kena tikam dengan jahal tapi last last dia hidup.


nazim othman


motif letak gambar sexy? haha, abaikan. ni la si pemegang watak faris dalam cerita ni. anak yang baik, amek psikologi kat UPM you. tapi last last dia kena tikam ngan daddy dia. sweet guy. ada lagi ke guy yang macam ni kat dunia nyata? i wish ada.

ada sikit lah pasal nazim othman ni, nama betul Nushrul Alif bin Othman lahir 16 September 1984 di Sabah.
( sumber : wikipedia ) dan dia ada blog sendiri, tapi lama dah dia tak update : blognazimothman

pernah jadi pramugara, patut ensem,err, ade kena mengena?



tasha shilla


tasha shilla, berlakon jadi tasha jugak dalam cerita ni. jadi cikgu tadika. and sweet sangat dia bertudung. anak kepada dato' jalaluddin hassan. baik dengan faris.^.^.

biodata tasha shilla :
nama betul : natashasheila abdul razak
tarikh lahir : 25 januari 1987 asal KL. ( sumber http://yusufultraman.com/2011/05/biodata-tasha-shilla/ )


chomel farhana


chomel ni berlakon jadi adik nazim, anak kesayangan aida dgn arash. seorang yang liar sampai mengandung tapi tak tahu sapa yang buat. last last dia berubah and sanggup kena hantar pergi rumah perlindungan.

jaguh silat dia ni.fuiyoo. muka cantek.


arash mohamad : jadi watak antagonis, ayah faris dan fasha. actually perompak yang larikan 2 juta dengan abang dia, tp abg dia mati kena tembak dengan pak din ( dato' jalal ). tu yang dendam sangat. padahal memang da penjenayah. last last mati tertikam diri sendiri.

aida aris : wife arash. sombong gila tak hingat sebab kaya. last last tertipu jugak. sebab tak tahu husband dia penjenayah.

rosnah mat aris :  wife pakdin, seorang yang baik dan lembut je..

motif sebenarnya nak letak gambar nazim je. haha. kejam tak? tak la, actually, bukan senang nak suka tengok cerita melayu ni. sebab banyak yang tipikal punya cerita. dah macam sinetron indonesia je. tapi penggali ni buat hati berdetik keinsafan jugak, tapi suka dengan ayat nazim dalam ni " tak guna jasad diselimuti kemewahan tapi hati kosong" okayy kuya tipu, kuya edit ayat tuh.haha.

till then.assalam. aroma durian mencucuk sukma.


notakakisayayangcomel : muka berminyak, apa ubatnye?






7.7.11

terapi putus cinta.

puasa membuat hati teruja memasak. bukan kah memasak tu merupakan satu terapi? serious kuya cakap, memasak boleh buat anda happy. tak percaya? cuab pergi dapur then masaklah apa sahaja yang anda boleh masak tak kira telur mata kerbau atau nasi tapi jangan lah jerang air je confirm lah tak hilang rasa sakit tuh.

selain tuh, kalau nak ilang rasa putus cinta frust menonggeng tuh, cuba anda jalan sorang-sorang kat shopping mall then buat window shopping. HAAA, bagi yang perempuan, kuya tahu memang da confirm sangat shopping tuh satu terapi. 5 6 jam pon takkan terasa. kalau kuya, dua jam dah angkat bendera putih. tak laratt nokk.

kat shopping mall tuh., sila buat terapi makan. YES. makan mampu hilang kan kesedihan. tak caya try buat. kuya buat hari selasa aritu. memang terbaikkk. last-last, pening kepala sebab panas sangat. =.='

takpon, tidor jep. kalau nak nangis, sila nangis puas-puas then tidor. yang ni kuya selalu buat.bertahan?? bertahan untuk hari tu je la. esok nya kalau teringat jade, nangis lagi.*i admit i lemah taim tuh,

but the best thing yang selalu kuya buat lately ni, online, tengok gelagat rerakan di SB, then BW blog yang menarik. mampu hilangkan kesedihan itu, serious. then berkenalan dengan beberapa kawan baru. dorang best. sangat sangat.

tapi yang penting, minta pada Allah, doa padaNya agar kesedihan itu hilang. sesungguhnya hanya pada Allah tempat kita mengadu.

