si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label me.luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label me.luahan rasa. Show all posts

30.1.12

kau dan kau dan kau

salam.

nothing much yang aku nak crap hari ini. semakin waktu menginjak ke pagi, semakin sentimental aku jadi. *ayat takde kena mengena* so, sebab aku takde idea [walhal malas menaip] just enjoice the picture. kan one picture can tells thousand stories. =p  


eventhough i have those feeling rite now..

still you are the one.

p/s : kenapa kau tak paham.


28.1.12

sang lama meruntun jiwa

salam

gua tahu dah lama gua tak menulis. bukan apa, gua xde idea. biasalah, gua bab kira kira emangnya laju, tapi enggak bisa diprosesis otaknya bila disuruh menulis. nak nak gua dalam mood bercinta dan dicinta di rumah dengan bonda dan ayahanda tercinta. see, bercinta, dicinta dan tercinta. gamaknya gua ni sedang dilamun asmara.

Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati

Ia akan menyesal suatu hari nanti

Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih



konpom korang tahu ni lagu apa. kalau tak tahu lu bukan lahir tahun 90an lah. *takdekenamengena* . ni lagu AXL'S. memang tangkap leleh gua karok lagu ni kat bilik sorang-sorang sambil joget lambak. lirik the rest carik sendiri. bila gua mendalami lirik dia ni. nampak macam si kekasih lama tu agak gersang nak kat bekas awek dia. bagi gua lah kan. 
*** 
terpanjang pulak pendahuluan gua. motif gua bagi lirik lagu ni? kenapa tak lagu joget lambak? sebab gua nak cerita satu masalah. masalah gua. gua bermasalah. ishh, lu tahu tak kalau dalam drama swasta kalau si awek tu dalam dilema nak pilih antara dua jejaka? takpon, si awek tu da ada balak, tetiba balak lama datang macam nothings happen. ADA? gua ni, bukan macam bella nak direbutkan si edward or jacob. tak, gua tak macam tu. sapa yang kenal gua, tahu gua ni hanyalah insan biasa yang selekeh macam budak standard 1 gamaknya. dengan tudung herot berot. baju gelebeh sane sini. muka comot hitam. sapa nak? *gila hiperbola*

sumber

alkisahnya, gua dah ada dia. tetapi yang lama datang balik kat gua. potong stimm. dahla gua punya susah nak lupa sang lama. sambil tertonggeng tonggeng gua dibuatnya. hilang macho gua. cuba bagi advice sikit kat hati gua yang degil nak sayang dua-dua ni? gua rasa nak lempang lelaju je hati gua ni. memandai nak belah dua. cuba lahh fix kat satu hati je? tamak gila.

gua sayang dia. tapi bila sang lama datang, gua rasa. " boleh belahlah dia ni. sang lama lagi gua sayang", sampai camtu impak sang lama. ptuihh. hati gua tak kebal. walaupun dia kata hati gua hati batu, batu pon boleh melekuk kalau air menitis atas dia selalu bhaii. sekarang ni pon gua sambil taip entry ni sambil balas mesej sang lama. betapa gua mencurangi dia. gua rasa dah jadi macam elena cerita vampire diaries tuh. kalau luorang tengok lah kan. sayang gila kat stefan tapi tetiba sayang damon. macam tulah perasaan gua.

sumber
gua pon rasa macam nak hentak hentak je hati gua ni. dah la, gua nak stop. tapi , gua mintak lu try bagi advice kat hati gua ni. degil yang amat.


till then,
dari gua yang punya dua cinta.





