si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label me.neu lyfe. Show all posts
Showing posts with label me.neu lyfe. Show all posts

15.5.12

peringatan:: berubah

salam.

cuma nak menulis apa yang terlintas di fikiran.

pernah terfikir tak, how people can change, too fast sampai sendiri tak sedar kita semua berubah? hari ini kita macam ni, and tiba-tiba esok kita jadi matang tak hingat. pernah?

sumber : weheartit

bagi aku, tak mustahil hari ni kita berfikiran selfish tetiba malam terus dapat muhasabah diri then, kita jadi open. kita jadi makin tak selfish. tak mustahil semua tuh. sebab, tu semua perancangan Allah, bila Allah kata kunfayakun. zusss, batu pun boleh jadi emas. sama lah kita, bila Allah kata hati, perasaan berubah, semua tuh akan berubah. mungkin sekelip mata, mungkin bertahun lama.

kita boleh apply teori berubah ini dalam kehidupan kita, semua. ia merangkumi semua. ada yang berubah miskin jadi kaya, sihat ke sakit and vice versa. begitu juga dalam hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam. tapi harapnya hubungan dengan Allah itu jangan berubah ke arah yang buruk, make it better and better and bestest. 

sumber : weheartit

sebagai contoh, long distance relationship, but actually boleh apply dekat short distance. sebab dia tak menentu. *kenapa nak amek contoh org bercinta jugak? sebab tahu benda tu je yang paling menarik bagi remaja, yedak?* tapi more to LDR, and hubungan yang dah lama. you know, bila kita bercinta dari usia remaja, and hubungan tu jarak jauh pula, akan ada satu state dimana masing-masing excited pasal masa depan. nak kahwin dekat taman lah, hantaran nak duapuluh dulang lah, anak nak letak nama itu ini lah. believe me. it'll or it was happened kan. jangan nak geleng kepala deny.

tapi, tiba-tiba, zappp. apa yang kita dok pulun rancang *cakap-cakap jela* kita jadi macam tak eksited. kita jadi macam, dah tawar hati. itu zaman bila masing-masing dah matang. dah tahu, everything's not about grand wedding or whatever. it's about comittment. thus, at that time, masing-masing kena open table and discuss. 

as someone said to me, "buat apa bagi harapan, kalau tiba-tiba diri rasa tak mampu nak bimbing, nak bagi komitmen pada orang? kalau ada jodoh, ada. buat apa nak beria-ia sangat" itu adalah pandangan dia after his 5-6th years of LDR. padahal dia, dua tiga minggu sebelumnya asyik bercerita about wedding, about what happened next. 

kesimpulannya, jangan kata "aku tak berubah, i am who i am twenty years ago". sebab sekecil zarah pun, actually kau berubah. either secara baik, atau buruk. and either you realize it or not. 


till then 

p/s : do pray that i'll finish my project punctually. life became worst. 








2.1.12

emosi di musim exam

salam.

aku baru habis satu paper. not soo good sebab aku tahu aku boleh buat lagi bagus. tapi masa tak cukup. ingat senang nak buat ayat dalam bahasa asing? berpinar otak. plus tengah di awal waktu-waktu perempuan. esok aku ada dua lagi paper. satu killer subject semester ni. ehh, subject aku semua killer subject. kahkah. k tak kelakor.

tapi kan, kenapa kau buat aku tension? kenapa kau buat aku emosi? kau bukan tak tahu aku tengah musim mentensyenkan diri. kau bukan tak tahu kecintaan kau tengah berjuang nak genggam segulung ijazah then boleh mintak ferarri sebijik dua dari kau. bukan kau tak tahu.

kau saje kan? dulu kata aku hati batu, takde perasaan. bila aku dah hati cair macam aiskrim magnum coklat sedap tuh, aku dah mula berperasaan, kau omel pulak.
cukup aku cakap aku sayang kau.
cukup aku bagitahu aku punya cemburu yang tak menentu.
cukup aku bagitahu aku tak pandai nak cakap aku cinta kau.
cukup aku cakap semua tuh sekali.

cukup.


kang aku cakap banyak kali aku sayang kau, rindu kau. kau kata aku sewel pulak.




12.12.11

cuba teka?

salam dan selamat pagi  ^.^


google



*wink*

errrrrrr, kbai


3.12.11

masa untuk berubah !

salam,

ohok ohok *batuk comey*, tengok blog.
maaf sekarang aku lagi suka jalan-jalan blog orang dari blog sendiri. kehek. dan yang aku pelik, blog favourite aku, aku memang tak follow, tapi mesti bukak atleast seminggu 4-5 kali. *pelik*.

back to the topic, sedar tak sedar dah nak habis semester dah aku ni, err, korang pon ada yang dah cuti kan kan? especially cecikgu cecikgi *tapi akak akak aku tak heaven pon, sorang kena jaga spm, sorang tengah tunggu turn nak bersalin* kehkeh, jadi moksu lagi lah aku. tapi, kawan aku sikeyla tak cuti pon. hai keyla *wink2* dekat perancis.

