si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label me.merepek. Show all posts
Showing posts with label me.merepek. Show all posts

28.4.12

semua berbeza

salam

simple and short update, hari ini penat jadi assistant cik shue, jadi mak andam, jadi tukang ambil gambar. frankly said, i am tired. shushh.

suka,minat,sayang dan cinta


empat perkataan berbeza, dan punya maksud yang berbeda juga. siapa boleh beritahu yang keempat-empat perkataan ini sama maksudnya? kalau ada, meh aku belanja coolblog. 

menyukai seseorang, tidak bermakna meminati beliau. meminati seseorang itu tidak bererti kau punya rasa sayang. apabila kau menyayangi beliau, tidak menjanjikan bahawa kau juga cinta kepadanya.


p/s : aku tak tahu apa aku tulis. ni bukan aku. ahhhhhhh.


till then








30.12.11

mak aku kata

salam.
maghrib maghrib ni buat aku rindu mak aku.  yela selalu dekat rumah time-time cenggini aku bermanja dengan mak aku. T_T. *oh cepatlah habis exam.

mak aku banyak sangat kata especially pasal fizikal aku. yela, aku sejak 2 3 tahun kebelakangan ni makin memboolaat dan meng tanned kan diri.

kata mak aku 1 
aku : mak, orang pinjam duit beli safi rania.
dua bulan lepas tuh,
mak : taknampak pon muka kau jadi putih dan tegang macam rozita che' wan tuh. rasa kulit muka mak lagi tegang.
aku(dalam hati) : mentang mentang minum collagen =.='

kata mak aku 2
mak : dah-dah lahtu guna safi, tak putih pon
aku : dah tukar dah, ni ha, guna garnier.*sambil tunjuk garnier kat mak aku
mak : kita tengok jelah kau putih tak macam lisa surihani makwe yusri tu
aku : =.=' tak supporting betul mak ni.

kata mak aku 3
aku : mak, jap nak amek teh hijau ni, orang kata boleh buat kurus. nak try lah
mak : dulu kau minum gak teh jamu mustika tu. tak jadi apa pon. tengok kau makin gemok adelah.
aku : =.='''

kata mak aku 4
aku : mak, agak-agak kalau orang beli losyen herba tuh jadi tak?*sambil muncung mulut kat tv
mak : harap lahhh.*sambil senyum
aku : kbai mak, majuk.

ada jugak sekali mak aku puji sebab dulu masa sekolah menengah muka aku penuh jerawat macam kertas pasir yang jenis kasar tuh. achik aku lah offer pakai mustika ratu yang puteri tuh, memang hilang habis lah jerawat aku. ^.^. tapi sayang. sekarang susah wooo nak carik

motip? entah. jangan terpedaya dengan iklan maybee.

kbai




17.12.11

bermula





its just a start.




p/s : mcm  )(*&^%$# kalau baca kan??

till then .

10.12.11

setia

biarlah aku namakan si gadis,Anna dan si jejaka, Boy. kisah ini kisah duka lara yang mungkin terjadi pada yang masih hidup, dan mungkin juga yang telah pergi.

kisah bermula 5 tahun yang lepas, saat A masih lagi bersama Cip, insan pertama dalam hidupnya yang bergelar kekasih. mereka bahagia, tapi mungkin kerana A masih lagi remaja, hingusan orang kata, bertengkar dah menjadi lumrah perhubungan mereka. hingga tiba satu ketika, Anna terima satu pesanan dari nombor Cip, ditulis oleh Boy, kawan rapat Cip

"maaf, Cip sudah tiada, dia kena langgar lari pagi tadi. saya harap awak dapat terima keadaan ini"

sumber sini
he's gone, for real?. Anna menangis tanpa henti. dirasa separuh jiwanya pergi, cinta matinya, cinta hatinya pergi dalam sekelip mata. berhari hari lamanya, dan mungkin kerana kasihan melihat Anna, Boy memberi dia semangat. dirasanya Anna masih lagi muda, masih punya masa depan yang cerah. lagipula A hendak menghadapi SPM hujung tahun tu.

tanpa disedari, Boy jatuh hati pada Anna. Anna juga, dia merasakan Boy pemberi semangat. hanya Boy sahaja yang memahami perasaan dia. kerana seperti dia, Boy juga hilang sahabat karibnya. mungkin Boy dah merasakan cukup kuat hatinya, dia bertanya pada Anna,

" Anna, will you be my girl?"

Anna tersenyum, tanda menerima. semenjak hari itu, mereka pasangan bahagia.

sumber sini
sepanjang dua tahun perhubungan, Anna terlibat dengan hubungan skandal. dia merasa bosan dengan Boy yang bersikap acuh tak acuh dengan dia. Anna berfikir yang dia sudah membuat pengorbanan dengan menyambung pelajaran di negeri tempat Boy tinggal, tetapi Boy tidak hargai. oleh sebab itu, Anna mula bermain kasih. dia flirt dengan lelaki lain. namun, tanpa disedari Anna, Boy mengetahui perlakuan Anna.

"Anna, nombor siapa ni 012.....?"
"mana awak tahu ni Boy?" 

Boy hanya tersenyum. luka hatinya, tapi kerana sayang, dia lupakan sahaja perbuatan Anna. tetapi Anna, kerana darah mudanya terus terjebak dengan hubungan skandalnya. hingga Anna melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA, Anna mula berasa serba salah dengan perilakunya.

"Boy, maafkan saya. tapi saya tak nak awak terus terluka. lupakan lah saya"

Boy tahu ini akan terjadi. namun Boy pasrah. Anna mungkin merasa ini keputusan terbaik buat mereka. dalam masa itu, Anna mula berkawan dengan Dean. lama kelamaan, Dean meluahkan perasaan kepada Anna. dan Anna terus menerima. bersama Dean, Anna bahagia dan memberi sepenuh rasa sayang kepada Dean. bagi Dean, Anna cinta pertamanya.

hari demi hari, Anna semakin gembira dengan Dean. gembira? mungkin..Dean seorang yang lain. dia lelaki unik. acapkali Anna cuba membuat Dean cemburu, tetapi Dean cool sahaja.

