si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label tips-tips.. Show all posts
Showing posts with label tips-tips.. Show all posts

21.3.11

jangan lagi?

semalam entry jangan. hari ni pon jangan. entah-entah esok lusa tulat kelat pon qiyu nak buat entry jangan. sudahnya semua orang jangan dengan kau baru nak gelabah. choi. pastu hidup kau mesti sunyi, hilang kasih dahagakan sayang, belaian mesra nak manja-manja. erk. bunyi macam desperado sangat ni. aish, ni gara-gara sekodeng belog cikRahim lah ni.haila.

oke straight back don't gay gay.

sekarang, nak kongsi benda yang qiyu belajar masa bengkel arituh dengan dr rem. aha. konpom beliau tengah batok tersedak sebab semua orang asyik cerita pasal beliau. femes dah doktor. pe lagi.kongsi la share syarikat tuh, dapat 90% pon jadi lah. qiyu tak mintak lebih.=.='*mood desperate depress sampai merapu melalut macam nak mintak pelempang.

p/s : nak kena guna kau aku. biar nampak stylo sikit. baru orang takut nak buat.haha

tujuh benda KAU jangan buat lepas makan. KAU jangan, aku boleh.haha

1. JANGAN merokok. eh, yang ni memang patut kau tak payah buat langsung. bukan lepas makan je. kau tahu tak bukan kau yang sakit nanti.memanglah kau kata sedap main sepam dua. orang sebelah yang sedut asap rokok tuh yang risiko tinggi.*emo. tapi kalau kau dah nak sangat merokok, jangan lepas makan. keterukkan dia 10x ganda dari kau hisap waktu biasa. =.='

cara gak macam ni. haha.

2. JANGAN makan buah-buahan. kalau kau nak makan, makan SEBELUM kau melantak. err, aku tak ingat kenapa tak boleh makan selepas makan. masa tuh aku tengah amaze dengan dr rem. tak silap aku, nabi pon makan buah sebelum makan berat-berat, *kalau salah betulkan eh. aku ingat-ingat lupa.

3. JANGAN minum air teh. tak kisahlah kau nak minum teh peng ke teh ais ke, eh bukan sama ke peng dengan ais? yang pasti jangan minum teh. sebab teh berasid. ya ada ASID. kau minum teh sama macam kau minum asid.haha. aku punya lah geram, dahla aku selalu minum teh peng bila makan. ishh, potong stim. cara nak tahu teh tu banyak asid ke tak. ce tengok warna serbuk teh tuh. kalau dia ada banyak warna gold-gold cenggitu, konpom banyak asid.tuh dr rem kata lah..bukan aku. dia kata paling bagus minum teh cina, takpun teh selangor sabah. sabah jugak dapat nama.oi orang selangor, tak reti nak buat teh sendiri?

4. JANGAN ketatkan belt. aku sebenarnya tak sure, either beliau kata ketat or loose. sebab dalam slide tulis loose tapi penerangan ketat. tapi aku rasa ketatkan. tapi paling senang tak payah menggedik pakai belt. yang perempuanlah. konon nak nampak pinggang ramping.eh, tak bagus tunjuk bentuk badan kat lelaki.dorang nafsu 9. nanti tak boleh kontrol, sapa susah. kau jugak. yang lelaki, jangan gedik tak pakai belt. kang luruh seluar tuh.sapa nak jawab.haaaaa. kalau ketatkan nanti makanan tersendat dalam perut.kau jugak susah.

tak payah gedik pakai macam ni padahal makan kat mapley.*padahal jeles.okbai

5. JANGAN mandi. ha. ni memang aku ngaku aku pon buat,tapi kan aku cakap, KAU yang jangan buat.aku boleh.haha. madi tak elok. nanti buat perut kau buncit. tapi paling penting,err adalah sangkut paut dengan suhu sejuk dan panas bertembung.yang ni pon aku tak dengar sangat.khusyuk sekodeng lelaki nerd.=.=' maaf

jangan buang tebiat macam ni. lucah. tak senonoh ayam-ayam nih.

6. JANGAN jalan lepas makan. memanglah nak bakar balik kalori yang kau lantak tuh. tapi agak-agak lah. takkan lepas makan kau nak terus jalan.mau tak keluar isi perut.[ pengalaman ada ni ]

7. JANGAN tidur . aha, aku..err, kekadang terbuat jugak. sebab makan lepas berlatih. badan dah penat sangat. haha. bagi alasan.

apsal lah qiyu emo semacam buat entry ini. oh, sebab semua terkena batang gigi balik. haha. lagipun lepas ni dah tak boleh bermanja dengan cik joyah macam sekarang ni. macam tau tau je qiyu selalu ada leisure time. sekali amek kau. datang segunung harapan assignment. choi.