" Ya Allah, jika benar dia adalah jodohku, kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya, tetapi, jika dia bukan jodohku, kau jauhkan hati ku dengan hatinya dan kau bantulah aku melupakan dirinya, kerana sesungguhnya hanya Kau tempat ku mengadu . Aminn "

notakakisayayangcomel : sesungguhnya putus cinta mengajar kita cinta itu tak bermakna kita memiliki.

3.7.11

maafkan saya awak

awak,
awak tahu tak saya sayang awak?
awak tahu tak saya suka awak?
awak takde depan mata buat saya tak lalu,
awak tahu tak saya rindu awak?
yelah, kita jauh..susah nak jumpa.last kita jumpa awak tak kasi saya balik kan?
sebab awak kata awak rindu saya.

awak,
awak tahu kan saya suka tengok awak gelak?
awak gelak sweet sangat
awak tahu tak saya suka curi-curi tengok muka awak,
masa last jumpa kita sama-sama kantoi curik tengok muka masing-masing,
pastu awak cakap, awak suka tengok muka saya.
saya blushing, awak tahu kan?
awak tahu kan, saya suka main rambut awak, sebab rambut awak lembut,panjang pulak tuh.
awak selalu cakap awak sayang rambut awak, even saya marah pon awak buad dekk je.geram taw
lepas tuh, hobi saya tarik idung awak sampai merah, haha. nasib baik awak tak marah.
hobi awak cubet pipi saya, sebab pipi saya tembam macam panda awak cakap

awak,
saya tahu awak marah saya.
saya tak tahu kenapa saya buad tindakan bodoh tuh awak.
tapi bila jumpa last tadi, saya tenung muka awak.
saya jadi sayu, sedih awak
saya tahu lepas ni kita jarang jumpa..
mungkin takkan jumpa lagi..
sebab tuh saya buat awak benci saya,
saya tak nak awak sedih bila saya takde nanti,.

awak,
bila saya dah takde nanti,
awak jangan lupa lawat saya taw,
sekali setahun pon jadilah,
awak siram la saya dengan air mawar,
awak bersihkanlah tempat tidur saya nanti,
awak lagukan saya dengan surah yassin bila awak datang nanti
tapi kalau awak tak datang, awak titipkan lah al-fatihah pada saya.
agar saya dapat sedikit ketenangan di alam sana.

awak,
saya nak awak tahu,
walau bercerai nyawa dengan badan,
walau bertukar dimensi alam,
saya tetap sayang awak.
hati saya tetap terpahat nama awak..
saya cuma ada awak..


maafkan saya awak kerna menyakiti ati awak.


nukilan : thesouleater.

27.6.11

kerjaya yang tak disangka.

semenjak dua menjak, terpanggil untuk mhasabah diri.
belajar untuk apa, habis belajar nak kerja apa.
dengan result yang macam ak-payah-belajar-baik-pergi-kahwen, apa agaknya aku boleh buat?

 A ;  KAHWEN.
B ; BELAJAR SAMPAI MASTER, PHD SEMUA.
C : KERJA.
D : TAK PAYAH BUAD APA-APA.

and aku rasa aku nak pilih b dan c sekaligus. aku nak belajar pulun-pulun tahun akhir ni dan kerja,. aku nak apply jadik cikgu. kenapa cikgu? sebab aku dah macam fall in love nak mengajar kanak-kanak. macam tanda-tanda keibuan tu dah ada dalam diri aku ni. haha. NONSENSE. but truthly, aku nak mengajar.jadi cikgu. tapi aku nak jadi cikgu sekolah rendah sahaja. diulangi.SEKOLAH RENDAH. dan opkos la subjek yang bakal aku ajar, MATEMATIK. gila kalau nak suruh aku ngajor BM.failed T_T.


erm. tolong jangan musnahkan impian aku yang baru je beberapa hari nak terempuk rapi dalam minda. bukankah menjadi cikgu itu satu tugas yang mulia?. insyaAllah andai ditakdirkan aku menjadi guru, dah tiga orang anak mak abah jadi guru. along, achik and maybe aku. insyaAllah..aminn.