15.1.12

salam.

pernah rasa tak perasaan kau kawan dengan someone tu. tapi hubungan kau tak macam kawan biasa?
kau kawan dengan dia,
tapi kau rasa hati kau sakit bila kau mesej dengan dia
kau rasa hati kau sakit bila dengar suara dia
kau rasa hati kau sakit bila kau chat dengan dia
kau rasa hati kau sakit bila kau dengar masalah dia
kau rasa hati kau sakit bila kau dengar kegembiraan dia
kau rasa hati kau sakit bila dengar dia ketawa

saat itu, kau perlu tinggalkan dia.

sumber : sini


sebab hati kau sakit sayangkan dia.

till then


7.1.12

sejarah

salam

sepatutnya aku tidur time ni. tapi entahlah. maybe memang dah sampai phase aku tak kan tidur kalau tak pagi lagi =.='
anak dara teruk betul lah aku ni.

tapi, just nak cakap. kenapa kau tak boleh nak keluar dari kepompong sejarah kau? 
tolonglah, aku juga manusia sayang. aku bukan batu, bukan juga bola. 

aku punya perasaan sayang. kau tahu itu.

till then

2.1.12

emosi di musim exam

salam.

aku baru habis satu paper. not soo good sebab aku tahu aku boleh buat lagi bagus. tapi masa tak cukup. ingat senang nak buat ayat dalam bahasa asing? berpinar otak. plus tengah di awal waktu-waktu perempuan. esok aku ada dua lagi paper. satu killer subject semester ni. ehh, subject aku semua killer subject. kahkah. k tak kelakor.

tapi kan, kenapa kau buat aku tension? kenapa kau buat aku emosi? kau bukan tak tahu aku tengah musim mentensyenkan diri. kau bukan tak tahu kecintaan kau tengah berjuang nak genggam segulung ijazah then boleh mintak ferarri sebijik dua dari kau. bukan kau tak tahu.

kau saje kan? dulu kata aku hati batu, takde perasaan. bila aku dah hati cair macam aiskrim magnum coklat sedap tuh, aku dah mula berperasaan, kau omel pulak.
cukup aku cakap aku sayang kau.
cukup aku bagitahu aku punya cemburu yang tak menentu.
cukup aku bagitahu aku tak pandai nak cakap aku cinta kau.
cukup aku cakap semua tuh sekali.

cukup.


kang aku cakap banyak kali aku sayang kau, rindu kau. kau kata aku sewel pulak.




19.12.11

aku bukan malaikat

salam.

live from makmal alsafa, UMT

tak banyak aku nak ngomel, sebab hati tengah amarah.
aku dah penat menahan sengsara,
aku dah penat menahan derita.

aku nak bertanya pada pembaca*kalau ada*,
bagaimana hubungan kalian dengan adik beradik, sanak saudara?
baik kah, atau suam suam air. atau buruk semedang?

bagi aku, ada yang baik, ada yang suam suam kuku, dan ada juga yang tengah membakar hati yang membara.
bukan niat aku nak mengaibkan.
tapi kau yang memaksa.
aku sedar kau yang menatang aku kala semua orang membenci,
tapi aku taknak kau mengambil kesempatan atas budi yang kau dah bagi.
aku akan balas budi,
tapi bukan dengan cara begini.

kau pernah sedar tak aku belum berkerjaya,
kau sedar tak yang aku,mak dan abah masih menjaga?
ke sebab kau sedar kenyataan itu, kau buat bersahaja

kembali ke alam nyata lah wahai saudara,
jangan kau anggap aku dibawah kau, kau boleh berlagak gembira
jangan kau anggap aku tak boleh bersuara.

aku minta maaf,
amarah aku dah tak boleh dibendung.
akan ku guna segala yang aku ada,
untuk buat kau sedar semula wahai saudara.
kerna aku bukan malaikat

p/s : aku bukan suka nak marah marah. tapi kau dah melampau.

till then.