" Dean, i wanna hang out with my friends, and there's guys with them"
" just go, kawan je kan. bukan awk nk ngorat pon "

kadangkala Anna menangis mengenangkan sikap Dean yang tidak pernah rasa cemburu tersebut. bukan dia tak bersyukur, tapi bukankah cemburu tandanya sayang? adakah Dean tak sayangkan dia? dalam waktu yang sama, Boy seringkali hadir menemani malam malam nya. walaupun hanya sekadar panggilan tanya khabar, ia tetap buat Anna rasa annoying.

bagi Boy, dia tahu Anna sedang bahagia. tapi dia juga tahu, Anna adalah jodohnya. sebab itu, dia tak putus asa untuk menghubungi Anna.

setelah hampir dua tahun, Dean mula buat perangai kerapkali dia menghilangkan diri andai ada yang membuatkan dia terluka. Anna seperti hilang arah kehilangan Dean. membuatkan dia berkeputusan utuk pergi dari hidup Dean. terluka, sehingga keputusan peperiksaan Anna menjunam jatuh, dan membuatkan ibu bapanya terkejut.

di kala itu, Anna teringat pada Boy. tetapi sayang, Anna dah memperkenalkan Boy pada kawannya. hanya mampu melihat kebahagiaan Boy dengan rakannya itu.

"Anna, awak masih sayangkan saya?"

pertanyaan dari Boy membuatkan Anna terkejut dan tergamam.

"tak, awak milik perempuan lain"

Anna menjawab sambil airmatanya mengalir..hatinya meminta dia menipu, tidak sanggup merosakkan hubungan yang mana dia memulakannya dahulu. Boy tersenyum, dia tahu Anna masih menyayanginya. dan sejak dari hari tu, Boy tanpa jemu menghantarkan pesanan pada Anna. Anna yang masih lagi rasa bersalah kerana meninggalkan Boy dahulu, hanya diam seribu bahasa. bermacam cara dia lakukan supaya Boy membencinya, tetapi tak berjaya. hingga suatu hari,

"kenapa Anna malam malam ni call saya?"
"Boy, izinkan saya untuk setia."

sumber sini

Boy tersenyum, bibirnya terluah kata syukur.


p/s : sorry kalau ayat ntah pape ntah. tetiba otak gila nak buat cerita.

20.11.11

buang tabiat #1

salam.

dah lama gua tak menulis. bukan sebab sibuk, *bukti gua aktif kat twitjer dengan faceback. 
tapi gua malas. ada idea je, mesti time tuh kat jamban toilet ke, takpun away dari laptop. then, bila nak taip. mesti dah hilang idea and banyak dah draft, tapi semua terbengkalai.*terbaik kan gua.patutlah takde orang datang jenguk blog ni.hmphh hmphh.

sedar tak sedar, gua dah nak cecah umur 12 21. semakin dekat dengan kematian. bak kata orang, bukan setahun lagi tua, tapi setahun lagi baik. 
sumber : goggle bebeh

sejak dari kecil, *yang mana gua ingatlah, gua tak pernah sambut besday ni. sebab kalau tak bulan puasa, mesti  orang tak ingat. tapi selalunya orang tak ingatlah. biasalah, gua family besar. kehkeh. gua pun tak ingat besday akak abang gua.. tapi korang mesti sambut kan? untunglahh. 

tapi, gua tak kisah. first hadiah gua rasa gua dapat bila along gua bagi gua tedi bear, made in london you. sila jeles. haha. pastu, semua barang gua made in london.yela, gua kan bongsu. untunglahh gua kan? 
tapi gua ni jenis tak sayang barang, masa dulu lah. ada ke patut, jam baru pakai dua tiga kali gua bagi masuk lobang jamban.haru betul dapat adik macam gua.

tapi sejak tuh, gua macam malas nak announce satu dunia besday gua hari itu. tapi, gua terpaksa cakap jugak kat mak gua masa nak buat IC 

" mak, jom buat IC orang esok?"
" la, pesal esok? lain kali lah"
" mak, esok besday orang"
"yeke"

gua macam sedih, tapi nak buat cane, masa tuh besday mak pak gua pon gua tak ingat. haha. tapi sekarang, siap hafal okay IC depa. see, anak mithali kan i ni kan?? korang hado?
adalah jugak achik gua bagi mesej malam besday, tak ke sengal kakak gua tuh., padahal dia dalam bilik, gua kat luar tuh je. tapi gua tak kisah semua tuh, gua tahu akak abang mak pak gua memang sayang gua. kalau tak, tak de beribu duit dorang habis demi gua yang boros ni. korang hado?

gua rasa gua stop sini la. konfirm korang bosan bace blog gua. semua entry pepanjang. sumpah. gua tak reti tulis entry pendek. serius.

sumber : sini.
oh ya, jom tengok ramai-ramai Malaysia lawan Indonesia Isnin ni pukul 8 p.m. majulah sukan untuk negara, you guys rock bebeh!!!!!*nak tengok kat screen besar. jangan tanya kenapa gua eksaited tetiba sokong bola, padahal selama ni pandang sebelah mata kalau ada bola live kat tv. gua memang semangat sukan. bekas atlet lah katakann. BEKAS.

jom orang terengganu, kita tengok kat mapleyy. takpun dataran shahbandar.kehkeh


p/s: motif gua tulis benda ni? sebab, err. gua takde idea.okbai.

till then, 
salam.