okay, sekarang kena berubah. berubah jadi SERIUS. serius to be a final year student. a good one. ^.^
final exam tinggal lagi sebulan, presentation PITA, lawatan. oh gosh *toink toink ketuk kepala*

jadual exam pon dah keluar, dan ohmai ohmai, aku start exam new year oyy, permulaan tahun baru 2012 =.=''
*harap tahun baru, soalan pon senang lah ye*


bahasa perancis III       1/1/2012
permodelan geometri * 3/1/2012
komunikasi interpersonal 3/1/2012
optimization 7/1/2012
teori graf* 16/1/2012


subjek yang aku ambil memang lima je yang ada paper, lagi dua : projek ilmiah akhir tahun dengan latihan industri. serious tak terasa dah nak final. serasa baru semalam masuk semester 5, baru semalam dapat duit ptptipu, baru semalam pindah masuk rumah baru =.=''

supposely kami student math kena ambil satu je subject core sem ni, tapi ntah kenapa, mesti masa tahun aku ada je perubahan, subjek geomod dan teograf tuh subjek baru =.=''. dulu kena jadi guinea pig*betolke aku eja??*

oklah, nak kena buat draf proposal pita, papai

till then.




26.11.11

1433H

salam.

berakhirnya 1432H
bermulanya 1433H


semoga kehadiran tahun baru, kita akan menjadi yang lebih baik. insyaAllah.





21.11.11

soon

assalam.
short entry. trying too.


source :  google



soon. insyaAllah. 

till then

22.9.11

sambung belajar

assalam.
currently sangat tercungap cungap nak catch up dengan rutin seharian.
masa kat rumah, kau nak guling guling dari pas subuh sampai petang, takde nak marah.
tapi sekarang, kena bangun pagi. siap-siap just untuk SATU kelas sahaja. sebab aku dah tahu n akhir. yup.akhir. tapi buat perangai macam baru masuk jadi mahasiswa.silap, siswi.

sekarang, even dah lengang dengan kelas. full dengan aktiviti lain. bukan tidur okayy,
tapi FYP. dan tahun akhir ni lah, aku baru nak terhegeh hegeh join aktiviti sana sinun,
jangan tak percaya, aku VOLUNTEER jadi pengarah program.haha. serius. ^.6

tapi bila lagi aku nak sedar diri, nak involved dengan benda benda yang dah biasa buat masa LI. kan?

ntahpape aku repek. kbai.


6.9.11

selamat datang adik adik.

7/9/2011 bersamaan hari rabu, syawal yang ke sembilan.
esok lah tuh.
budak budak baru akan register untuk degree.
makin bertambahlah bilangan manusia kat kampus dan kolej kediaman .
makin ramai lah manusia akan membeli belah kat makcik nasi air.
kat pantai apetah lagi, tak tahu lah apa yang best nya pergi pantai tiap tiap hari *kes jemu.
kat library, confirm awal dengan akhir semester je penuh. tak pon masa hari panas *library tuh sejuk petala lapan.

aku pulak, 
dah jadi super senior.
dah masuk final year.
dah tak boleh main main*azam sama setiap semester tapi minggu first jek.kahkah.
dah ada status baru*perlu ke mention.
dah kena behave jadi orang dewasa *yuckss.



so kepada adik adik yang bakal mendaftar sebagai pelajar ijazah sarjana muda atau bahasa pasarnya degree di semua universiti di Malaysia,*sebab kat oversea aku tak tahu bila daftar. selamat datang dan selamat jadi mahasiswa/siswi. belajar elok elok naa...yang diploma dah bulan enam aritu daftar. dah selamat dah belajar separuh semester kott. dah tak jakun sangat lah dengan environment kat universiti.


espesiali kat bebudak yang bakal masuk UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU dalam semua course, welcome bebeh!.walaupun uni kita tuh kecik jee, tetap tak bosan. macam macam adaaa..
espesiali yang bakal daftar sebagai pelajar sarjana muda sains ( matematik komputasi ), dis akak wanna say heyy dan selamat belajar. tak susah mana pon, tak minat takpe, nanti lama lama minat lah tuh. ada apa apa masalah jangan tanya akak, tanya budak budak DL. kehkeh.


SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT JADI MAHASISWA/SISWI BERJAYA



p/s : sila lah hormat akak akak dan abang abang even sama umur sekalipun. sila lah pilih kawan yang sebetulnya dan jangan lah jadi culture shock. okay?





1.8.11

kenangan puasa diperantauan.

assalam.

peringatan : entri ni serius panjang.

galak jari aku ni nak menulis. mentang mentang esok puasa *pekes, jari takde puasa. jangan terkorek hidung esok dahla, jari aku ni bukan boleh percaya, tup tup da sampai pintu masuk hidung.pftttt.

aku ni kan dah lama tak dapat puasa sebulan full kat villa aku ni. tup tup dapat delay cuti sampai bulan 9, humangaih. memang gumbira rasa di dada, dapat bersama bunda tercinta. takpayah susah susah korek duit syiling pergi beli makanan atau beratur panjang tunggu makan.


puasa perantauan satu :

den ghasolah, start kena puasa kek sini maso form 2,kalau tak silap lah. teringat, selalu takde air taim taim ni, nak turun sahur tuh, bawak semua kolget berus gigi sabun bagai. pastu berebut lah dengan junior ke, senior ke nak mandi kat sekolah. HAHA. lawak ai, kalau tak budak lelaki amek tempat. puasa kat sini, taim prep paling mashuk. semua kepala sebaris dengan meja. lentok sakan.