9.12.11

antara dua

salam.

lately aku jarang sangat update. maybe nafsu menulis dan berjimba di alam maya tu dah takde. mungkin lah.
maybe aku belum sampai lagi tahap blogger tegar, ya maybe tu kott.

sekarang ni aku nak kongsi sedikit.

sumber google

pernah jadi tak kat korang bila korang ada masalah nak pilih antara dua? pernah? tapi aku ni bukan sahaja antara dua, entah-entah tiga empat. aku pon tak tahu =.=''

kalau pernah ce cerita kat aku, i neeed helpp right now

kbai.

till then

3.12.11

masa untuk berubah !

salam,

ohok ohok *batuk comey*, tengok blog.
maaf sekarang aku lagi suka jalan-jalan blog orang dari blog sendiri. kehek. dan yang aku pelik, blog favourite aku, aku memang tak follow, tapi mesti bukak atleast seminggu 4-5 kali. *pelik*.

back to the topic, sedar tak sedar dah nak habis semester dah aku ni, err, korang pon ada yang dah cuti kan kan? especially cecikgu cecikgi *tapi akak akak aku tak heaven pon, sorang kena jaga spm, sorang tengah tunggu turn nak bersalin* kehkeh, jadi moksu lagi lah aku. tapi, kawan aku sikeyla tak cuti pon. hai keyla *wink2* dekat perancis.

okay, sekarang kena berubah. berubah jadi SERIUS. serius to be a final year student. a good one. ^.^
final exam tinggal lagi sebulan, presentation PITA, lawatan. oh gosh *toink toink ketuk kepala*

jadual exam pon dah keluar, dan ohmai ohmai, aku start exam new year oyy, permulaan tahun baru 2012 =.=''
*harap tahun baru, soalan pon senang lah ye*


bahasa perancis III       1/1/2012
permodelan geometri * 3/1/2012
komunikasi interpersonal 3/1/2012
optimization 7/1/2012
teori graf* 16/1/2012


subjek yang aku ambil memang lima je yang ada paper, lagi dua : projek ilmiah akhir tahun dengan latihan industri. serious tak terasa dah nak final. serasa baru semalam masuk semester 5, baru semalam dapat duit ptptipu, baru semalam pindah masuk rumah baru =.=''

supposely kami student math kena ambil satu je subject core sem ni, tapi ntah kenapa, mesti masa tahun aku ada je perubahan, subjek geomod dan teograf tuh subjek baru =.=''. dulu kena jadi guinea pig*betolke aku eja??*

oklah, nak kena buat draf proposal pita, papai

till then.




26.11.11

1433H

salam.

berakhirnya 1432H
bermulanya 1433H


semoga kehadiran tahun baru, kita akan menjadi yang lebih baik. insyaAllah.





20.11.11

buang tabiat #1

salam.

dah lama gua tak menulis. bukan sebab sibuk, *bukti gua aktif kat twitjer dengan faceback. 
tapi gua malas. ada idea je, mesti time tuh kat jamban toilet ke, takpun away dari laptop. then, bila nak taip. mesti dah hilang idea and banyak dah draft, tapi semua terbengkalai.*terbaik kan gua.patutlah takde orang datang jenguk blog ni.hmphh hmphh.

sedar tak sedar, gua dah nak cecah umur 12 21. semakin dekat dengan kematian. bak kata orang, bukan setahun lagi tua, tapi setahun lagi baik. 
sumber : goggle bebeh

sejak dari kecil, *yang mana gua ingatlah, gua tak pernah sambut besday ni. sebab kalau tak bulan puasa, mesti  orang tak ingat. tapi selalunya orang tak ingatlah. biasalah, gua family besar. kehkeh. gua pun tak ingat besday akak abang gua.. tapi korang mesti sambut kan? untunglahh. 

tapi, gua tak kisah. first hadiah gua rasa gua dapat bila along gua bagi gua tedi bear, made in london you. sila jeles. haha. pastu, semua barang gua made in london.yela, gua kan bongsu. untunglahh gua kan? 
tapi gua ni jenis tak sayang barang, masa dulu lah. ada ke patut, jam baru pakai dua tiga kali gua bagi masuk lobang jamban.haru betul dapat adik macam gua.

tapi sejak tuh, gua macam malas nak announce satu dunia besday gua hari itu. tapi, gua terpaksa cakap jugak kat mak gua masa nak buat IC 