padahal dulu dah buat impian tinggi menggunung nak jadi pattisiere, archaeologist, dietition. but FAILED. kerjaya guru yang out of the list pulak aku idam-idamkan sekarang. haha.. ohh, semangat membara nak jadi cikgu math kepada kanak-kanak kecil. mesti comel bila tanya " 5X2 berapa murid-murid? " lepastuh dorang jawab...ten teacherrrr....awwwwwww...so suweeeeeeet,

notakakisayayangcomel : pasni kena praktis buat muka garang macam rimau.haha




13.6.11

10 golongan terlibat dengan arak

entry ni serius.jangan gelak

jumaat lepas, kuya terlibat dengan taklimat pusat zakat dan bual bicara barakah. MC, a.k.a pengerusi majlis.cuak okayy, sebelum ni pernah lah sekali jadi mc, tapi dalaman punya penceramah. so, macam tak gentar.pagi tuh, siap cari baju paling okayy, tudung pon cari yang okay, nak berdepan orang luar, so kena bagi persepsi baik sikit. 

pukul 9, dah start bz. dengan pendaftaran, hujan. kelam kabut.clumsy, tetiba, banyak tukar skrip. ada dua slot, tambah penceramah,amek kau.penuh kertas skrip tuh kuya conteng.. dup dap dup dap. , masa dah taim, kuya start majlis, suara, garau0garau sket. okayy lagi. tup-tup, jadi laju macam baca skrip.sudahhhh, konpom kena tegur nanti.=.=' cuak. dan bila cuak spontaneously kuya cakap laju. even cakap biasa memang kuya da cakap laju. tak caya tanya jade................=.='

slot pertama is about zakat, menarik sebab banyak benda tak tahu pasal zakat ni.HONESTLY. lots of new thing yang kuya belajar. kerdil rasa taim tuh. slot first ustaz Mohd Hatta bin Zainal Abidin yang sampai kan. slot kedua, ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al-idrus. Murshid Imam Muda first season. sangat sempoiiiiiii. moderator dia : ustaz Mohd Hashim Fikri bin Al-jawi. SERONOK. bukan senang nak tengok orang seronok datang CERAMAH AGAMA. realiti aite? dan sebenarnya tertarik dengan satu topik yang disentuh oleh ustaz Syed. pasal ARAK. sebab ada pertanyaan dari pegawai. semua orang tahu kan ape benda alah tuh. so skang nak share sikit pasal arak.


10 golongan terlibat dengan arak yang akan dilaknat.

Daripada Anas B. Malik RA, Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 golongan manusia yang terlibat dengan pengurusan arak. Mereka adalah:

1. Pembuatnya
2. Pengedarnya
3. Peminumnya
4. Pembawanya
5. Pengirimnya
6. Penuangnya
7. Penjualnya
8. Pemakan wang hasilnya
9. Pembayarnya
10.Pemesannya

Subhanallah. korang fikirlah. ustaz tuh kata kalau boleh, tukar lah pekerjaan yang lain. yang takkan melibatkan arak. contoh, 7eleven. sapa kerja situ confirm tahu kan?


sekadar berkongsi. credit kepada blog akhi zaim hilmi nak tahu lagi pergi sana baca okayy? tak pon cari majalah Solusi bil 30 kalau tak silap kuya lah. ^.6. takpon, blog anak teladan. ^.6


notakakisayangyangcomel : kalau kuya ada salah bagi info cakap eh? nanti berdosa...




6.6.11

dr kuya lebiu | P to the E to R A M P A S ohyeah

PERAMPAS, sapa yang tak tahu apa maksud dia baik g chek kat kamus DBP.

malas nak cerita panjang, kuya bagi few situation lah.okayy? silap, dr kuya lebiu okayy


ceritera 1

S ada sorang kawan lelaki, I. depa kawan masa sekolah rendah, lost contact for about 9 years dan tiba-tiba muka buku pertemukan depa semula. one day, S telefon si I debab sebab besday I. tiba-tiba sora pempuan angkat. S ingat salah no, so dia pon letak. tiba-tiba, S dapat mesej : " kau pasai pa kol I? jgn kacau balak org boleh tak b*****!" , tak lama I mesej pulak : " wei, ni aku. angkat la fon aku ". korang rasa perasaan S?