aku curik kat google,


buka puasa kat surau, memang seronok, makan kurma then solat maghrib baru serbu DM. kalau zaman aku junior, kena beratur, zaman aku senior dah hidang ^.^. tapi tak best hidang sebab tak boleh buat muka seposen kat makcik DM mintak lauk lebih, then paling seronok, bila terawikh reramai, nak nak imam tuh pak angkat aku jadi imam...

budak perempuan, kalau tak puasa, masing masing pakat balik hostel time rehat * aku zaman senior, junior tak berani.akaka. pakat masak megi dengan air panas water cooler tuh,abis rehat pakat balik kelas buat muka toya padahal perut kenyang hati senang, nasib baik tak sendawa je. kalau tak, bau megi bai, sape nak tanggung.

semestinya aku rindu berpuasa zaman ni, walau pun jauh diperantauan, walau buka makan nasi kawah, walau moreh mewah semacam. alhamdulillah, seronok.



puasa perantauan dua :

ni masa aku dah remaja. cewah. semakin jauh aku tinggalkan keluarga. dah tak tahu erti sedih homesick.*padahal mengalir jugak airmata dalam sebulan tuh. kali ni puasa lama sikit dekat sini. dapat roomate yang sekepala. memang syiokk. sumber makanan buka puasa just bazaar sebelah dewan tuh. balik kelas je, menapak lah carik makanan sambil cecuci mata tengok jantina berlawanan. haha. mata aku memang miang sikit taim tuh. kurang pahal puasa aku.

sahur, kalau rajin buat air. kalau malas, aku prepare air kosong sebotol tepi bantal. agak agak nak imsak tuh, aku gogok je air tuh. yang ni aku praktik dari sekolah sampai la sekarang. haha. nampak kan kemalasan aku? taim ni kelas full 8-5. ada masa sejam aku luangkan dengan tilam dan bantal.haru tak tidur taim tuh, mahu tersengguk taim kelas. dah takde prep nak buat taim tidur.

terawikh? taim ni dah jadi malas. aku admit lagi padahal surau aku sebelah blok. tapi aku gagah jugak pergi. taim nilah aku rindu zaman muda muda aku.even awal-awal masuk sekolah kena paksa semua, finally jadi sesuatu yang aku rindu kan.


puasa perantauan tiga :

yang ni bila aku dah hujung remaja. cewahh. baru dua kali berpuasa. sahur? macam biasa lah, air kosong menjadi peneman setia. aku ni malas nak turun pergi beli makanan kat luar tuh. ye, aku pemalas. admit oh. kelas masa junior, aku jalan kaki, terkedek-kedek lah aku dengan payung nya, beg nya. kalau malas , aku naik je van.bukan mahal.30 sen je. buka puasa, kena beli juadah seawal pukul 5, kalau tak, makan serdak jelah gamak nye,

naik senior year, aku nak try hidup berdikari kununnye, duduk rumah sewa der. seronok. taim tuh la masing masing nak tunjuk skill memasak. haha. pemalas sangat, bazaar banyak. pastu sahur, hangatkan je yang lebih buka puasa tuh. pergi kelas pon aku jadi pembonceng setia mummy su, so takdelah turun berat badan aku.haha.
terawikh kat masjid depan lorong rumah, sayu je hati. mula lah menangis rindu kat mak abah. waktu-waktu ni, kedit aku abes 5 ringgit sehari kol mak aku. huuu.

tapi tahun ni, aku tak de title berpuasa di perantauan, muka aku pon tak dapat lah masuk salam perantaun tuh, so tak payah la korang carik.*adelah pulak sebelum ni.
aku bajet retis lagi

papepon, jom niat puasa dan tidur awal keyy? sok nak sahur. jangan ponteng ponteng tahu..

till then assalam.


23.7.11

si tua edisi satu

assalam dan selamat petang sabtu. hari yang paling best. sebab dapat hirup udara segar [ dapat keluar rumah sebenarnya ]

pagi tadi dapat peluang untuk pergi ke rumah penjagaan orang orang tua al-ikhlas kat puchong. serius, hati tersentuh melihat keadaan mereka. melangkah masuk ke rumah tersebut, terus melihat pakcik pakcik yang terbaring tak berdaya. ramai yang melawat dengan bawa macam macam barang untuk diderma, alhamdulillah, masih ada lagi yang berhati suci walaupun sedikit. tetapi dimana si darah daging sendiri? maaf, saya tak melihat itu.

di saat menghampiri mereka, airmata dah bergenang. tak mampu melihat mereka terbaring, dengan tubuh yang semakin kurus, dengan mata yang hanya mampu melihat, tangan yang sengat lemah untuk diangkat. even bukan semua,. tapi kebanyakkan nya. itu belum campur dengan makcik makcik.

melihat mereka, hati berdetik, kenapa mereka dihantar ke sini. tega sungguh hati si anak membiarkan ayah dan ibu mereka dihantar untuk dijaga orang asing. air tangan orang asing, tak seperti air tangan darah daging sendiri. bersalaman dengan mereka, cuba membaca hati mereka. tapi tak berdaya, hanya airmata yang tumpah melihat nasib mereka. ada yang terbaring sepi, ada yang bercakap sendirian dan macam macam lagi.