" mak, jom buat IC orang esok?"
" la, pesal esok? lain kali lah"
" mak, esok besday orang"
"yeke"

gua macam sedih, tapi nak buat cane, masa tuh besday mak pak gua pon gua tak ingat. haha. tapi sekarang, siap hafal okay IC depa. see, anak mithali kan i ni kan?? korang hado?
adalah jugak achik gua bagi mesej malam besday, tak ke sengal kakak gua tuh., padahal dia dalam bilik, gua kat luar tuh je. tapi gua tak kisah semua tuh, gua tahu akak abang mak pak gua memang sayang gua. kalau tak, tak de beribu duit dorang habis demi gua yang boros ni. korang hado?

gua rasa gua stop sini la. konfirm korang bosan bace blog gua. semua entry pepanjang. sumpah. gua tak reti tulis entry pendek. serius.

sumber : sini.
oh ya, jom tengok ramai-ramai Malaysia lawan Indonesia Isnin ni pukul 8 p.m. majulah sukan untuk negara, you guys rock bebeh!!!!!*nak tengok kat screen besar. jangan tanya kenapa gua eksaited tetiba sokong bola, padahal selama ni pandang sebelah mata kalau ada bola live kat tv. gua memang semangat sukan. bekas atlet lah katakann. BEKAS.

jom orang terengganu, kita tengok kat mapleyy. takpun dataran shahbandar.kehkeh


p/s: motif gua tulis benda ni? sebab, err. gua takde idea.okbai.

till then, 
salam.


6.10.11

no tajuk. no spontaneous thursday

malam malam yang sejuk macam malam ni seringkali buat aku terimbau masa silam. buat aku layan feel lebih sambil dengar lagu cinta. ya, orang yang kaya dengan masa silam macam aku, memang akan selalu mengimbau kembali masa masa itu dan seringkali berharap  ianya boleh diputar semula. tapi sebenarnya,  kalau boleh aku nak lenyapkan masa silam itu. kalau. tapi aku tahu takkan mungkin boleh. dan aku pasrah.

serasa banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang hidup kat dunia ni. hidup aku tak macam remaja lain. aku lain.serius lain. kalau nak dijildkan kisah hidup aku. sepuluh jilid pon tak mampu menampung pengalaman hidup aku. berapa umur aku kau tanya? aku muda lagi. tapi bila bila masa nyawa tu boleh ditarik bukan.

sebenarnya aku nak cerita pasal cinta. for sure ramai dah bosan sebab asyik asyik cerita cinta. buka blog yang ni cinta. blog tu cinta. masuk blog ni pon cinta. tapi maaflah. aku nak layan feel. feeling orang merindu. aku tahu korang pon pernah jadi macam aku kan? bila ada satu masa tuh kau rindu seseorang. tak kira lah orang tuh masih in relationship dengan korang, atau dah break atau dah pergi buat selamanya. tipulah kalau takde. tak pon paling kuman pon kau rindu orang yang kau admire, yang kau adore. bagi aku, aku merindu orang yang dah takde. orang yang dah pergi. dan orang yang ada, tapi jauh dari mata. 

nak cakap pasal cinta, aku memang banyak pengalaman. pengalaman aku, orang sekeliling. aku pon tak tahu lah, tapi ramai yang cerita kisah suka duka cinta mereka pada aku. sampai aku boleh dapat master in love. maybe. kau cakap je cinta yang macam mana. yang terhalang. yang terlarang, yang jauh yang dekat yang syok sendiri yang muka buku. macam macam. semua aku ada pengalaman. tapi bukan semua lah aku punya sendiri. gila ke apa. 

yang aku boleh simpulkan, tak semua cinta itu indah. 

k chow. cagd menunggu nunggu dengan gembira. maaf aku tak habis cerita.


22.9.11

sambung belajar

assalam.
currently sangat tercungap cungap nak catch up dengan rutin seharian.
masa kat rumah, kau nak guling guling dari pas subuh sampai petang, takde nak marah.
tapi sekarang, kena bangun pagi. siap-siap just untuk SATU kelas sahaja. sebab aku dah tahu n akhir. yup.akhir. tapi buat perangai macam baru masuk jadi mahasiswa.silap, siswi.

sekarang, even dah lengang dengan kelas. full dengan aktiviti lain. bukan tidur okayy,
tapi FYP. dan tahun akhir ni lah, aku baru nak terhegeh hegeh join aktiviti sana sinun,
jangan tak percaya, aku VOLUNTEER jadi pengarah program.haha. serius. ^.6

tapi bila lagi aku nak sedar diri, nak involved dengan benda benda yang dah biasa buat masa LI. kan?

ntahpape aku repek. kbai.