22.9.11

sambung belajar

assalam.
currently sangat tercungap cungap nak catch up dengan rutin seharian.
masa kat rumah, kau nak guling guling dari pas subuh sampai petang, takde nak marah.
tapi sekarang, kena bangun pagi. siap-siap just untuk SATU kelas sahaja. sebab aku dah tahu n akhir. yup.akhir. tapi buat perangai macam baru masuk jadi mahasiswa.silap, siswi.

sekarang, even dah lengang dengan kelas. full dengan aktiviti lain. bukan tidur okayy,
tapi FYP. dan tahun akhir ni lah, aku baru nak terhegeh hegeh join aktiviti sana sinun,
jangan tak percaya, aku VOLUNTEER jadi pengarah program.haha. serius. ^.6

tapi bila lagi aku nak sedar diri, nak involved dengan benda benda yang dah biasa buat masa LI. kan?

ntahpape aku repek. kbai.


17.8.11

random

assalam.

errr, first of all, aku nak tulis sini yang aku mungkir janji. yelah, kata tak nak update blog sebab nak siapkan assignment lah, reportlah.tapi ntah, aku rasa macam banyak benda happen and aku tak tahu nak cerita kat siapa. kat blog ni jela tempat aku merapu, mengadu, mengkutuk, mempuji bagai. yelah, ni jela boipren aku sekarang. nak cerita kat kawan-kawan, aku ni kan pemalu..ye dakk? sape yang pernah jumpa aku tahu lah aku ni pemalu.kahkah.

tengok, aku ni kan. selalu FAILED kalau suruh buat entry pendek. ntah apa aku merapu pon tak tahu. patut la aku tak ramai follower. kan. even blog ni dah nak masuk dua tahun bulan sembilan ni * aku newbie lagi ni. follower baru sepuluh dua. yelah, aku ni tak pandai menulis. bergossip jauh sekali. kan aku cakap aku pemalu..*xde kena mengena.aku rasa macam entry sentap je aku tulis ni,haha

ada orang tanya, kenapa aku tak tulis benda hot yang happen sejak dua menjak ni. confirm ramai follower kau. aku bukan taknak tulis,masalahnya aku sekarang macam katak bawah besen tahu, aku masa cuti ni duduk rumah je. serius aku cakap. aku tak tahu yang ada player bola terkenal putus tunang, aku tak tahu pelawak yang dulu bercinta dengan artis yang dah pakai tudung sekarang bakal kahwin dengan bekas pramugari, dan macam macam lagi lah. errrrr, okbai.

sebab aku takut apa aku tulis aku aibkan orang dan buat tambah dosa aku. kalau tiba tiba apa yang aku cerita itu satu fitnah, makin berat bahu sebelah kiri aku. kan kan? aku lebih suka tulis apa yang aku dah lalui, takpon orang sekeliling aku alami, which mean apa aku tahu benda itu betul. dan, kalau aku dah tulis pasal orang orang glemer kan, mesti konfirm aku nak selit gambar gambar. tambah dosa lagi. errrrr, tahu ada je entry aku letak yang boleh tambah dosa, tapi tak banyak lah kan. kira kalau boleh aku nak minimise kan.er, paham kan apa aku nak cakap?


k la, aku rasa aku cam makin merapu, so aku nak stop. lagipun aku rasa ni entry luahan hati aku je.tak berkaitan dengan mana mana individu, organisasi ataupun negara. peace no war. * jangan saman aku, aku budak budak lagi

till then, assalam. =)





14.8.11

part tajuk memang tak reti reka

assalam.

tak kan menaip buat masa terdekat.
kekangan kerja dan assignment yang satu itu memang nak buat aku gila.
so, pada yang baca blog aku senyap-senyap dan terang-terang tuh, jangan rindu aku okay?

haha, bajet gila aku ni.

serius. kalau tak kena tambah setahun lagi. taknak lah nanti ruin jadual masa depan aku.

sambal belacan mangga : ubat terbaik sapa yang sembelit. haha

till then, assalam

notakakisayayangcomel : selamat berpuasa ^.^ *rasa annoying tak post aku ni?

2.8.11

sweetheart[s]

assalam.

nampak tajuk tak korang? nak tengok sweetheart aku tak?















silap, haha. bukan bukan. ni cuma teman. * mapuh aku awek ye marah

 kejap, kejap. yang kat bawah ni baru betul..


ensem a.k.a muhammad zafran irham dan his big sis donat
a.k.a nur 'aqilah khairina.

si ensem yang comot.

budak dua orang atas ni, anak jiran, disebabkan mak kebosanan kat rumah, beliau dengan rela hati nak menjaga mereka berdua ni. adalah juga teman mak dikala si anak belajar jauh di perantauan. ha, la ni aku cuti 4 bulan, puas aku gomol si zafran.dengan bau minyak telon tuh, suka gila aku. si akak aku malas gomol, suka sangat cari gaduh. biasalah, semua orang dok sayang adik dia termasuk aku. haha. kenapa panggil si aqilah tu donat? sebab parents dia bukak syarikat jual donat,*dulu aku keja sini lah. pastu ari ari dia makan donat je keje nya. tu yang gemok cam donat.haha. kejam pulak aku rasa. lagipun aku suka budak bawah setahun je. haha. camne la gamaknya aku ada anak nanti, pas setahun aku suh husband aku jaga, boleh?



si comel a.k.a muhammad nur azzuri

ha, yang ni baru lah anak buah aku yang last, no 12. no 13 dan no 14 in the making. HAHA. ujung tahun kot due date. azzuri ni anak angah. dia ada dua abang dengan sorang kakak. tapi aku tak berkenan, semua dah besar panjang. beza umur abang dia ngan dia 9 tahun kalau tak silap aku. dia ni. fuhhh. ringan kemain, sebab aku dah biasa bina otot angkat si ensem kat atas tuh. 


ni mama dia, angah aku latuh.

bam bam oiii.

 kesimpulan, aku ni muka ganas tapi still ada sifat keibuan. aku jadi babysitter terjun cuti ni.

motif entry? ntah, sebab aku suka nak tepek gambar gegula hati aku kat sini. coz they are too adorable. tak paham hati orang zaman sekarang yang sanggup buang baby, campak dalam longkang, dalam tongsampah. tolonglah, muka inesen cam aku dorang ni sanggup ke korang nak buang? aku tak sanggup oi.. orang lain punya lah susah nak dapatkan anak even dah berbelas tahun kahwin. diorang yang dah dapat, sanggup buang. at least, tinggalkan lah depan rumah orang. kalau tak nak anak, tak payah buat anak - mak aku kata -


till then, assalam.

notakakisayayangcomel : donat kacau. japp, nak kejar dia.