sebenarnya, si tua, mengharapkan yang si muda memberi perhatian, walaupun dengan hanya mengajak makan di mapley, walaupun hanya dengan membawa berjalan jalan ke shopping compleks. takpun, si anak duduk disebelah mendengar bicara mereka walaupun bicaranya sudah beribu kali diulang.

mendapatkan penjelasan si anak tentang mengapa mereka sanggup menghantar ibu bapa mereka di entry lain.


till then, assalam.

notakakisayayangcomel : pergi gathering lepas itu, jadi pendiam yang amat. maaf.

unfollow

assalam.

perasan dah hilang seorang.
tanya kat diri ;
blog tak best
entry tak masyukk
tak mengamalkan konsep "i folo u, u folo i balik taww"
aku tak lawa
aku tak comel
blog tak best
blog tak best
semua sekali.

dan aku rasa sebab blog aku tak best. huu. confirm. tapi, aku tak kisah, sebab aku buat blog untuk luahan hati aku.^.6. tapi pada yang selalu baca, thanx korang.*hug*


21.7.11

berharap dan masih berharap

semalaman berdiam dibawah timbunan bantal dan tilam kat bilik, dengan mata yang membengkak.
memikirkan apa yang sebenarnya hati ni nak.
dah dapat yang baik, kau tinggalkan.
dapat yang jahat, kau ditinggalkan.
alahai hati, kenapa kompleks sangat nak paham?

hati pon cakap : aku tak sekompleks kau. nak lelaki yang ensem romantik yang sanggup beli bunga dan buat pembaziran duit. padahal duit tuh boleh buat simpan untuk masa depan.
cukuplah seorang lelaki yang paham siapa kau sebenarnya, yang tahu dan kenal semua jerangkung kau. dan aku tahu kau sebenarnya nak lelaki yang boleh ber aku kau, yang boleh layan perangai gila kau, yang boleh share all his story macam kau member dia. yang kau harapkan dia mampu jadi imam dan ketua keluarga, yang hormat ibu bapa. itu yang kau nak.

cukup buat aku terdiam.



aminnn

19.6.11

segmen | AYAH ,JASAMU ABADI DI HATI INI


okayy, salam semua. hari ni nak join lagi segmen abg ben. << klik gambar >>.hehe.

sempena hari bapa. kuya nak wish kat semua lelaki yang bergelar bapa, ayah. abah. baba, papa, daddy, walid. abi and apa sahaja panggilan untuk itu, SELAMAT HARI BAPA, HAPPY FATHER'S DAY.

kuya panggil ayah : abah. and sebagai the most youngest daughter among 7, of course semua orang akan cakap, kuya anak emas, anak kesayangan, nop. dalam family kuya, takde lah words tuh. semua sama je. abah layan sama. kalau ko jahat, nakal. abah pukul.kalau dengar cakap, abah okayy. sama je. family kuya ni, bukan family kaya raya. kami sederhana je. admit, abah pon bukan kerja bukan govern. abah kerja sendiri. dari kecik, tak payah lah nak berangan ada barbie wat so eva ke, teddy bear ke, tak macam budak-budak zaman sekarang, umor 7 tahun dah boleh pakai IPAD. kelass.abah besarkan kitorang just dengan bawak lori, ngan jual kuih muih. seriously. malu? takde lah.kuya bersyukur. siapa kata anak orang bawak lori tak boleh berjaya? along kuya dah  buktikan. even kami sederhana, along berjaya belajar kat University of Liverpool dalam microbiology.. bukan nak up up kan along. tapi nak cakap., kita susah tak bermakna kita tak boleh berjaya. cuma nak tak nak je.

masa sekolah rendah, abah ngan mak bukak kedai makan. sampai lah kuya sekolah menengah. alhamdulillah. kuya got straight A's for both of my UPSR and PMR. sambil bukak kedai makan abah start bawak teksi. masa cuti nak balik rumah, abah bawak teksi je amek kuya. shame? not at all, bangga sangat dengan abah. abah ngan mak dah tua. tapi sanggup kerja demi anak dia yang tinggal sorang ni. sampai sekarag, both of them dah pencen. tapi sebab kuya masih belajar, dorang sanggup kerja. lebih-lebih abah, abah cari penumpang sampai malam sampai pagi sengkang mata. kuya menangis.......sepatutnya kuya dah bagi kesenangan kat abah, mak..tapi..hurm..

abah sangat sangat garang. jangan lah nak buat hal, kalau taknak tangan naik muka. kuya? kuya anak yang nakal. memang pernah lah tangan ngan kaki abah naik. kuya admit. mengaku. tu salah kuya. abah buad camtu sebab abah taknak anak-anak abah jadi macam remaja zaman sekarang. nak nak kuya. kuya dari umur 13 belajar kat negeri orang sampai sekarang, so kuya tak kenal dah orang-orang kampung suma. memang mengucap. dorang sangat-sangat lah sosial. abah pernah cakap : " abah tak pandai, abah tak kaya, abah takde pape nak bagi kat kamu. abah tahu kamu pandai, kamu boleh fikir. nanti bila abah dah takde, sape nak jage kamu " . masa tuh, memang mengalir airmata. kuya buad abah menangis. berdosa sangat-sangat.

jadi pada abah : I LOVE YOU SO MUCH ABAH!, orang sayang sangat sangat abah. thanx sebab abah ngn mak dah besarkan orang, hantar orang sampai masuk u even orang tahu betapa susahnya mak ngn abah carik duit. terima kasih sangat-sangat, mintak maaf sangat-sangat sebab pernah buad salah.

notakakisayayangcomel : bukan niat nak aibkan apa suma. just nak share pengorbanan abah.