17.8.11

random

assalam.

errr, first of all, aku nak tulis sini yang aku mungkir janji. yelah, kata tak nak update blog sebab nak siapkan assignment lah, reportlah.tapi ntah, aku rasa macam banyak benda happen and aku tak tahu nak cerita kat siapa. kat blog ni jela tempat aku merapu, mengadu, mengkutuk, mempuji bagai. yelah, ni jela boipren aku sekarang. nak cerita kat kawan-kawan, aku ni kan pemalu..ye dakk? sape yang pernah jumpa aku tahu lah aku ni pemalu.kahkah.

tengok, aku ni kan. selalu FAILED kalau suruh buat entry pendek. ntah apa aku merapu pon tak tahu. patut la aku tak ramai follower. kan. even blog ni dah nak masuk dua tahun bulan sembilan ni * aku newbie lagi ni. follower baru sepuluh dua. yelah, aku ni tak pandai menulis. bergossip jauh sekali. kan aku cakap aku pemalu..*xde kena mengena.aku rasa macam entry sentap je aku tulis ni,haha

ada orang tanya, kenapa aku tak tulis benda hot yang happen sejak dua menjak ni. confirm ramai follower kau. aku bukan taknak tulis,masalahnya aku sekarang macam katak bawah besen tahu, aku masa cuti ni duduk rumah je. serius aku cakap. aku tak tahu yang ada player bola terkenal putus tunang, aku tak tahu pelawak yang dulu bercinta dengan artis yang dah pakai tudung sekarang bakal kahwin dengan bekas pramugari, dan macam macam lagi lah. errrrr, okbai.

sebab aku takut apa aku tulis aku aibkan orang dan buat tambah dosa aku. kalau tiba tiba apa yang aku cerita itu satu fitnah, makin berat bahu sebelah kiri aku. kan kan? aku lebih suka tulis apa yang aku dah lalui, takpon orang sekeliling aku alami, which mean apa aku tahu benda itu betul. dan, kalau aku dah tulis pasal orang orang glemer kan, mesti konfirm aku nak selit gambar gambar. tambah dosa lagi. errrrr, tahu ada je entry aku letak yang boleh tambah dosa, tapi tak banyak lah kan. kira kalau boleh aku nak minimise kan.er, paham kan apa aku nak cakap?


k la, aku rasa aku cam makin merapu, so aku nak stop. lagipun aku rasa ni entry luahan hati aku je.tak berkaitan dengan mana mana individu, organisasi ataupun negara. peace no war. * jangan saman aku, aku budak budak lagi

till then, assalam. =)





30.7.11

eh ada ke?

assalam, dan selamat petang.

persoalan 1 :

bila berkenalan, situasi yang selalu berlaku

>>nama sapa ?
>>**** ********quiah
>>eh ade ke quiah tuh,ingat main main je
>>=.='

persoalan 2 :

mengambil sedikit perbualan dengan seorang "teman"

>> sapa?
>>sayalah
>>sapa saya?
>>**** ********quiah
>>eh, ada ke kuya tuh?ingat sesaje letak
>>pfttttttt

persoalan 3 :

ada juga yang macam ni,

>> apsal letak nama kuya, kau minat cerita kartun tu eh, alaa yang ada nama kuya marino tuh
>> nama aku
>>eh, ada ke? aku ingat just **** ********
>>kau dah kenal aku berapa lama ni?pfttttt

malas nak cakap, malas nak gitahu, rasa nak pergi mana mana kena tampal nametag besar besar nama kuya.

dengan ini nak umumkan nama betul gua, pasni sapa tanya gua dapat mana nama kuya tuh, gua sekeh kepala.
bajet retis + mael lambung





