si cantek dan si kacak

heartbeat

Showing posts with label segmen dap0r hanget. Show all posts
Showing posts with label segmen dap0r hanget. Show all posts

8.7.11

makanan sedapp.

PUASA, ajar kuya belajar bukak blog full of recipes. then, dari blog cik fatin, kuya dapat satu blog. BLOG ini

sinaran menu nama blog dia. got three simple recipes to try. kelmarin untuk buka puasa kuya try masak ayam goreng dengan sotong masak blackpepper

sotong masak black pepper.

ayam goreng berempah

resipi boleh ambil dari blog SINARANMENU [ click je nama blog yang atas sekali ]

tadi, kuya try pulak buat puding roti dia. memang sangat sedappp. my nephew and niece makan sampai tinggal separuh.
 
  bahagian atas, nampak tak ada ketul ketul buah apple, saje try letak.nak abeskan buah apple kat dalam peti ais. ada lah rasa masam sikit sebab pakai green apple.

okayy, ni bahagian bawah dia.. rasa? sedapppppp...

notakakisayayangcomel : bukan tak nak share recipe tuh kat sini.tapi lebih afdhal tengok kat blog tuan punya recipe. okayy? btw, cooking is one of the therapy for heartbroken

22.5.11

wa nak benda alah ni.wa tak kire

short entry.the quick one. 


benda alah yang namanya MACARONS ni buad wa gila surf tenet dari petang tadi sampai la ni cari cara nak buat dia. sebab nak beli wa tak mampu der. mahal. *rasa macam macho guna wa.HAHA.entry ni jek.

pas puluhan video, belog wa surf, wa rasa wa dah cukup yakin nak buat benda alah macarons ni. apa ingat muka wa ganas tangan wa tak reti pegang spatula ke? silap la lu pikir camtuh. lagipon wa dah terjanji nak bagi dekat enchek syam macarons buatan tangan wa. wa jugak nak bagi kat budak ngaku newbie selalu kat SB tu macarons ni. wa bukan nak berlagak wa reti buat, cuma wa sebenarnya memang suka buat kek or yang sewaktu dengan nya. sebab cita-cita wa kalau tak dapat kerja pas grad nanti wa nak jadi patissiere. wa dah cakap ngan mak wa, dia setuju, sebab dia tahu wa minat bakor-bakor kek ni. wa da jumpa satu video kat utube, tapi dia tulis french. memang nasib wa baik lah kan wa belajar french,tak sia-sia nokk.pe lagi, layan ah.* video buat hal, tak boleh share. tapi lau nak tgk g youtube.com [link]
 
notakakisayayangcomel : wa akan bersungguh-sungguh sedaya upaya buat MACARONS dengan penuh kasih sayang wa. 


13.3.11

special for encik hanz zerohanz ^.^

salam..
special requested dari encek hanz, mintak share resepi asam pedas ikan pari.=.='.
jarang masak sebab jarang ada kat rumah, tapi kalau asam pedas insyaAllah boleh ye hanz ^.^
ni pon yang mak qiyu ajar. tapi dah lama tak practise, harap jangan marah kalau salah bagi resepi. ini stail orang tak kahwin lagi masak.

asam pedas ikan pari ( satu family )

bahan-bahan: 

blend a.k.a kisar la kan
cili kering ( ikut lah,kalau nak pedas letak banyak, kalau biasa letak 20 biji oke kot )
3 biji bawang besar ( mak kata kalau nak sedap lebihkan bawang besar pon takpe )
2 biji bawang putih
ikan bilis sebab mak qiyu tak suka letak belacan.
1/2 inc. halia and kunyit hidup  ( agak-agak je )

tumis
bawang besar ( hiris ) 
biji sawi n halba kalau nak letak. tapi qiyu tak letak ^.^
daun kari ( jangan banyak sangat dalam setangkai dua )

bahan lain :
ikan pari  (  letak lah dalam 5 ketul ke suke ati lah )
air asam jawa
air secukupnya
tomato ( 2 3 biji )
serai sebatang ( dititik)
bunga kantan or daun kesum. tapi selalu letak daun kesum
bendi ( 5 biji boleh )
garam dan gula ( secukup rasa )
ajinomoto sikit