7.6.11

strangers

most of the tyme in life, strangers feel like family, while family feel like a strangers
hlovate : rooftop rant.

this is about S, about her hectic life. siapa kata bongsu itu indah, terakhir itu bahagia? tidak bagi S. mungkin, waktu kecilnya seperti yang diidamkan oleh setiap kanak-kanak. MUNGKIN. mindanya bukan boleh sangat mengingati perkara yang lepas, kisah kecilnya yang ingin dilupus dari recycle bin otaknya. bukan dia tak bersyukur lahir sempurna tanpa cacat cela, tetapi, liku hidupnya yang sangat lah 'sempurna' membuat dia menjadi seperti gadis-gadis yang berpeleseran. tapi pelesarannya secara senyap, bukan secara terbuka. tidak ke pub atau kelab malam. tidak jugak ke lorong lorong menolak dinding mecari rezeki.TIDAK.

S cuma inginkan perhatian, yeah, seperti Trish dalam Rooftop Rant. walau dia punya sibling yang ramai, tetapi dia rasa seperti anak tunggal. semuanya bermula bila seorang demi seorang menjalankan tanggungjawab mereka membina masjid untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. dia gembira. tapi tak lama. kesibukan menguruskan keluarga baru membuat mereka lupa peranan sebagai yang tua. lupa mereka masih punya adik yang inginkan perhatian. mereka lagi rela biarkan adik mereka itu keluar berseorangan. lebih rela adik mereka itu bekerja sendirian.tanpa bantuan. lebih rela adik mereka seperti katak bawah besen. mereka lupa sebenarnya mereka juga pernah muda, pernah remaja.mungkin, mereka nyanyuk.mungkin.

S seorang yang cemerlang. dahulu. kerana pada fikirannya, dia lah harapan terakhir keluarga. kerana dia tak mahu dibandingkan dengan mereka yang tua. yang berjaya. dia fikir dia berjaya. dia bawa nama keluarga. jika tak berjaya, busuklah nama keluarga, hancurlah harapan mereka. sewaktu dizaman kecemerlangan, dia dipuji. hanya sebentar. kemudian dilupakan. setelah menginjak dewasa, semakin merosot.bukan apa, dia terlalu banyak yang difikirkan. dikeji, diejek. kata mereka " kau bodoh, senang begini pon kau tak berjaya". sedih hati tak siapa tahu, terluka? sudah semestinya. setelah apa yang dia dah lakukan, berhempas pulas, reward dia?NULL.

dalam hidup S, dia cuma sayangkan ibunya. bukan tak sayang ayah, dia sayang. cuma ibunya yang lebih memahaminya. benarlah kata orang, hanya ibu yang benar-benar memahami hati anaknya. semua yang dilakukannya sekarang, demi ibunya. belajar juga demi ibunya. kalau bukan sebab ibunya, dah lama S melangkah keluar dari keluarga itu. bukan tak sayang, cuma dia rasa dia perlukan ketenangan. setiap kali dia memikirkan hal itu, dia terpandang wajah ibunya. hasrat nya terbatal. biarlah hati nya terluka dari melihat tangisan ibunya. biarlah dia terseksa, asalkan ibunya ada di sisi. 

selain ibunya, S punya kawan. yang istimewa. biarlah di gelar Jade. dia lah stranger. jika yang tua tidak mempedulikan S, S masih ada Jade. Jade yang sanggup menemani dia kerana tak mahu S keseorangn.katanya " bahaya, awak perempuan". sedangkan seorang stranger boleh berfikiran sebegitu. mengapa tidak yang punya talian darah yang sama?. S gembira punya Jade sebagai kawan. disaat S keliru, sedih dan sebagainya, Jade ada untuk memberi telinga untuk mendengar, bahu untuk menangis. ya, dia stranger. tetapi, Jade adalah keluarga. begitu jugak kawan-kawan S yang lain. bersama mereka S jadi dirinya yang sebenar. tanpa selindung. tetapi bersama family, dia menopengkan semua. berpura. dia adalah S yang berbeza.kerna pada dirinya, family is a stranger. FULLSTOP.

notakakisayayangcomel : hargai orang yang disayang. yang punya pertalian sebelum mereka pergi....

14.5.11

kalau dah nak sangat a.k.a sangap, sanggup buat apa sahaja

nak tahu tak, sangat beruntung bila ada di kalangan orang dewasa sebenarnya, bila kita dapat gosip nasihat, pengajaran dan tauladan. dan bila dengar kisah-kisah yang mereka cerita, sangat takooooooooooot. takut nak masuk alam dewasa padahal umur memang dah jangkau dewasa. pfttttt. *apekes kau guna ayat skema?