SITI SYAZRINAQUIAH BT MOHD TOHID

kuya tuh gua ambil dari word quiah, sebab susah sangat orang nak sebut. q pon amek dari perkataan tuh.

till then assalam.

notakakisayayangcomel : berapa kali dah mention nama betul kat sini =.='


26.7.11

..................................................

assalam dan selamat petang.

menggaru kepala yang tak gatal mencari idea supaya blog ini tidak usang dan bersawang, walaupun hakikat tidak ketahuan adakah yang sudi membaca penulisan si gadis biasa ini.

usai menonton satu filem bangsa penjajah yang bertemakan pasukan sorak atau pun " cheerleading ". pasti di benak kalian sudah terset si gadis berskirt mini dengan liuk lentuk yang menggoda dan si jejaka berbadan tegap serta berwajah tampan, pasti bukan? jangan geleng kepala sebab kita sama sahaja.haha.dah, jangan nak senyum tersipu-sipu malu sebab itu normal.

maaf, jangan disangka akan meneruskan penulisan ini dengan cerita ceriti si gadis dan si jejaka. itu semua orang dah mengerti, dah cukup masak dengan perihal itu. kita cerita perihal yang lain, yang tersirat disebalik penambahan dosa kering melihat cerita tersebut.

dalam cerita tersebut, ada satu scene yang menunjukkan mereka sedaya upaya mencari kekuatan untuk berkongsi rahsia terbesar mereka. ya, RAHSIA. itu yang akan kita bicarakan disini. mungkin ramai yang tahu, dan mungkin bosan dengan tajuk ini. maaf, aku hanya ingin berbicara, berkongsi sekadar yang ada.


rahsia, satu perkataan yang semua orang ada. tak kira lah kau handsome, cantik, tinggi rendah, gemok kurus. sama ada kau baik jahat, mesti ada rahsia pada kau. hatta sekecil awan nano, tapi kalau kau simpan sendirian tentangnya. itu adalah rahsia. ada rahsia gelap ataupun the darkest secret bak kata penjajah. ada rahsia yang disimpan sendirian, ada rahsia yang disimpan bersama, mengamalkan konsep " biar pecah diperut, jangan pecah dimulut ". 

tetapi ada juga rahsia yang dikongsi bersama, seperti, "rahsia kejayaan ' , "rahsia mendapatkan wang dengan hanya satu klik" dan sebagainya. itu saja je nak tumpang populariti rahsia. ish tak baik. okayy, aku dah melencong dari apa yang nak aku sampaikan.

rahsia, sebenarnya menjadikan seorang manusia itu unik. nak tahu kenapa unik? semua orang tak mungkin simpan rahsia yang sama, walaupun mungkin pada dasarnya basic tentang rahsia itu sama, tetapi jalan penceritaannya mungkin berbeza.

rahsia, menjadikan seorang manusia berhati hati. nak nak kalau rahsia yang dimiliki orang berpangkat memang kena simpan ketat ketat supaya tak terbocor. supaya tak dieksploitasikan oleh si musuh. jadi kena lah berhati hati, nak minum berhati hati, nak bercakap berhati hati, sampai ke nak tunai hajat pon kena berhati hati, betapa rahsia memberi impak yang besar pada manusia.

rahsia, buat manusia jadi amanah. kalau tak simpan rahsia, alamat bocorlah perut. haa, yang ni paling parah. tapi jangan lah kalau rahsia kau korek hidung dalam kelas pon kau nak bocorkan perut kawan kalau dia terbocorkan. tu memang parah otak tuh. tapi betul, bila kita diperletakkan tanggungjawab memegang amanah menyimpan rahsia. itu satu penghormatan sebenarnya bagi kita. sebab orang yang berkongsi rahsia tu menganggap kita amanah. dan kita kena pegang amanah itu.

tapi paling parah, bila rahsia menjadikan manusia menjadi setan, hanya dek rahsia, sanggup berbunuhan bermandikan darah sebangsa, atau semanusia. tak cukup dengan itu, fitnah berleluasa, tuduhan mbermaharajalela.

nampak tak betapa besarnya impak perkataan RAHSIA?. bunyinya cukup simple, r.a.h.s.i.a tapi mampu menggugat kesejahteraan satu dunia. 

till then, assalam

notakakisayayangcomel : ni hanya pandangan seorang aku. tidak ada kajian, hanya melalui pengalaman. maaf jika ada tersinggung.diulangi hanya PANDANGAN aku.