ceritera 2

K pelajar sebuah ipta. satu hari, K pergi beli makanan kat cafe sensorg. kat hujung cafe ada sepasang kekasih tengah on9, si jejaka mengadap kedai, dan si dara berada disebelah. K dapat satu mesej dan tersenyum sendirian sebelum TERpandang meja yang diduduki oleh pasangan tersebut yang kemudiannya TERtentang mata dengan si jejaka yang boleh tahan comel nya yang tiba-tiba membalas senyuman yang bukan untuk beliau.*nampak gila selalu perah santan kat umah. si dara ternampak situasi itu terus memberikan pandangan yang hanya seorang gadis mengerti maksud tersirat : " dun ever kacau bf orang, perempuan tak sedar diri ". * okay, ayat kuya sekema.




lastly, nak cerita sket. kuya dari sekolah memang ramai kawan lelaki, yelah kalau perangai pon macam SETH TAN tak sedar diri tu perempuan, maka takde lah gegurl nak kawan ngan kuya sebab im not too gegurl. siapa nak kawan kalau tanya MNG, PRADA dLL tak kenal. maskara tak pandai pakai, heels pakai terpeleot. sape nak??sape? emo kejap. er, yang tuh masa matriks lah. taim sekolah kau harus kawan dengan gurl kalau tak rasa nak kena tukar sekolah. sampai sekarang pon, kawan kuya ramai lelaki dari perempuan. sebab? maybe lelaki outspoken, lantak kau lah nak butthurt ke apa, lelaki tak cerewet. TAPI sekarang kuya jumpa lelaki cerewet. kalau keluar, lelaki tak pergi shopping macam ghegurl.

okayy, back to basic, nak cakap. kuya dah selalu sangat di panggil PERAMPAS, PEROSAK rumahtangga belum halal dorang. kadang-kedang kena serang dengan awek-awek member lelaki kuya sebab JEALOUS kuya kawan dengan balak dorang. sometaim kuya terfikir, awek dorang tuh, ten taims more beautifool than me, slim, sexy. but why nak jugak sangsi dengan keikhlasan kuya yang sekadar nak kawan?*pft.KAWAN je kotttt,

sometaim tuh ada gak, member dah lama, kenal awek tuh kejap je, tapi da ikot cakap awek dia konon tak boleh tengok kemesraan kami. apekes? wa da kenal balak lu bertahun-tahun, sikit pon wa takde nafsu kat bf lu*okay ni kuya tipu.  i admit sometaim kuya ada rasa suka kat bf orang, tapi SUKA. paham tak SUKA je. kuya takde lah sampai terfikir nak curik-curik snap gambar laki tuh terus mms kat bomoh nak jejampi serapah. takde. sbb kuya tahu betapa sakit hati tuh kalau someone yang kita sayang dirampas dan digoda-goda. 



tipu kalau masa bercintan-cintun dulu dulu kuya tak ada rasa unsecure jade dirampas orang. konpom perasaan tuh ada nak nak bila kuya dapat tahu jade ramai adik angkat. and rasa lebih unsecure bila tgk fon jade ada gmbr adik angkat yang sexy mexy. H*** ya. kuya yang awek dia pon tak pernah nak bagi sexy mexy, nak camtuh g kawen lah. teringat satu hari, masa nak bukak puasa tahun lepas, for the first taim nak berbuka dengan jade*dengan izin mak taw. 

sehari suntuk keluar sebab jade jemput kuya kt KL. masa odw nak balik Klang, jade dapat mesej and lots of miscall. mesej  tersebut berbunyi ; " nape tak angkat fon? mesti ade ngan kak q en, pergi lah dating ngan dia!" kuya pon dalam hati, apekes minah gedik ni, wa awek dia, suketi wa la nak date ke idak. kuya mntak izin ngan jade nak kol minah tuh dengan alasan nak gtaw hal sebenar padahal dalam hati rasa cam nak tibai minah ni. sekali dengar suara kuya, terus nanges-nanges mintak maaf.duh, gedik gilaa. masa tuh konflik la kan, baru nak rasa buka puasa sama-sama, tiba kena macam ni. memang ilang mood. tapi bila jade say sorry with tears come out for the first taim. kuya tahu dia tak sengaja. 


erm, kesimpulan kat sini :

1) bagi awek-awek kat luar sana. jangan la cepat sangat judge orang yang korang sayang, kelak dia dah bosan, dia tinggalkan korang baru nak meraung tak berlagu.