ekceli, nak kongsi satu benda la. pasal LELAKI. perempuan pon kadang-kadang ada buat. tapi mostly dengar cerita pasal lelaki lah sebab lelaki kan kalau dah sangap gila bayang semua dia nak buat. ha, pasal gila bayang lah ni. nak dijadikan cerita, adalah akak ni, dia outstesen la kat satu negeri kat Mesia ni, tiga bulan. *negeri ni memang diketahui lah ada banyak kes yang serupanya. and akak ni konpom lah da ada bf merangkap tunang dan nak kahwen pon.*senang cakap TUNANG lah. sebab akak ni fulamakk, comey lote gila. tetibe, dia balik masuk keja tempat dia balik, terus dia kata taknak kawen ngan tuang dia ni. sebab ada sorang LELAKI ni, dia dah tangkap cintan sama itu lelaki, lelaki tuh, dok ayat apa pon q tak tahu lah kan, tapi yang pasti lelaki tu cakap la sayang akak tuh semua la.besa lah lelaki nak gula perempuan, ayat dia lagi manis dari tahi itik yang kuih tuh.

sampai laki tuh nak kahwen, akak tu siap cakap., nak stopkan majilis kahwen laki tu ke tak. and lelaki tuh cakapla takkan sentuh bini dia sebab sayang akak tuh,. eley,, lelaki kalau dah ada yang HALAL depan mata, gila lah kalau tak amek je.sedangkan yang HARAM pon dia sapu.kan? hakikat lah. sampai ke hari ni, akak tuh memang macam dah angau sama lelaki tuh..sampai dia kata macam takde perasaan kat tunang dia bagai..kecian akak tuh.. serius, apa lah yang lelaki  tuh buat eh? kalau nak kat akak tuh, takpayahla kahwen ngan perempuan lain. ni tak, laki tuh kata, tak boleh nak kata tak nak.dey, ang laki tau tak, ang boleh tak setuju kalau taknak kahwen. tak jantan lah bro. =.=' ni tak, kau dah buat anak orang gila bayang kat kau, kau macam haram je kahwen dengan perempuan lain. taim  kau nak kat akak tuh, kau buat amcam-macam.aigoo.apa jenis manusia lah. harap-harap tak jadi lah kat q..aminn.

tadi pagi baca metro, takut gila baca berita yang pasal pemandu lori kena simbah asid, sebab CINTA je.aish...yang lagi tak boleh belah, yang pasal serangan asid tak semena-mena kat orang ramai. gila ke apa? kau ingat simbah asid tuh macam main simbah-simbah air taim kau pergi air terjun dengan family? apa motif? bak kata cik taufan lah kan,  maybe penyimbah asid tu tak ensem macam dia.so, full of jealousy. ish ish.dunia dunia. =.='

p/s : tak semua lelaki macam tuh. q tahu, jade sebagai contoh. and ada jugak perempuan yang buat kerja tak senonoh nak dapatkan lelaki.

notakakisayayangcomel : ude q terus takut nak pergi kerja sebab takut kena simbah asid sebab dia kata dia ENSEM.pftt,no komenlah bro.

10.5.11

the very first

tajuk tak boleh belah nak omputeh je, mentang mentang tok nenek kau orang perancis mix england, speaking nak berhabuk padahal tak sedar diri asal pulau jawa sana and pure javanese, puhlissssss la.

sejak dapat dapat balik bb dengan bagi alasan nak kena buat report peraktikal kat ma, laju je jari nak menaip hatta takdak idea sekalipon sebab tangan gatal macam ulat bulu naik daun, eh, naik daun kan? takkan naik streamroll lak.*ceit apa kau merepek ni.

nak dipendekkan cerita sebab mata dah dok iyer-iyer suruh tidur sebab dah tak sabar nak pergi KDRMS esok nak tengok pakcik abang kastam yang tak ensem tapi cukup sejuk mata memandang sebab memang kat tempat tuh ada ekon, cek nak habaq mai la kat angpa semua apa jadi kat ceq masuk lapoq diri kat KDRMS ni .* ang ni pasai pa melalut cakap loghat kedah ni.peliss back to basic.

tempat latihan industri, serius gempak. HAHA. bodek no 1

masuk-masuk ke bangunan uh kan, perghh.. alot of abang ensem and akak chantek *bodek no 2. tak kurang hebat nya pakcik and makcik yang vogue gitu. sebab mereka ada kursus, tuh yang  ramai tak hengat tuh. bangunan ada lapan tingkat. pergi tanya kat pegawai situ :

" tuan, mana eh nak lapor diri?"
" oh adik kena pergi tingkat tujuh ni " 

okayy, dengan muka innocent pergilah tingkat tujuh, hati dah debar sakan kan. tanya orang kat tingkat tujuh :

"tuan, mana tempat saya boleh lapor diri?"
"eh, adik kena pergi tingkat satu ni"

sudah. nasib baik ada lif, kalau tangga macam hostel, konpom aku taknak pergi dah esok.HAHA. turun tingkat satu, tanya lagi

"tuan, unit ni mana? saya nak lapor diri ni"
"adek pergi tingkat lima eh?"

apa lagi, dah start pening. dorang ni tahu tak q ni budak praktikal? rupanya, dorang ingat q pegawai baru nak  masuk..haliaaaa..eh haila, sampai tingkat lima, ada jumpa sorang pegawai ni, dia lagi la terkejut. dia kata memang tingkat satu. tapi dia hold dulu sebab nak q masuk unit dia. tapi last-last, unit latihan amek q, heeeeee.maaf ye puan. nanti saya mintak unit latihan bagi saya pergi unit puan.*bajet hot gila la tuh

pastu, pergi jumpa tuan penyelia. wa cakap sama lu, sempoi gilaaaa. *bodek no 3.memang sepoting habes lah. q pon, waw.. tak sia-sia aku mintak sini la. dia bagi taklimat semua,bagi q bilik, pastu akk tuh ajak makan, pergi beli makanan, makan, borak-borak ngan akk tuh. lepak bilik, bos pulak ajak makan.makan lagi. pastu lepak bilik lagi, main game, godek sana sini. tengahhari makan lagi. pastu baru belajara macam-macam. btw, pegawai semua memang superb lah. tak sombong sebab pegawai ramai yang baru 20 30 lebih..and paling penting cuuuuuuuuuuun oh...tapi sayang, semua dah berkahwin,fullstop.HAHA.pukul 5:07 petang punch card pastu balik.seee, my first day training, macam heaven kan? pastu, mula lah terkial kial nak buat log macam mana. HAHA.
 muka eksaited dapat opis sendiri.gila jipang ah,HAHA

 muka kontrol penat dan macam mintak tamparan wanita. padahal menyorok dari abang securiforce yang dok gatal main hon hon.