 

23.7.11

si tua edisi satu

assalam dan selamat petang sabtu. hari yang paling best. sebab dapat hirup udara segar [ dapat keluar rumah sebenarnya ]

pagi tadi dapat peluang untuk pergi ke rumah penjagaan orang orang tua al-ikhlas kat puchong. serius, hati tersentuh melihat keadaan mereka. melangkah masuk ke rumah tersebut, terus melihat pakcik pakcik yang terbaring tak berdaya. ramai yang melawat dengan bawa macam macam barang untuk diderma, alhamdulillah, masih ada lagi yang berhati suci walaupun sedikit. tetapi dimana si darah daging sendiri? maaf, saya tak melihat itu.

di saat menghampiri mereka, airmata dah bergenang. tak mampu melihat mereka terbaring, dengan tubuh yang semakin kurus, dengan mata yang hanya mampu melihat, tangan yang sengat lemah untuk diangkat. even bukan semua,. tapi kebanyakkan nya. itu belum campur dengan makcik makcik.

melihat mereka, hati berdetik, kenapa mereka dihantar ke sini. tega sungguh hati si anak membiarkan ayah dan ibu mereka dihantar untuk dijaga orang asing. air tangan orang asing, tak seperti air tangan darah daging sendiri. bersalaman dengan mereka, cuba membaca hati mereka. tapi tak berdaya, hanya airmata yang tumpah melihat nasib mereka. ada yang terbaring sepi, ada yang bercakap sendirian dan macam macam lagi.

sebenarnya, si tua, mengharapkan yang si muda memberi perhatian, walaupun dengan hanya mengajak makan di mapley, walaupun hanya dengan membawa berjalan jalan ke shopping compleks. takpun, si anak duduk disebelah mendengar bicara mereka walaupun bicaranya sudah beribu kali diulang.

mendapatkan penjelasan si anak tentang mengapa mereka sanggup menghantar ibu bapa mereka di entry lain.


till then, assalam.

notakakisayayangcomel : pergi gathering lepas itu, jadi pendiam yang amat. maaf.

20.7.11

maaf

tiada kata seindah perkataan maaf yang mampu di ucap,
andai diri ini ada tersilap kata, terkasar bahasa, terburuk tingkah..

maafkan saya =.='

19.7.11

lain

aku pernah cakap, aku lain.
aku tak macam orang lain.
aku ada banyak jerangkung dalam closet aku.
aku tak pandai nak berkawan.
aku tak pandai nak jadi macam perempuan lain.
aku berbeza.
aku harap kau paham.

18.7.11

kalah

jangan tanya kenapa banyak yang berbaur sedih. even buat muka happy tetap tercalit kesedihan di situ. siapa yang pernah alami, mesti tahu kesedihan yang dirasakan. 


cuma, tak ada perkataan yang boleh gambarkan perasaan sekarang. yang pasti, aku kalah dengan perasaan sendiri.

15.7.11

ini entry orang sakit hati

kalau tak suka baca boleh click 'x' kat atas sana.
ini entry nak lepas marah. yup.mmg aku ngah panas sekarang
kalau ada orang tahu aku panas pasal apa, good, memang kawan aku.