3.6.11

infiniti

tak abes abes math words terpacol dari mulut kuya. demam result kott.*ceis, jgn sebut lah mulut ni, tgn pon gatai nak tulis pasal result.babab kang.=.='

okayy, nak gitahu, kuya jatuh cintaaaaaa!!. berapa kali nak jatuh cinta da, nampak sangat ang tak setia..*ceis, wa ni SETIA taw. 
nak tahu kuya jatuh cinta dengan siapa apa? cekidaud.
-
-

-

-


-
PERODUA ALZA INFINITE !!!!

 malu-malu lak siap kena sarung mengalahkan perempuan.bagus bagus.


 memang cair tengok warna dia : putih, oren, itam. SMART.

nak nak.=.='

tapi sayang, ianya tak dikeluarkan dalam skala yang besar =.='.ntah-ntah taim kuya ada lesen dah takde dah model ni. T_T. dahla myvii se pon taim tuh dah takde kot..sob sob...

nak taw cerita and lebih gambar, sila pergi belog ini


full credit to : GOOGLE and BLOG AUTOMOTIF GLOKAL !

notakakisayayangcomel : oh, mr abah..nak amek lesen...T_T.or ada sape-sape baik hati nak sponsor?

30.5.11

UNTITLED


seeing me SMILE doesn't mean i'm happy,
seeing me CRY doesn't mean i'm sad,

seeing me like this, don't even give you an authority to talk about me,
i'm not who i am physically,
you may think i'm BIPOLAR, and yes i may not argue with you,
because that's really me.
yes you may say you know me, 
but hell no, i'll bet you never know me,
you never know what exactly i can do,
just stay away, if you really have no intention to be with me,

you may say that i'm 'gedik',
you may say that i'm 'manja'
you may DISLIKE my personality,
i'll say i don't care, because that is your thought about me,
but i'll care if you say it behind me, stab me with your little-sharp-toungue,
please, be a BRAVE person, just say infront me,
so that i can correct it slowly.

for the last, i'm seeking the FORGIVENESS,
if i ever said something that hurt you,
if i ever do thing that you dislike,
i may not realise it,
I AM SORRY =.='
because like most people said : NOBODY'S PERFECT
since i'm human and not an alien,
i'm NOT perfect and maksum.

notakakisayayangcomel : kadang-kadang saya juga ada buat silap. saya minta maaf pada yang terasa, pada yang tak suka siapa saya, awak boleh pergi dari hidup saya, saya takkan halang.





14.5.11

kalau dah nak sangat a.k.a sangap, sanggup buat apa sahaja

nak tahu tak, sangat beruntung bila ada di kalangan orang dewasa sebenarnya, bila kita dapat gosip nasihat, pengajaran dan tauladan. dan bila dengar kisah-kisah yang mereka cerita, sangat takooooooooooot. takut nak masuk alam dewasa padahal umur memang dah jangkau dewasa. pfttttt. *apekes kau guna ayat skema?

ekceli, nak kongsi satu benda la. pasal LELAKI. perempuan pon kadang-kadang ada buat. tapi mostly dengar cerita pasal lelaki lah sebab lelaki kan kalau dah sangap gila bayang semua dia nak buat. ha, pasal gila bayang lah ni. nak dijadikan cerita, adalah akak ni, dia outstesen la kat satu negeri kat Mesia ni, tiga bulan. *negeri ni memang diketahui lah ada banyak kes yang serupanya. and akak ni konpom lah da ada bf merangkap tunang dan nak kahwen pon.*senang cakap TUNANG lah. sebab akak ni fulamakk, comey lote gila. tetibe, dia balik masuk keja tempat dia balik, terus dia kata taknak kawen ngan tuang dia ni. sebab ada sorang LELAKI ni, dia dah tangkap cintan sama itu lelaki, lelaki tuh, dok ayat apa pon q tak tahu lah kan, tapi yang pasti lelaki tu cakap la sayang akak tuh semua la.besa lah lelaki nak gula perempuan, ayat dia lagi manis dari tahi itik yang kuih tuh.

sampai laki tuh nak kahwen, akak tu siap cakap., nak stopkan majilis kahwen laki tu ke tak. and lelaki tuh cakapla takkan sentuh bini dia sebab sayang akak tuh,. eley,, lelaki kalau dah ada yang HALAL depan mata, gila lah kalau tak amek je.sedangkan yang HARAM pon dia sapu.kan? hakikat lah. sampai ke hari ni, akak tuh memang macam dah angau sama lelaki tuh..sampai dia kata macam takde perasaan kat tunang dia bagai..kecian akak tuh.. serius, apa lah yang lelaki  tuh buat eh? kalau nak kat akak tuh, takpayahla kahwen ngan perempuan lain. ni tak, laki tuh kata, tak boleh nak kata tak nak.dey, ang laki tau tak, ang boleh tak setuju kalau taknak kahwen. tak jantan lah bro. =.=' ni tak, kau dah buat anak orang gila bayang kat kau, kau macam haram je kahwen dengan perempuan lain. taim  kau nak kat akak tuh, kau buat amcam-macam.aigoo.apa jenis manusia lah. harap-harap tak jadi lah kat q..aminn.