picture : semua atas ihsan pakcik google =.='

notakakisayayangcomel : baru perasan entry semua panjang-panjang. niat nak tulis pendek je tapi ayat dia mesti jadi panjang jugak. patutlah takde orang datang tengok.=.=' gila ayat rupanya qiyu ni =.='


20.3.11

semua disebabkan nombor

semalam.eh tak.kelmarin. pergi berfoya-foya bengkel di IPG Batu Rakit oke macam sekolah sejibik tahulah maktab perguruan. bengkel untuk pelajar yang buat peraktikal masa cuti =.='. haila, mula-mula set mind oke bengkel konpom tak syok mengantuk terus tidur so harus bawak mp3. tapi akhirnya, sangat menarik oke sampai taknak bangun dari kerusi bila dia kata majlis bersurai. pergh penangan dr rem sungguh la kuat. ^.^

sebenarnya nak kongsi satu benda yang dr rem ni kongsi ngan kami. dr rem ni amek human psychology so memang beliau psycho sebab bila pegang tangan dan tengok muka orang beliau boleh detect macam-macam. alih-alih semua pakat sorok tangan tunduk kepala. bahaha

gambar-gambar berfoya berbengkel akan di uploadkan nanti.  sekarang nak kongsi sesuatu. agak-agak nak berbangga jugak jadi budak kira-kira sebab benda ni kira-kira


sila ambil pen dan kertas. kalkulator tak perlu, tapi kalau tambah pon fail, harus dan wajib guna kalkulator ^.6

1. pemimpin
2. lembut
3. kemas ( cerewet )
4. rajin
5. boleh berbincang
6. angin ( berubah-ubah )
7. patuh
8. bisnes
9. glamour

cara nak kira :

contoh tarikh lahir : 28 11 1990 ( oke saje bagi nanti nak tuntut hadiah besday haha )

kotak pertama : :

amek dan tambah dua no yang pertama
contoh : 28

2+8 = 10 = 1+0 = 1

maksud : 1 = pemimpin

kotak kedua : :

tambah semua no yang ada
contoh : 28 11 1990

2+8+1+1+1+9+9+0 = 31 = 3+1 = 4

maksud : 4 = rajin

kotak ketiga : :

tambah jumlah kotak pertama dan kedua
contoh : kotak pertama=1 dan kotak kedua=4


1+4 = 5

maksud : 5 = boleh berbincang

so, peribadi diri : pemimpin, rajin dan boleh berbincang

haha, yang kotak first dan second memang tak betul buat masa sekarang. tapi dr rem kata insyaAllah, dalam 25 tahun akan datang, boleh terjadi benda-benda begini. ^.^

notakakisayayangcomel : sila lah cuba pastu post kat komen korang dapat ape yerk ?

15.3.11

rahsia cik qiyu demorque

ada member tanya, apsal muka kau takde jerawat nyah? haha. dia rabun agaknya. tak nampak bekas jerawat yang sangat nampak dimuka kuh ini? jawapan :  eh nyah, tuh bekas, tahu tak BEKAS?

frankly speaking, muka qiyu ni dulu sangat banyak jerawat. SANGAT-SANGAT. ala, dulu dulu masa tengah nak jadi gadis dulu. amboi kau, bahasa nak cantik je. haha. sampai abah kata : eh, abah malu lah nak bawak kau keluar.jerawat banyak tak hengat. ha, see sampai abah sendiri malu nak bawak anak dia keluar. reason? sebab qiyu punya jerawat yang sangat banyak. bertempek tempek kat muka. masa tuh, macam macam lah qiyu pakai. sebelum tuh gatal tangan pakai fair n lovely, memang ah fair. tapi tak lovely.amek kau muka qiyu jadi nipis gila baban. then.try shurah. jadi muka berminyak. seawal umur 13, dah pandai bercucian muka.

penipis kulitku.ah.patutla boleh putih =.='

 penambah minyak kulit =.='

oleh kerana si akak yang kesian kan si adik muka macam kertas pasir yang paling kasor tuh, beliau pon berkongsian lah rahasia beliau yang sebelum ini berjerawat batu penuh dimuka tiba tiba jadi licin macam kulit baby. oh, rupanya jenama mustika ratu you. ha, nyah. mana main produk-produk antarabangsa ni. kita main jawa punya produk je.haha. but memang awesome. kulit mak ni nyah, jadi licin nyah. tinggal bekas jerawat yang tak nampak sangat. dan jugak naughty scar tuh,yang memang takkan hilang tuh except mak jadi kaya nyah buat laser gitu. =.='

 so comel. tak sangka da berubah wajah =.=' nampak sangat dah lame tak beli .