kalau tak tahu, tak perlu nak fikir dalam dalam. tak perlu serabut kan kepala kat siapa aku panas.
kau tahu, masa awal aku kenal kau, kau baik sangat.
kau dengar probs aku, yang totally lost sebab kat tempat baru.
and aku rasa aku menyesal tak terima kau just jadi sahabat aku.pfttttttt.aku seriously menyesal.
hell ya, memang aku bahagia dengan kau.awal awal jelah.
tapi kadang kadang aku makan hati ulam jantung dengan kau. tapi aku positifkan fikiran.
aku tanam dalam fikiran yang kau unik. kau lain dari lain. memang betul kau kata kau dapat terima siapa aku. semua jerangkung aku. tapi itu dulu.

bila dah lepas setahun, kau okay lagi. tapi sebab kita jauh, aku yang mula rasa insecure.
aku mula rasa lain, mungkin itu cuma perasaan aku.
tapi bila kau dah start buat perangai cam pfttttt. aku sedar. kau dah mula berubah.
tapi hati aku buta agaknya, still sayang kau.betul lah, cinta boleh membutakan seseorang.
dekat dua tahun, aku tanya kau sesuatu. tiba kau hilangkan diri.terus mintak putus.aku?
aku macam orang gila tahu tak. memikir siang malam, pagi petang, apa silapnya kat pertanyaan aku.
aku jadi muka tak malu nak kau balik kat dalam hidup aku. ya, aku perempuan separuh gila masa tu.
kau bosan? aku dah cakap awal awal, kalau bosan, kau cakap kat aku, aku boleh lepaskan kau.
hey, aku dah dewasa, aku boleh selesaikan cara dewasa. dan aku, profesional,#haktuih.


sebab mata, hati, perasaan aku dah buta, aku jatuh. bukan jatuh terpeleot. tapi dah jatuh macam nangka busuk. aku hilang semua. semua sebab aku buta.aku kena maki, kena cerca.
tapi lepas tiga bulan, kau datang balik buat muka macam tak bersalah.
dan aku, lagilah bodoh terima kau kembali dan lepaskan orang yang sayang aku. ah, bila aku ingat balik, aku memang perempuan bodoh.
bila jumpa, aku rasa lain, aku rasa janggal. dan aku buat keputusan tinggalkan kau.sebab? jangan tanya. aku pon tak tahu. tapi hati aku kuat suruh tinggalkan kau.aku terus melangkah, aku tak pandang pon kau.
aku cakap kat diri aku, jangan airmata ni tumpah, tapi tumpah jugak.
dalam bas, aku menangis. aku tinggalkan kau tapi aku menangis.tanda aku masih sayang kau.
tapi kau,, tak da nak tolong pujuk aku kembali. dan masa tu aku yakin, hati kau dah berubah.
seminggu aku jadi perempuan gila, gila sebab setia, sayang. tapi kecewa.HAHA.aku bodoh.

tak sampai dua hari, kau keluar kat muka buku berstatus dalam perhubungan dengan perempuan yang pernah jadi penyebab kita gaduh.hey,memang middle finger ini untuk kau.
aku beranikan diri untuk bertanya perempuan itu, penuh hipokrit aku rasakan. sebab aku terpaksa jadi perempuan baik yang tak kisah kau diambil oleh dia.darn.
dari perempuan itu, aku dapat banyak sebab untuk aku tidak regret tinggalkan kau.
dan sekarang, perempuan tuh suruh aku pujuk kau. kembali kat kau. dia kata dia lepaskan kau.
haha. gila. dia kata dia cuma adik sahaja. tapi kenapa tiba tiba mucul perkataan lepaskan? kelakar.

korang berdua mampu buat kan aku ketawa tak ikhlas. maaf, aku sedang cuba lupakan kau. mungkin susah, mungkin senang. sebab kau, seorang lelaki bertuah melihat aku setia. yes, ini kali pertama aku setia, kali pertama aku begitu cinta, tapi apa aku dapat hanya kecewa. terima kasih atas pengalaman ini.

kalau kau tanya bagaimana hati aku hari ini. ini aku tunjuk.


maaf, hati aku dah jadi batu.semua gara gara kau.betul lah, putus cinta memang buat aku kuat. bercinta lagi? maaf, aku tak mampu.


notakakisayayangcomel : aku tutup cerita ini disini. oh ya, credit kat google atas gambar.