tadi pagi baca metro, takut gila baca berita yang pasal pemandu lori kena simbah asid, sebab CINTA je.aish...yang lagi tak boleh belah, yang pasal serangan asid tak semena-mena kat orang ramai. gila ke apa? kau ingat simbah asid tuh macam main simbah-simbah air taim kau pergi air terjun dengan family? apa motif? bak kata cik taufan lah kan,  maybe penyimbah asid tu tak ensem macam dia.so, full of jealousy. ish ish.dunia dunia. =.='

p/s : tak semua lelaki macam tuh. q tahu, jade sebagai contoh. and ada jugak perempuan yang buat kerja tak senonoh nak dapatkan lelaki.

notakakisayayangcomel : ude q terus takut nak pergi kerja sebab takut kena simbah asid sebab dia kata dia ENSEM.pftt,no komenlah bro.

12.5.11

LI episode dua

12/5/2011
12:19 pm

dah nak genap seminggu. seminggu jadi pelatih praktikal. seminggu jugak kena bangun pagi gosok baju. seminggu jugak mak yang tolong kemas baju. *terimakasih mak, sebab faham anak mak *
seminggu abah kena anta pergi balik. seminggu faks surat, rekod dan simpan. seminggu exercise naik turun lif. seminggu makan free. seminggu naik 2 kilo *apekes nak gitau*. seminggu pakai baju kurung. seminggu pakai kasut ladies.pftttt.seksa.esok genap seminggu. seminggu yang pelbagai rasa. *seminggu macam sehari, laju je masa jalan.dats mean, semakin dekat kita ke akhir zaman.

seminggu jadi pekerja. jadi orang bekerja buat q fikir : serius ke ni dunia orang dewasa?yang bekerja?. oh pfttttt. confirm nak belajar je. sebab belajar sangat happening even pecah otak nak hafal all those formula, lagrange lah, newton la, cauchy la. macam-macam. tapi belajar tak payah fikir nak kena bangun awal gila sebab takut jalan sesak so kau boleh punch card seawal mungkin and bila bos puji kau kembang hidung. tak tak, belajar tak perlu semua tuh. tapi haruslah kau kena datang awal masa kuliah.tak berkat kata orang..=.='
bila jadi orang bekerja, q kena sentiasa pakai pakaian korporat which mean baju kurung and kasut ladies.pfttt.bukan tak suka. tapi kalau dah cuaca panas terik dan kerja kau kat sini kena naik turun lif pergi unit sana sini, it is uncomfortable you know. tapi bila belajar, kita bebas pakai baju apa pon asalkan kemas dan menutup aurat. ^.^




bila jadi orang bekerja, muka kena sentiasa manis. mental kena kuat. sampai bos kata : kamu ni, senyum je manjang...bercakap nye idok. bukan tak nak cakap bos, tapi, kang susah nak berhenti sape nak tanggung? bos jugak pecah gegendang telinga nanti. cakap pon nak kena tapis. yela, budak praktikal. salah cakap potong marks. kau gila, ada jugak yang tak grad nanti. dan bila jadi orang bekerja, kena tahan sindiran, tahan cakap-cakap orang. tapi bila jadi orang yang belajar, kau muka cencorot pon pensyarah pedulik hape..melainkan dengan memember, kau buad muka sekupang kau tuh, konpom seminggu kau kena boo. mental pulak, masa belajar.kau kena tahan assignment banyak je.yang lain kau enjooooyy.


bila jadi orang bekerja, kau kena berlagak matang,yela, kau dah kerja, ada opis sendiri,pc sendiri, printer sendiri, kerusi pon yang gaye-gaye bos tuh. walaupun sementara, yang penting ADA. harus berlagak matang sebab budak-budak mana boleh ade semua tuh.HAHA. tapi tu yang q tak boleh buat, sebab q tak tahu camne nak jadi matang. choi. bila belajar, kena jadi diri sendiri. orang yang berlagak matang is not allowed.


jap, q nak cerita pasal LI kan? okayyyyy lari dari tajuk. salam

notakakisayayangcomel : bos tadi bilang : kenapa kamu tak pergi makan? sayang bos lebih lah,,



10.5.11

the very first

tajuk tak boleh belah nak omputeh je, mentang mentang tok nenek kau orang perancis mix england, speaking nak berhabuk padahal tak sedar diri asal pulau jawa sana and pure javanese, puhlissssss la.

sejak dapat dapat balik bb dengan bagi alasan nak kena buat report peraktikal kat ma, laju je jari nak menaip hatta takdak idea sekalipon sebab tangan gatal macam ulat bulu naik daun, eh, naik daun kan? takkan naik streamroll lak.*ceit apa kau merepek ni.