p/s : abaikan muka jelita gedik di atas,HAHA.ape pedulik, blog aku.HAHA.*sah gila.
tapi apapon. its a good start.i hope.

ohya, nak share pic budak kecik yang tomei dan gemok dan dorang so osem gila. geram nak gomol-gomol dorang ni!^^

 sorry, sencored sikit .left : zafran. right : his sister, keyla

 tak ke rasa macam nak cubet-cubet budak gemok ni?so osem la u keyla.

 seriusss nak ada baby jugakkk bila tengok zafran ni.lelaki manis, cepat datang pinang i.HAHA.


and last weekend, baking some cake for mama. and the result? oh so uglyyy..but the taste? daebak.kata my sister in law lah.bukan nak perasan ke apa kan. dah orang puji sedap...


SELAMAT HARI IBU MAMA ^_________^

notakakisayayangcomel : offhanded : sorry to say if u dislike this entry or dislike my blog. this IS my blog so i do have the authorities to write anything in this. senang cerita la : eh, ini beloag aku bukan belog kau.HAHA.gila kasor q cakap.sorry

6.4.11

ni kalau kaum sejenis dengan sayam afghan ^_^ baca konpom kembang hedung

HAHA. tengok tajuk pon tahu yang kali ni entry berat sebelah pada kaum ADAM =.='. nak buat cane. hakikat terbentang depan mata oh.

ni sayang qiyu.HAHA.berangan gila. tapi serious suweat gila guys yang macam ni.^^ mahu cair gua tengok.grrr

malam kelmarin. mensebokkan diri menjadi pengajar tak de sijil pada tiha. =.=' gila ah mintak ajor french. HAHA. last-last bukan ajor, tapi tengok tiha buat prep for oral test ^^. tetibe je, ada mesej masuk

" nak sweater, sejuk :P"

terus hati berbunga riang. oh, jejaka cun menghubungi mana tak happy. kembang dowh hidung terus ketik-ketik numbor beliau. *okgatal.larikkk

bajet nak ngedate sekali beliau suruh qiyu ajor ANOVA.=.=' gila lah, dah tinggal bende alah tuh setahun. nak suh refresh dalam masa sejam. gila. memang gila budak ni. sekali tengok buku depa. apsal lain apsal macam senang apsal apsal.*ayat nak mintak penampor.=.='

serius malas gila nak tolong. tapi tengok muka dia. serius kau boleh cair sebab dia ensem.dia cute.HAHA.tapi yang paling penting ayat dia * ayat bodek nak resipi rahsia je ni.jangan percaya

" kau ajar aku macam aku tak pernah tahu.serius.aku datang lecture just nak tanda attendance, serius. aja aku weih. esok test"

 tapi kalau dalam gambar apsal kau tak ensem HA?

serius, kalau tengok muka dia plus dengar dia cakap macam tuh. hati cairrrrrrrrr. ^^*okgatal
jadi, dengan berat hati tak sempat nak makan nasi goreng cili api yang tak pedas langsung =.=', tolonglah ajor. sekali dengan qiyu pon tak paham ANOVA stail dorang.pheww. terus lari pergi bilik member amek buku adv stat. pheww nasib baik ada. nasib baik. refresh in a minute. tapi tak jadi refresh sebab terpegun tengok dia dah setat study. dan seriously muka gojes gila. GOJES tahu. mata dah ngantuk gila pon still nak duduk depan dia perhati dia belajar. nasib baik hati kuat. jangan jatuh hati. last-last dia belajar sendiri. cuma jadi peneman. dan perenung =.='.

esok nya cerita pada ainee. dia pon bersetuju cakap LELAKI kalau serius belajar. akan jadi soo damn gojes n cute. seriously. 

lagi cute dari ini. =.='

jadi, para LELAKI sekalian kalau anda rasa nak mengurat, mentackle seorang wanita, boleh lah cuba trick ini. ajak belajar sama sama dan buat-buat serius belajar. MUNGKIN wanita itu akan tertarik pada anda. MUNGKIN sebab pandangan setiap wanita itu lain.

ihsan gambar : en GOOGLE dan cik JOYAH de sanza

notakakisayayangcomel : dengar berita, disebabkan malam tuh, dia terus ada kesedaran nak study.wee.^^



3.4.11

munira sajuti, amal espraza, inchik w dan kekasih lama.

selamat pagi MALAYSIA.
tak tidor lagi qiyu pagi-pagi ni. gara-gara tunggu jejaka manis =.='.takpe, sayang punya pasal i sanggup jew.*eyuuuuuuww.ayat nak mintak penampar

pagi-pagi ni tengah syok tengok budak-budak SB, dan dan. ada satu manusia buat hal. darn. nak tengok dia buat hal apa?

tengok kotak merah. beliau saja ja nak pisahkan qiyu dengan baby qiyu, munirahsajuti. sedih hati ini terasa bagai ditusuk sembilu tahu tak bila baca ayat-ayat tersebut.grrrrrrrr TT_TT



pastu lak., my baby pulak buat hal.haish. malam ni bikin wa panas lak.ce tengok kotak merah tuh lagi. ish. sanggup dia madukan qiyu. baby, sapa inchik w tuh, sapaa????? grrrrrrrrrrr.putus lah cani.