2) yang pakwe-pakwe lak, jangan la nak over kawan ngn gurl len bila kau punya awek punya tahap jeles petala kelapan belas.even korang cakap takde pasaan pon. nescaya korang menyesal.*ugut

3) untuk awek kepada awek. jangan sesekali gelar gegurl tu PERAMPAS bila gurl tu cuma kawan. konpom korang bole bezakan kan situasi berkawan dan berrampasan kan? takkan la kalau pakwe korang berkau aku bergua lu ngan gurl tu kau nak cakap itu sesi rampasan kan? gila cetek iq kau.

4) err, ntah la. apa lagi? haa, jaga la hubungan tu kalau rasa nak berkekalan sampai ke akhir hayat. jangan nak kongkong pasangan korang kalau hubungan rumah tangga tuh belum halal.

5) dah dah, lelebih pulak kuya nih


notakakisayayangcomel : err, sorry kalau entry ni panjang sangat, tapi macam seronok pulak ulas tajuk ni.sorry to readers*perah santan.^.^

28.5.11

Tanya Fahmi: Buli, Buli Dan Buli!!!!


okayy, sebab q takde idea nak mentulis sini, q nak join segmen. segmen ini dibawa khas oleh tuan penganjur :


p kelik gambar kalau nak pergi belog dia.

soalan dia pasal BULI.


-Apa yang anda faham dengan perkataan buli?


 -buli eh, buli tu satu kegiatan yang tidak sihat yang dilakukan oleh golongan remaja kebanyakkannya rasa diri tu hebat dan kuat padahal sebenarnya mereka ini golongan paranoid. kurang dapat perhatian. dengan ,membuli, nama mereka jadi sebutan ramai. jadi fofuler la senang, *fuhh ayat nak skema.


-Anda ada pengalaman dibuli ataupun membuli? Kongsikan..

-pengalaman dibuli? biasalah, budak asrama, setakat taim orientasi kena ragging dengan seniorita, perkara biasa.
 tak fikir tuh buli pon actually, sebab tu satu fasa untuk jadi tough, tegar dengan kehidupan asrama. significance dia, q sampai sekarang tabah jalani kehidupan berasrama selama hampir 8 tahun. bila, jadi senior, kami peraktik kan apa yangs enior dulu buat, sebab dengan cara tu je junior mampu hormat senior, tapi apa yang kami buat sebaliknya dikatakan kegiatan PEMBULIAN.sungguh tak adil, marah sikit terus report kat mak ayah, tak remaja betol kanak-kanan zaman sekarang.*skema dan pjg lebar lagi jawapan q. ^.^  


-Kalau anda dibuli disekolah, apa anda akan lakukan?

sebab kan q tak pernah rasa diri dibuli, dan soalan ni bertanya kalau : erm, macam biasa, report guru, pihak yang berkenaan..takkan nak serang balik...HAHA.





-Hayati situasi ini...Anda seorang yang sangat nakal dan pada suatu hari senior anda telah pukul anda untuk memberi pengajaran. Apakah tindakan anda? Mengadu kepada ibu bapa dan serang sekolah atau terima ia sebagai satu pengajaran?

depends, kalau q setakat ludah kat megi yang senior tu suruh buat, then senior tuh belasah q macam q curik balak dia, memang la..lu langsi lu mati la wa kerjakan.


-Hayati situasi ini...Anda mempunyai seorang anak yang sangat nakal dan perangai macam tutt..Tiba-tiba suatu hari dia mengadu ada senior pukul dia. Apa yang akan anda lakukan sebagai seorang ibu ataupun ayah??

erm, siasat dulu...betul tak.kadang-kadang bukan boleh percaya anak nui. macam mak ayah q, dorang takkan percaya bulat-bulat kalau q mengadu kena buli.KALAU q cakap, sebab so far tak pernah mengadu.



-Apa pengajaran anda dapat dari segmen ini?

BULI itu tidak sihat. katakan tak nak pada kaki buli ^.^





5) Tag 2 orang kawan anda yang rasa-rasa mereka itu mangsa buli ataupun kaki buli.


mereka kaki buli q,hehe : faizal harnis & hafiz hafizol *gurau aja


SIAP JAWAB SOALAN ^.^.pihak penganjur. berpuas hati tak dengan jawapan q?hehe


6)Letak link entry anda ke ruangan komen entry ini.