cara masak :
1. panas kan minyak, sikit je tau, kolestrol oh...tapi mak marah kalau letak sikit sangat ^.^ . so, minyak pakai macam nak buat tumis lah eh?
2. masuk kan bahan untuk tumis, kasi naik bau..bila da harum semerbak, masuk kan bahan yang di blend tuh. kasi pecah minyak. tahu kan? ala, biar dia masak sampai keluar minyak.
3. masuk kan air asam jawa dengan air. bagi mendidih masukkan ikan. garam, gula ngan ajinomoto tu masukkan secukup rasa. then masukkan bahan-bahan lain. tomato tuh masuk last sekali. rasa jangan tak rasa. kalau ada yang kurang, masukkan bahan perasa.
4. tunggu sampai masak dan hidangkan ^.^

whoaaa, bila buat entry ni rasa cam nak balik.omak,,,den nak balik..den nak ghaso masakan omak...=.='





oleh sebab tak mampu nak masak sendiri di kala ini. qiyu curik gambar dekat pakcik google je =.='


notakakisayayangcomel  : hanz, kalau ada yang kurang hanz tambah eh? ni resepi sendiri. tak tahu lah orang lain rasa sedap ke tak =.=' risau nya... bagi orang resepi sendiri.






1.1.11

sahur~


lapar mood : roti bakar with cheesse and black pepper nuggets.superb!

notakakisayayangcomel : thumbs up kat seri murni sebab nugget dia sedap

26.6.10

pandai kah? [ clever ?]


kita bersama lagi dengan CHEF kheeyu dalam segmen dapor hanget!ya,kali ni kita akan tunjukkan cara macam mana nak mensiapkan resepi MUFFIN COKLAT.[sila baca macam rancangan buat kek masa nak raya,ye]


sila2 pada siapa2 yang nak salin,ambil pen or pensel,kertas *senang2 copy paste je.haha.shadap u~serius oke. firstly,kena siapkan [prepare] bahan-bahan dia,kalau tiada bahan,takdelah muffin kan?




oke.ni bahan-bahan dia.SIMPLE bukan?sesimple abc atau 123.haha.*lawak x jadi.sigh.bahan-bahan ni bole di cari di kedai-kedai berhampiran anda!

200g coklat masakan. [ cooking chocs ]
70g mentega [butter] 
50g gula [ sugar ]
60g tepung [ wheat flour ]
2 biji telur ayam [ eggs ]
sesudu kopi teh baking powder
* bahan-bahan guna jenama apapon bole.janji HALAL oke?


alat paling penting : OVEN. *siapa xkenal oven,sila terjun bangunan sekarang.acah aje. maaf ye,MICROWAVE anda yang mahal itu xboleh guna.sila pakai OVEN sahaja.*aip,jangan degil saya babab nanti.

then,the making begins, sila perhati betol-betol,kalau salah buat x jadi muffin,jadi mafia haha.acah mak enon.


*combine the pictures,sebab malas nak upload satu-satu.haha.

1.sila timbang semua bahan-bahan tadi.*bukan timbang anda ya.
2.campur coklat tadi dengan mentega. sila masak guna cara 'double boil'
3.sementara nak tunggu coklat tadi cair [ melt ], sila menari hiburkan hati.eh tak tak.sila campur telur ayam dengan gula.kacau sebati.. *tips : tak payah pukul sampai telur kembang,dan tak payah pakai mixer.save elektrik,oke?
4.campuran coklat tadi da sebati dan cair.rujuk pada gambar nombor 3* itu teknik double boil pada yang tak tahu ya puan-puan.
5.then,campur tepung dengan baking powder. masukkan coklat yang dah cair tadi kedalam campuran telur.pukul sampai sebati baru masukkan tepung. *ikut urutan oke.nanti tak jadi.hoho.kacau sampai sebati.
6.tuang adunan yang dah siap kat dalam cawan kertas.kalau boleh cari yang berkualiti tinggi sedikit.bukan macam dalam gambar.*guna cawan kertas murah sebab malas nak cari kat kedai barang-barang kek.
7.sila masukkan dalam oven.bakar selama 20 minit dengan suhu 170 darjah celcius.
    dan hasilnya seperti ini