melangkah jadi dewasa, ah..dewasa lah sangat, gatal tangan tukar produk. haih muka ni memang jadi bahan ujikaji sungguh. tukar ke clean and clear. memang clear tapi tak clean. muka qiyu berminyak-minyak sampai bole perah tahu tak. patu cuba safi pulak. oke memang oke. tapi...tak selesa.. then sekarang, cuba pulak garnier =.=' da dua bulan lebih ni, tak jadi pape pon. makin hitam legam je.. nak beli mustika ratu balik..=.= tapi tak jumpa kat ganu ni..

 produk oke tapi tak mampu memutihkan muka hitam ni =.='

berminyak-minyak qiyu pakai =.='

pakai tang yang warna kuning. konon nak putih kan muka lah tuh. hampes.

papahal , kredit to pakcik google sebab bagi qiyu curik gegambar ini ^.^

notakakisayayangcomel :  eh rasa cam dah lari tajuk =.=' tapi puhlis...tolong belikan pencuci muka puteri dari mustika ratu untuk qiyu then pos.bole? haha demand lebih la kau

24.2.11

ce cube ce cube.

mood : bersiar-siar tengok blog-blog yg lagi superb dari blog qiyu.

tiba-tiba terhenti kat satu blog, enchek henry punya. fuh, go thru sampai ke post yang first skali. suke bace. sebab simple. then, suke baca satu entry ni,

camne nak tahu laptop kite tu jantan or betina. haha ~ serius hebat lah manusia sekarang boleh buat barangan berjantina

cara dia nak tahu laptop kita jantina apa :
 1)buka notepad, sudah?
 2) taip CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love YOU"
 3)save nama i love u.vbs
 4)save kat tempat yang senang, cth : dekstop
 5)click la icon tu then dengar!

jantina laptop qiyu merupakan sebijik betina. T_T patutlah kalau qiyu guna macam nak tak nak je. tapi kalau laki yang guna..fuhh, berfungsi abes. haha.

credit banyak kepada : enchek ensem henry zackery ^.^


notakakisayayangcomel : nak letak nama dia cek joyah de sanza la.haha ~ mix la kata kan.

1.1.11

dislike.tak suka.je n'aime pas!

salam.

entry pertama di zaman duapulohsebelas.
petang tadi setelah ketidaksedaran menghabiskan duit pinjaman beberapa ratus ringgit,
dan membeli beruk baru sebab yang lama dah di lelong semula.sobs~jangan jadi macam saya,berhutang sama celcom sampai dapat surat saman.heeeeeeeeeee.
dan tatkala suasana rumah bising dek letupan gunung berapi bunga berapi,saya baru dapat tahu macam mana nak add button dislike di fb.kuno sungguh saya.

bagi taknak membazir masa, lau nak ada dislike atau butang taksuka dekat mukabuku, ade link untuk install dia.


so, sekarang kalau terasa menyampah sangat dengan komen atau post kat mukabuku,korang tekan je butang TAKSUKA ni banyak2.biar padan muka dorang.haha.eh eh, tak baik,nanti kang kena kat diri sendiri.heeeeeee,



contoh dia.

so,have fun dislike apa yang korang rasa menyampah sangat.teheeeeee

Notakakisayayangcomel : tak jumpa lagi bende yang nak didislike.hurmmmmm



17.9.10

mak saya bilang......

yea,kembali bersama saya dalam segmen tip orang dolu-dolu.

disebabkan ramai sungguh yang demam,selsema,batok sewaktu musim perayaan ni,mak saya bagi saya sedikit tips.
cerita bermula bila anak sedare saya yang kecik sekali tu batuk dan selsema,semua orang dah cuak sebab dia ni asma teruk,so bila dia sakit.semua takut.bila dia tidur,mak saya suruh akak ipar saya a.k.a mak si kecik tu letak something warna putih-putih kat leher sampai dada kecik.

saya tanya la,apa benda,mak saya cakap,orang zaman-zaman dulu xde klinik,jadi dia buat ubat sendiri.[hebat tuh].

untuk batuk :
jus limau kasturi/nipis campur sikit ngan kapor.sapu dekat area leher sampai dada

 *konfirm mati kalau batuk keluar semua ni.haha

untuk selsema : 
kunyit hidup campur kapor.sapu dekat area hidung
*tuan nya sakit,bear pon ikut sakit,apala~


insyaAllah,dapat lah kurang kan sedikit. tryla and bagi komen kalau dah try oke?

notakakisayayangcomel : musim perayaan ramai yang sakit,so raya = sakit.haha.merapu.