nak dipendekkan cerita sebab mata dah dok iyer-iyer suruh tidur sebab dah tak sabar nak pergi KDRMS esok nak tengok pakcik abang kastam yang tak ensem tapi cukup sejuk mata memandang sebab memang kat tempat tuh ada ekon, cek nak habaq mai la kat angpa semua apa jadi kat ceq masuk lapoq diri kat KDRMS ni .* ang ni pasai pa melalut cakap loghat kedah ni.peliss back to basic.

tempat latihan industri, serius gempak. HAHA. bodek no 1

masuk-masuk ke bangunan uh kan, perghh.. alot of abang ensem and akak chantek *bodek no 2. tak kurang hebat nya pakcik and makcik yang vogue gitu. sebab mereka ada kursus, tuh yang  ramai tak hengat tuh. bangunan ada lapan tingkat. pergi tanya kat pegawai situ :

" tuan, mana eh nak lapor diri?"
" oh adik kena pergi tingkat tujuh ni " 

okayy, dengan muka innocent pergilah tingkat tujuh, hati dah debar sakan kan. tanya orang kat tingkat tujuh :

"tuan, mana tempat saya boleh lapor diri?"
"eh, adik kena pergi tingkat satu ni"

sudah. nasib baik ada lif, kalau tangga macam hostel, konpom aku taknak pergi dah esok.HAHA. turun tingkat satu, tanya lagi

"tuan, unit ni mana? saya nak lapor diri ni"
"adek pergi tingkat lima eh?"

apa lagi, dah start pening. dorang ni tahu tak q ni budak praktikal? rupanya, dorang ingat q pegawai baru nak  masuk..haliaaaa..eh haila, sampai tingkat lima, ada jumpa sorang pegawai ni, dia lagi la terkejut. dia kata memang tingkat satu. tapi dia hold dulu sebab nak q masuk unit dia. tapi last-last, unit latihan amek q, heeeeee.maaf ye puan. nanti saya mintak unit latihan bagi saya pergi unit puan.*bajet hot gila la tuh

pastu, pergi jumpa tuan penyelia. wa cakap sama lu, sempoi gilaaaa. *bodek no 3.memang sepoting habes lah. q pon, waw.. tak sia-sia aku mintak sini la. dia bagi taklimat semua,bagi q bilik, pastu akk tuh ajak makan, pergi beli makanan, makan, borak-borak ngan akk tuh. lepak bilik, bos pulak ajak makan.makan lagi. pastu lepak bilik lagi, main game, godek sana sini. tengahhari makan lagi. pastu baru belajara macam-macam. btw, pegawai semua memang superb lah. tak sombong sebab pegawai ramai yang baru 20 30 lebih..and paling penting cuuuuuuuuuuun oh...tapi sayang, semua dah berkahwin,fullstop.HAHA.pukul 5:07 petang punch card pastu balik.seee, my first day training, macam heaven kan? pastu, mula lah terkial kial nak buat log macam mana. HAHA.
 muka eksaited dapat opis sendiri.gila jipang ah,HAHA

 muka kontrol penat dan macam mintak tamparan wanita. padahal menyorok dari abang securiforce yang dok gatal main hon hon.

p/s : abaikan muka jelita gedik di atas,HAHA.ape pedulik, blog aku.HAHA.*sah gila.
tapi apapon. its a good start.i hope.

ohya, nak share pic budak kecik yang tomei dan gemok dan dorang so osem gila. geram nak gomol-gomol dorang ni!^^

 sorry, sencored sikit .left : zafran. right : his sister, keyla

 tak ke rasa macam nak cubet-cubet budak gemok ni?so osem la u keyla.

 seriusss nak ada baby jugakkk bila tengok zafran ni.lelaki manis, cepat datang pinang i.HAHA.


and last weekend, baking some cake for mama. and the result? oh so uglyyy..but the taste? daebak.kata my sister in law lah.bukan nak perasan ke apa kan. dah orang puji sedap...


SELAMAT HARI IBU MAMA ^_________^

notakakisayayangcomel : offhanded : sorry to say if u dislike this entry or dislike my blog. this IS my blog so i do have the authorities to write anything in this. senang cerita la : eh, ini beloag aku bukan belog kau.HAHA.gila kasor q cakap.sorry

1.5.11

selamat hari ketuaan!

got simple and quick entry for two women dat i loved. wanna wish :

SELAMAT HARI LAHIR FOR MAMA, AND ACHIK.[ 06042011 and 30042011 ]

sorry for not being there and wished it by myself. got into this exam things like mama want : you have to success even though its tough for you, dear. dats for your future.




btw, ma..thanks for being by my side every single minute, since i was born till now. didn't have the suitable words to say how much i owe u, how much i love u..and how much i thank u for being such a superb mom for me. thanks ma coz bear  with my attitude all diz time. i promise u ma, i'll try to be the best daughter dat u ever have. even i know can't but i'll try my best ma.. love u so much ma..love abah too d*** much .. never knew what will happen to me if both of u leave me..=.='.


tang ni along je takdak..kalau tak cukup lah anak-anak perempuan pakcik tohid


acik, thanx for being the coolest sister. thanks coz understand my feeling. the teenage feeling. thanx for giving me support to continue my life. love u, love along and angah, love uda, anjang and man...love u all my family...u r the best thing ever happen in my life...thanx Allah .......