    -
    -
    -
    -

    muffin yang da siap,hasil yang tidak kemas sebab guna cawan kertas yang murah.hoho.
    * boleh capai 10 biji muffin dengan adunan atas tadi


    lastly,sila makan muffin tersebut dengan suka hati sambil menari tarian poco-poco.haha.by the way,nampak saja hasil tak memberangsangkan,tapi rasa nya ada UMPHH.dan semestinya,SILA JANGAN SEGAN SILU CUBA RESEPI ni,oke?tak kan menyesal punya.gerenti!
    pada siapa-siapa yang da cuba [try], tapi tak berpuas hati,tinggalkan komen anda.

    *credit to my lovely sister : ACHIK for the recipe.


    notakakisayayangcomel : terasa jengkel [annoying ] kalau ada alih bahasa dalam kurungan tu.haha.

    18.6.10

    masak-masak?

    disebabkan si pentulis tak tidur lagi,and disebabkan jugak si pentulis baru sahaja mensiapkan masak megi cap cintan.haha,4 a.m n si pentulis baru nak makan diner.WTFun la,oke.bole pukul dia dengan periuk (sebab kata nak diet tapi melantak pagi2.ni bukan diet,doyot nama nya )

    bila makan megi,tiba2 sy ( si pentulis kebulur ), nak buat entry sedikit pasal masakan yang sy terer nak mampus mati and da boleh kira pro,*sila ingat bukan pro macam professor oke.haha ( sila pukul si pentulis lagi dengan periuk,sebab buat lawak pandai ).back to discussion,so,sy nak share satu resipi..resipi yang cukup simple and sesuai sangat dengan sy kaum bujang yang xnak rosakkan kuku yang telah dimenicure .haha.oke.lawak xjadi.sila jangan marah.

    da perenggan ketiga tapi x start jugak resipi.siapa nak sekeh sipentulis,sila angkat tangan,nakal tau dia malam pagi ni.oke,sebab sy tengah makan megi yang sungguh nutritious bagi yang nak dapat sakit awal,sy nak bagi satu resipi megi.yes.megi.pernah dengar pizza x?siapa xpernah sila terjun dari KLCC oke?pernah terfikir x nak gabung pizza n megi.pelik?xsedap?haha.itu yang kita xtau.silap,anda xtau.tapi sy tau.sebab sy da buad resipi ni dari sy hingusan.tapi kalau yang dah tau.sila abaikan.

    PIZZA MEGI STYLE FAMILI TOHID.

    sebungkus megi (aneka cap,cap ayam pon boleh )
    sebiji telur,(ayam kampung or bandar,xkesah )
    sedikit sayur2an.
    boleh letak cili kalau nak pedas.

    cara-cara :

    rebus megi TANPA perencah.TANPA oke.
    pecahkan telur,kacau dengan perencah,JANGAN masuk semua,3/4 sudah memadai
    masukkan sedikit sayur,cili atau apa sahaja yang anda nak,ke dalam campuran telur tadi(jangan masukkan ayam sekor dahla,bukan nak masak rendang)
    megi da direbus,sila tos.kasi buang itu air.
    masukkan megi tadi ke dalam campuran telur,kacau bagi sebati.*macam bancuh simen tu.haha
    da sebati,panas kan minyak dalam kuantiti sedikit ya semua,bia kurang KOLESTROL nya.
    oke,tuang la campuran megi n telur tadi kedalam kuali.

    n hasil nya..
    -
    -
    -

    .

    oke.ni bukan sy buad.sy mintak t0long kat atok g0ogle.tp mcm nilah hasilnya.sila lah cuba.lau xberapa nak sedap,sila cari saya.haha.tidak tidak.jangan,sila cuba lagi oke?


    notakakisayayangcomel : teringat tym budak2 buad resipi ni sampai melekat kt kuali.sbb HANGET