15.6.10

ciri-ciri lelaki (guys xnak bace pon xpe)

sebentar tadi,semasa membuka mukabuku.saya berchatting sama kawan lama.F,cewah.*soe yunk,kena letak huruf awal name ko je.t bocor rahsie.dia bertanya pada saya,"lau kau ade bf,n member bf kau tanya dia,da ade gf,n bf kau jawab ntah,ape kau buat?"aish,satu persoalan yang agak susah.jap,sy tanya darl dulu.he~so,saya xtaw nak jawab ape sebab darl xpernah plak jawab ntah.nway,saya jawab la kat kawan saya,suh dia sepak bf dia 2.hampeh.supp0se lau dia da berani ajak anak dara org berchentan-chenton,dia kena berani gitau everyone yang tanya dia bahawa dia da punya seorang kekaseh!~ish,i dun like diz type of pe0ple la.kire lelaki xde komitmen.haila~so,saya pon terdetik la dalam ati nak cari jawapan jugak,*mana tau,darl tetiba buat hal.aish.babab dia.so,fer F,maybe ape yang saya tulis,err actually cari kat tempat laen, sebab takot salah bagi jawapan,n hope diz entry bole bagi jawapan kat kam0,n also kat semua gurl yang bace blog nie.pada kaum ADAM,sile jangan marah oke?.cume nak share sahaje.


>LELAKI TAKUT KOMITMEN

oke.si kekaseh F td ade dalam type lelaki ini.sebab dia xsure dengan ape yang dia buad.xmampu nak mengatakan dia da punya kekaseh.xkesahla dia baru je ke or da lame bercinta,dia anggap hubungan itu xserius or x ada hubungan langsung.maybe,hari ni dia akan cakap,i love u la tapi mungkin minggu depan nya,dia akan buat2 dia xpernah ucapkan ayat tersebut.biasanya lelaki macam ini utamakan kerjaya,lebih sosial.n ofk0s la banyak rakan2.so,kesimpulannya,jangan harap n percaye kat lelaki macam ni.sebab dia ni sebenarnya xbersedia lagi nak bercinta or ada hubungan yang lagi serius.kalau bf anda ada ciri2 diatas,sila hati2.


>LELAKI RASIONAL 
lelaki jenis nie biasanya seorang yang komited,n selalu serius.susah nak tengok lelaki macam ni buat lawak.*confirm xtengok RAJA LAWAK.he~beside,mereka akan pendam semua.tetapi,sebenarnya lelaki jenis ini seorang yang positif,dan bole diharap,so,bagi gurls kat luar sana,jangan risau kalau boy anda punya sikap yang sedemikian.sebab bagi mereka,keluarga adalah yang pertama.

>LELAKI KONSERVATIF

oke,lelaki jenis ni pulak biasanya sederhana orangnya,tetapi mereka suka memerintah.*beware,nampak je lelaki yang kaki perintah,mereka masuk kategori ni la.n lebih takut lagi,mereka ni ego dia tinggi macam KLCC.tapi,apa yang bestnya,mereka bijak mengatur perbelanjaan,*bertuah la sape2 yang boros 2.ada yang jadi consultant.ho~as a conclusion,lelaki dari jenis ni patut dipilih sebab mereka matang,n mampu jadi ketua yang baik.but mostly mereka akan cari pasangan yang bole beri ketenangan.kira bukan main pilih awek je mereka ni.haish~

>LELAKI HIPOKRIT 
nama pon hipokrit or talam dua belas muka.*sori,hiperbola.he~biasanya,mereka ni ego.n always jadi selfish.everything mesti pikir diri sendiri je.n mereka ni suke ambil kesempatan.so,BEWARE!xpayah la teruskan hubungan 2 kalau lelaki 2 ada ciri2 di atas.buat sakit hati.sebab dia suke menipu.


>LELAKI ANTI PEREMPUAN

ciri2 utama mereka.SUKA KRITIK PEREMPUAN.ape je yang perempuan buat.semua nak dikritiknya.mereka juga suka kumpul benda2.selalunya,mereka XSUKA KANAK2.and sangat2 la hati2 lau bf anda sebegini,sebab mereka cuma nak pergunakan perempuan untuk tujuan tertentu n akan cari perempuan yang bole taat dengan mereka.


>LELAKI PLAYBOY

xperlu dicakap.biasa nya lelaki macam ni seorang yang ada 'pakej'.senang nak buat perempuan tertarik.TOLONG jangan terpedaya.sebab mereka suka bermulut manis or a sweetalker person.sila jangan buat bf lelaki jenis ini.nanti merana


>LELAKI BERWAWASAN
biasanya pendiam n mereka selalu ada idea yang rasional n logik.PERFECTIONIST.bagi mereka everything mesti sempurna.mereka punya pandangan n cita2 serta impian untuk masa depan. lelaki yang wajar dicari untuk dibuat pasangan.even mereka biasanya mencari perempuan yang berdikari,tapi mereka bukan lelaki yang serahkan semua kepada mereka.mereka masih tahu tanggungjawab sendiri.


so,pandai2 buad pilihan.tepuk dada tanya diri.yang mana pilihan hati.

notakakisayayangcomel : maaf entry yang pjg.biasela lau sbb kaum adam.kena pjg2 entry nye.hoho~n