tapi, ada pulak orang buat qiyu happy.weeeeeeeet weeeeeeet. takpa, baby, i ada orang lain jugak


 haaaa. budak ni, kekasih qiyu masa sekolah rendah.HAHA. gila la kau  ada balak time sekolah rendah. mak tahu konpom kena sebat. dah dah, i dah ade pengganti u lah baby,okbai

last last, rupanya, hanya sandiwara amal espraza semata-mata. erk macam mana ni? ada dua skarang ni. baby dengan kekasih gelap.? haduyai. pastu jejaka manis nak letak mana.pening. suda =.='. HELP ME.

baiklah, tu sahaja drama pagi ini di SAHABAT BLOGGER. thanx too munira sajuti, amal espraza dan semua pelakon yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan drama ini.pergh da macam ayat kat sijil sekolah yang wajib kau kumpul banyak-banyakk so kau boleh dapat letak dalam resume macam qiyu buat =.='

notakakisayayangcomel : jangan marah ^^V

31.3.11

alien mengidam gara munira sajuti

alien. erm alien pon pandai mengidam kan? hape, ingat manusia je boleh ngidam macam-macam. elooo, ini alien lah.
alien tuh sape? bila masa lak kawan ngan alien?

simple answer : alien is me = me is alien. bak kata saudara nazrul asyraf malam tadi =.='

tadi singgah belog akak munira sajuti.haha.akak. jeles tahap petala 18 belas tengok beliau makan RESEPI RAHSIA. =.='. nanti kau munira, siap kau aku balik kampung nanti. akan ku abes kan duwet kau sampai habuk pon takdak.HAHA*gelak evil.

terus perut berkeroncong padahal dah makan nasi lemak plus karipap tiga buah. hish =.='
tak kira. tunggu lelaki manis datang sini nak pau beliau RESEPI RAHSIA terus beliau reject qiyu jadi kekasih halal sebab demand gila.*gatal.haha


 kesukaan : kek keju beri biru resipi rahsia ^.^

 picture : ihsan pakcik GOOGLE <3<3<3

notakakisayayangcomel  : terasa mak comel bila mak tanya " dah ada calon menantu mak ke?" terus mulut ternganga tak tahu nak cakap apa. teheeeee

21.3.11

kau jangan dengan aku!

kau jangan dengan aku
kelak aku akan buat kau terluka
kau jangan dengan aku
kelak aku akan buat mata kau berkaca
kau jangan dengan aku
kelak kau terasa dengan kata-kata


aku dan kau banyak bedanya
kau sempurna, aku manusia hina
kau bergaya, aku serabai gila
kau digila, aku yang tergila
kau dipuja, aku memuja
ah, kita terlalu berbeza
kau tahu langit dengan bumi?
kau tahu paris hilton dengan makcik cleaner?
tuh beza kau dengan aku



tapi kau tetap dengan aku
bukan niat aku menghalau
tapi aku nak kau keluar dari kotak kau
bukan aku seorang yang kau ada
berjuta yang menanti
aku cuma mengingatkan, aku bukan ada selamanya disisi
cuma aku berharap, andai aku tiada, aku tetap dalam ingatan kau

*oktergantung.=.='


notakakisayayangcomel : oke, merapu. mentang-mentang saudara panas hati baru memuji qiyu hebat bersastera padahal kenyataan hampeh sekali.oktaknak bersastera dah =.='

14.3.11

khas untuk qiyu?

tehe~welcome back syazrina~

tak tahu nak update apa. so dengar jelah lagu ini okay? rejoiceeeeeeee ^.^



syahdu je dengar lagu ni. aishhh,sejak sejak jadi single ni makin jiwang pulak..=.='. nak jadi rockers balik. btw, lagu ni bukan untuk qiyu pon,kebetulan nama orang tersayang pencipta lagu tersebut serupa =.='


notakakisayayangcomel : sape-sape buat qiyu sakit hati baik hafal lagu ni then nyanyi kat qiyu,selagi tak sedap selagi tuh tak puas ati.amacam? demand lebih...

10.3.11

cubaan on9 dari lab sewaktu orang lain jawab kuiz kpk tapi sebab qiyu dah jawab sejam yang lepas terus duk sini sebab line laju.haha.
pastu saja takutkan orang lain yang test tu susah padahal qiyu sendiri tak dapat jawab.

macam ni la muka qiyu tadi.

semester ni, sangat hancur. gara-gara dia. ah, dia yang buat semua jadi complicated.
sebab dia, time lecture dengar lagu,
sebab dia, time nak exam tak baca buku,
dapat tahu markah, menangis tak berlagu,
sebab dia, senua sebab dia.
dem lah. qiyu taknak turun cgpa lagi.

satu lagi benda nak pelik. pelik dengan orang yang senang sangat cakap i love you.
kenapa eh? qiyu pelik sangat2.
haaaaaaaaaaaaaaaaaa....
tolong jawabkan.
bagi qiyu, that words i love you is only said when a people is truly love someone.
yeah, love is also called sayang.
sebab itu je ke seseorang tu bole ucap i love u sewenang-wenang nye?
pelik
pelik

pernah buat macam ni  ^.^

pelik.

credit to pakcik google atas gambar yang dicurik


notakakisayayangcomel : entry yang pelik dan merepek. gara-gara baru dapat tahu result test.dem


2.3.11

dari anak.

petang itu, ibu terima sekeping surat, posmen yang serahkan. diperhatikan tulisan di sampul surat, " pelik anak aku, tak penah hantar surat.selalu telefon je " getus hatinya. dibuka sampul itu.