bukan semua mengejar cinta palsu

salam pembuka bicara.


lama dah rasa tak menulis, menaip dan merapu kat blog kesayangan. seriously kerinduan. si joyah pon dah naek bosan mengadap muka q yang tak semenggah sebab kebosanan tak boleh nak online so bantai tengok cerita sampai lebam-lebam mata dan jadi musang. =.='. kesian joyah. tak sampai sejam off q on balik sebab bosan. tak sedar diri ada lagi dua paper nak dijawab. ooooh OPERATIONAL RESEARCH and FRENCH. voila!. c'est tres superbe. seriously, got heavy headache for the last paper, REAL ANALYSIS. seriously, can't answer single questions for dat paper. =.=' and now, for the two last paper..pft....don't know what to say bout these subjects.

ekeceli nak crita benda lain ni. ^^. aish, melencong pulak. tulah,. gian sangat nak merapu hak sini.

duh. got some conversation with my lovely gula hati recently. weeet weeeeeeet. siapa? belum sampai seru kot nak cerita lelebih pasal beliau. cukup lah q kata beliau teman rapat q masa ni.one of the thing yang kitorang cerita is pasal darjat. pasal pangkat, pasal harta. q pelik lah, kenapa mesti ada pemikiran yang all girls in diz world pilih harta dan pangkat sebagai ukuran nak cari hubby? eloo, duh. bukan semua okayyy. kalau betul semua girl camtu, konpom guys yang miskin gila babeng outhere takkan ada pasangan. yang keja sebagai tukang sapu sampah takde wife, takde anak. pftttt. serious annoying gila dengan orang yang pemikiran macam tuh,

btw, q adala mintak pendapat memember sana sini, yelah. lain orang lain pandangan. and u know what? depa suma langsung tak kesah la kalau depa nanti one day dapat hubby yang tak setaraf pendidikan dengan dorang. sebab tak semestinya, kau takde degree, takde master tak boleh nak hidup. tak boleh nak kerja. sometimes, orang yang level education dia rendah pon lagi success hidup dari yang ada master or sowateva. then, tak semestinya bergaji besar, berkereta ferarri or berbanglo 5 tingkat mampu membeli sebuah kebahagiaan dan kasih sayang dalam hidup. mungkin cinta boleh dibeli dengan wang ringgit, but trust me. dat kind of love wouldnot give you happiness for the rest of ur life. really. and just TRUST me.

    sweet ^_^. macamm nak kawen je skarang. mama, carikkan calon untuk q !!

ada satu cerita nak kongsi. bout satu pasangan hubby n wife. si hubby ni cuma lepasan spm. and si wife ada lah dip kalau q tak silap. dorang kawen dah lama, bout 6 tahun jugak lah. tapi alhamdulillah still bahagia, disebabkan si wife ni gaji beliau besar, pada mulanya si hubby selalu sedih. terasa hati..yelah, beliau gaji sikit.. kerja pon, bukan keja govern. setakat jadi kuli je..tapi, si wife tak pernah nak ungkit pasal tuh. siap kata ' my money also urs , because im ur wife '..and sejak tuh, si hubby sangat-sangat bekerja keras sebab taknak buat diri rasa useless just because ada spm je..see. tak semua perempuan, wanita dalam dunia ni mengejar kekayaan, harta... dan jangan disebabkan itu, para lelaki..kamu memutuskan sesuatu perhubungan itu. cubalah berfikir panjang dan JANGAN memblind pig dalam membuat keputusan. ^^


 
WANITA, jangan lah mencari pasangan hanya melihat pada rupa, harta dan pangkat. tapi lihat lah pada agama, iman, kualiti yang ada pada pasangan, yang mampu membawa anda ke jalan yang diredhai Allah, yang mampu menasihati anda di saat anda terlalai,yang mampu menjadi imam, ketua keluarga bagi anda dan keluarga anda nanti. pilih lah mereka yang menyayangi anda seadanya. yang mampu menerima buruk dan baik anda sebaiknya.
gambar sekadar hiasan =.='

LELAKI, carilah pasangan anda mengikut ukuran yang empat : agamanya, keturunannya, akhlaknya, dan juga rupanya. jangan kau mencari hanya pada rupa, dan fizikal nya. kerana setelah kau melafazkan lafaz aku terima nikahnya, kau punya tanggungjawab yang besar terhadap beliau. jika beliau tak sempurna, kau bimbing lah dia dan jangan lah kau mengizinkan dia menjadi lebih teruk dari sebelumnya. jangan pula nanti, setelah kau memilih dia, dan kau sudah berumahtangga, kau mengabaikan ibu kau dan melebihkan dia. kerana sesungguhnya, syurga kau masih dibawah telapak kaki ibumu.. jadi, fikirlah sebaiknya keran Allah mengurniakan kau 9 akal.....
semoga Allah pertemukan q dengan seseorang yang boleh bimbing q kejalan Allah. aminnnnn

as usual : gambar dari GOOGLE ^.^

notakakisayayangcomel : errrr, entry tak ade arah tujuan maybe. sorry...got the guts to write but seem didnt have the idea,,,