dari anakmu : buat ibu tercinta. maafkan anak.
" ibu, anak minta maaf, mesti ibu terkejut bukan terima surat ni? anak pon terkejut sebab boleh tulis surat ni. anak cuma tak boleh luahkan pakai telefon ibu. anak tak nak ibu sedih.anak tak nak ibu cakap anak cengeng, asyik menangis. ibu, ibu ingat lagi tak pesan ibu kat anak? ibu cakap, anak jangan bercinta, anak belajar dulu, anak kena balas jasa ibu dan ayah, itu je ibu nak. biar ibu senang kalau ibu dah pergi nanti, sebab ibu tahu anak ibu dah berjaya. tapi ibu, anak ibu dah khianati amanat ibu. anak ibu jatuh cinta jugak. anak ibu dah buat salah, maafkan anak, ibu. ibu, bukan pertama kali anak ibu bercinta. banyak, dari sekolah lagi ibu. anak ibu dah pandai gatal. jatuh hati pada senior. tak serius belajar. last-last anak ibu ni, dapat spm x macam yang ibu nak. anak tahu ibu terluka, anak minta maaf ibu. tapi ibu tetap harap pada anak. kat matriks, anak ibu gagal lagi. anak ibu tak boleh nak capai macam anak-anak ibu yang lain. mesti ibu kecewa bukan? 

ibu,
anak ibu, yang ibu sayang, yang ibu tatang, tak mampu nak bagi apa yang ibu nak. anak minta maaf ibu. ibu, anak ibu ni tak pernah nak cerita apa yang dia rasa kan? anak ibu rasa tertekan, sebab ibu nak anak ibu ni jadi macam anak-anak ibu yang lain.berjaya. anak ibu ni tak berdaya ibu. mula-mula memang anak ibu ni memberontak, tapi anak tahu, ibu buat macam tu demi masa depan anak juga, yelah.. dunia sekarang pandang mereka yang berilmu tinggi je. kan ibu? ibu cakap, biarlah kita miskin  harta, tapi ilmu dan budaya kita tinggi. anak baru sedar sekarang ibu. anak akan cuba ibu. anak tak nak susahkan ibu. ibu, anak ingat anak boleh bertahan tanpa cinta. tapi anak ibu kalah, anak ibu jatuh cinta ibu, tapi anak ibu ni ingat macam yang dulu, sayang tanpa cinta. ibu, masa tulis surat ni, anak ibu ni menangis lagi buat sekelian kalinya. anak ibu tak kuat, sebab anak ibu ni sayang sangat dia. dia bukan cinta pertama anak,tapi bagi anak dia cinta terakhir anak, ibu. ibu, mesti ibu terkejut bukan? anak tak pernah cerita pasal dia, dan anak tak pernah serius bila berkata tentang cinta. tapi sekarang ibu, dia dah pergi tinggalkan anak, semua salah anak. anak sedih ibu. anak terluka, anak perlukan ibu.

ibu, 
tak sangka perit bila terluka ibu, sebab anak sayang dia ibu. dia bukan lelaki kaya, dia bukan lelaki yang ada rupa. dia lelaki biasa ibu, tapi hati dia yang buat anak tertarik. ibu, anak minta maaf sangat-sangat sebab tak amanat, tapi anak lemah ibu. anak tak kuat..bila ibu tahu anak dengan dia, anak tahu ibu kecewa lagi. anak ni jahat bukan? suka kecewakan ibu. tapi ibu tetap bagi sokongan kat anak. anak malu dengan ibu. ibu berusaha untuk bahagiakan anak, tapi anak tak hargai. ibu, anak janji, anak takkan jatuh cinta lagi. anak akan tunaikan dulu amanah anak pada ibu, pada ayah. anak nak jaga ibu dan ayah. anak taknak tengok ibu menangis lagi. anak tak nak ibu kecewa lagi. ibu, anak akan rawat kecewa anak. anak cuma nak beritahu ibu, anak masih sayang dia ibu. anak minta maaf. ibu, ibu sokong lah anak. anak perlukan ibu. 

dari anakmu."

ibu tahu perasaan anaknya sedang terluka,sambil melipat surat itu, mata ibu berair.

notakakisayayangcomel : ntah apela yang ditulis, sori merepek petang-petang ni. k, nak g clas.tata

19.2.11

terengganu menggemukkan?

sori sape yang duduk terengganu. ni fact untuk diri qiyu. qiyu da duduk ganu ni almost two years. tapi still, tak tahu nak cakap ganu, tak pandai nak makan manis-manis dan tak manis. haha.
tapi hakikatnya, yang qiyu tahu, duk sini menambahkan kegelapan kulit qiyu sebab hostel betul-betul sebelah pantai.jalan skek nampak pantai dah. qiyu plak duk tingkat 5, so bangun pagi bersidai tepi tingkap tengok keindahan ciptaan Allah. tenang hati. tapi kalau dah petang tu..fuhh, pergi kelas naik motor dengan skandel kesayangan, su pon tgn plus kaki boleh itam.nampak kesan burn kalau pakai selipar jek. lagi-lagi kalau berjalan je pergi kelas french tu.fulamak..memang cantek lah kaki dengan muka. bak kate org sini "huduh sepang" betul ke x? .pakai garnier pon tak jalan.rase nak pakai clorox je.

jap, qiyu rasa da salah topik ni. nak cerita pasal gemok tapi cerita pasal hitam lak.sudah, kantoi kat situ i ni da itam legam.haha. btw, nak dipendek kan cerita, makanan sini sedap-sedap belaka. sampai qiyu da naik berat badan gila-gila. serious u..i naik berkilo-kilo. fuh..da tak de da Benz or Jade nak kat i..nak-nak bile dah berenti sport ni..sangat rugi berenti.la ni bila da gemok baru lah nak stat balik.memang susahla kan?


ni pix baru-baru ni. masa CNY. gemok bukan?


ni pix masa kat matrix.time ni baru pas berenti sport.

tengokla perbezaan dia..waaaaaa..i nak blik badan i yg dulu. * gile gediks makcik ni..

notakakisayayangcomel : sabor la badan.akan ku usaha untuk menguruskan kembali dikau.